Monday, 17 July 2017

ULBS Bahasa Melayu (Calon Persendirian) 2017

Assalamualaikum  


Dalam setengah jam yang lalu (mengikut masa aku sedang menulis ni) aku baru je sampai rumah. Baru balik dari SK Langgar untuk buat UJIAN LISAN BM. Aku settle buat ujian lisan ni dalam pukul 9:45 macam tu. Lebih kurang 2 jam awal dari masa yang diberikan. Alhamdulillah. Memang dari semalam aku punya hati ni nervous, tapi still boleh kawal.

Dah tak ada sangat dah darah gemuruh macam dulu sampai setiap kali nervous memang perut aku memulas.

Surat panggilan untuk Ujian Lisan ni aku dapat pada 5/7/2017. Bila ayah cakap ada surat SPM dah sampai aku rasa macam, ah sudah. T_T. Tapi aku masa tu buat cool je lah. Jangan gelabah sangat.


Aku bertolak dari rumah dalam pukul 7:15 am. Tapi tiba-tiba masa aku reverse mak aku cakap tayar kereta aku lembik, terus mak aku panggil ayah aku suruh teman aku pergi isi angin dekat stesen minyak. Padahal semalam pergi isi minyak kasi full tank tak ada pulak nak pergi tambah angin. Aku dah risau kalau terlewat. Sebab aku ni jenis suka sampai awal. 

Dalam 7:40 am, semua dah settle. Aku terus memecut laju ke pusat ujian. Risau! Huhu. Sebab calon wajib ada 15 minit sebelum mula.

Sebaik sahaja sampai, dalam pukul 8:10 am terus daftarkan diri di tingkat atas dan diberikan taklimat. Mujur lah ada seorang lagi calon perempuan yang ada dekat situ selain aku, kalau tak memang mati kutu aku. 


 


Masuk je bilik ni terus aku berkenalan dengan calon perempuan tersebut dengan panggilan Sya. Mujur mudah masuk. Terus bersembang-sembang, lupa kejap nervous tu. 

Ada satu benda yang buat aku jadi spoil mood sikit, aku jalan lenggang. 

Aku bawa IC dan Surat panggilan semata-mata. Apa punya lurus bendul lah aku hari entah. 

Selalu aku datang well prepared jugaklah. Tapi entah macam mana , hari aku jadi macam blur sekejap. 
  
Bila aku tengok orang usung beg, aku rasa macam nak ambil beg laptop aku. Hahaha. Sebab rasa janggal sangat. 



Sedang menunggu giliran


UJIAN LISAN ni dibuat dua kali, satu sesi secara individu dan satu lagi sesi secara berkumpulan. Markah yang paling tinggi akan di ambil untuk digunakan. 

Semasa secara individu , aku dapat pentaksir yang agak sporting dan membantu aku untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih mudah. 

dan semasa dalam kumpulan, alhamdulillah, grup aku ada tiga orang. Dan 2 orang rakan aku tu orang yang boleh dikira hebat juga bertutur kata. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Kitaorang diberi masa 30 minit untuk berbincang. Kononnya. Tapi aku rasa tak sampai 30 minit kami bincang, pentaksir ajak kami untuk ujian lisan. AH sudah. 

Since secara persendirian ni,dorang beri kami sedikit kelonggaran dan  kami bebas untuk memilih tajuk apa yang kami nak dan bincang on the spot dan betang secara spontan. 

Alhamdulillah everything berjalan dengan baik dan aku sangat bersyukur. Next week ULBS English pulak. Doakan! T_T





Sunday, 16 July 2017

Tentang Ramadhan I

Assalamualaikum ♥ 


Alhamdulillah, tahun ni masih sempat lagi berjumpa dengan Ramadhan, dan aku berharap masih sempat bertemu lagi untuk tahun tahun akan datang. Walaupun sudah lama Ramadhan pergi meninggalkan kita, tapi kenangan-kenangan yang menyinggah semasa bulan Ramadhan masih bermain di layar minda aku.

Tahun ni, Ramadhan sangat bermakna buat aku. Seolah-olah Ramadhan kali ini memadam semua luka-luka aku dengan Ramadhan tahun lepas. Bukan aku tidak menghargai,tapi ada kenangan-kenangan yang berbekas di hati yang buat aku kadang rasa pedih sangat.

Puasa tahun ni, aku sebenarnya nak kutip pengalaman berpuasa di rumah sewa dengan adik aku.


Rutinnya, setiap pukul 4:30 pagi aku akan bangun and goreng nugget dan panaskan sambal tumis then kejutkan adik aku dan adik-adik rumah sewa aku yang jenis nak makan nasi. Aku tahulah perangai budak-budak ni kan, memang nak kejut tu mashaAllah, adik aku ke, adik orang ke, perangai 2 x 5.  Sama je.  Selagi aku tak tarik bangun dari katil tu, selagi tu tak bangun.


Alarm? HAHAHA, Sepuluh jenis ringtone bunyi, tapi hampeehhh. Semuanya tutup jam balik, kesat air liur and tidur balik.

Mana yang puasa selalunya pesan dekat aku,

"Kak aina, kejut kami nah esok." 

 Bilik aku and aku ni ada sorang budak ni dia suka tumpang tidur bilik kami, sebab dia takut tidur sorang sebab roomate dia tidur dekat bilik sebelah aku. Faham tak?

Adik aku cakap, kalau aku tak ada, dia memang akan sahur minum air and tidur balik. Aku tersenyum. Memang aku faham sangat dah perangai dia. Bilik sebelah aku tu memang jenis sahur minum air, and telan apa yang ada dalam bilik sebab dorang sangat lah tidak ada kekuatan untuk ke dapur.

 Bila tiba waktu petang , soalan wajib setiap hari yang akan keluar bermula jam 5-7 petang ialah ;

Nak makan dekat mana?

Jadi p dak?

Nak pakai baju apa?

Ada tudung tak?

Sekarang pukul berapa?


And bila tiba waktu berbuka, inilah kali pertama aku dengan adik-adik rumah sewa aku tu pergi jalan ke masjid untuk berbuka puasa.



Aciikk! Tambahh ni tak cukup. HEHE.


Nikmat sangat makan berjemaah dekat sini. Jalan ramai-ramai and buka puasa ramai-ramai. 
 Sebab kenapa kami makan di masjid :

  • Makanan dia banyak + sedap 
  • Jimat duit makan sebulant
  • Tak kena basuh pinggan kot. HAHAHA. (GURAU)
 

And setiap kali pergi memang talam kami semua licin alhamdulillah. Memang adik adik aku ni semua merawasi hakak ni kot. Sumbat sampai kenyang. Jangan membazir. Bab makan memang kami semua juara. Jangan risau. 

 Since masjid tu dekat sangat, kami lagi 15 minit nak berbuka baru jalan keluar rumah and lenggang mak nenek ke masjid. 

Tapi makin hari makin ramai yang join kelab tak puasa, bila dah sikit orang baru lah aku naik kereta. Sebab aku tak rajin sangat nak berjalan ni. HAHAHA. 

  actually aku ada cerita lagi.. tapi nanti tulis panjang korang letih pulak. 
till here, hehe. 


so apa pengalaman ramadhan korang.









Saturday, 15 July 2017

Album terbaru by Aina Akmal

Assalamualaikum ♥


Hai semua, perasan kan sejak akhir-akhir ni aku jarang sangat update blog aku. Kalau update pun bulan ni, 3 tahun kemudian pulak baru nak update. Tsk. Korang nak tau kenapa aku sibuk? Sebab aku sibuk buat debut untuk keluarkan album baru aku. Memang setiap hari akan penat sampai tak ada masa nak berblogging.

Jadi hari sebagai menghargai penantian korang.. tada


.
.

.

.
.
.



So untuk raya untuk baru baru ni, aku decide nak albumkan gambar-gambar raya family aku tahun ni. Memandang sejak lahirnya zaman teknologi ni, family jarang print gambar untuk buat album. Dah berapa tahun asyik kepam gambar raya dalam hard disk je. Untuk album ni dia tak panggil album actually, dia panggil photobook. 

Kebetulan masa tu aku tengah syok scroll facebook and jumpa Pixajoy tengah buat offer. Dia jual voucher untuk photobook ni dalam harga RM 5.00 . Memang sangat-sangat murah berbanding dengan harga asal dia yang boleh mencecah hingga ke RM 100. And tanpa berfikir panjang aku terus beli voucher tersebut. 

Sebaik sahaja urusan membeli voucher dilakukan pada raya yang ketiga, (if I'm not mistaken)

Aku terus mengedit gambar-gambar untuk di print oleh pihak Pixajoy. 

Okay ini kelebihan untuk korang, korang boleh edit macam mana korang nak design buku tu. Korang yang decide gambar mana korang rasa lawa kan. HAHA. 

Cara nak edit boleh dilakukan secara online atau pun edit dalam software editor mereka. Sebab kita boleh install software PIXAJOY untuk edit gambar kita.

Sebab niat aku ni beli untuk anniversary my parents mengikut kelendar islam. And alhamdulillah, parcel sampai tepat pada raya yang ketujuh iaitu 7 syawal. Memang aku tak expect langsung parcel akan sampai tepat pada hari itu. Since selalu barang aku beli online selalunya sampai dalam seminggu kemudian.




And inilah hasilnya, photobook yang aku order itu. 

Hehehe, untuk tujuan keselamatan aku censored sikit gambar adik-adik aku tu. Lewls. 

And size photobook yang aku pilih tu, 6 x 6". And aku pilih matte finishing. Supaya tak nampak shining sangat kalau kena cahaya. 

Harga : RM 5 + RM 8 (Shipping cost)
Delivery rate : 5/5
Condition : 5/5
Parcel arrived in 4 days.

Overall memang aku puas hati sangat-sangat berbaloi- baloi. 

Eh kecewa ke bukan album betul? HAHAHA. k. gurau sajaaa ma. 

That's all from me. See you when I see you. Wehehee.