Tuesday, 21 March 2017

Bershopping di Althea!


Assalamualaikum ♥


Sebenarnya, dah lama aku nak up entri ni, tapi disebabkan kemalasan aku berganda-ganda maka aku asyik menangguhkannya sehingga aku rasa macam hari ini aku nak update. HAHA.


Korang pernah dengar pasal Althea ni tak? Aku rasa macam pernah dengar, tapi tak adalah aku pergi teroka buka benda apa. Aku rasa macam rasa dia ni produk skincare. Rupanya salah. Aku ni noob sikit bab bab ni. Budak baru nak belajar jaga muka. Hahaha. Rasa macam dah teruk sangat muka aku ni. Y___Y


Sebab aku terjumpa Althea ini adalah secara tidak sengaja semasa aku usha usha Lazada untuk membeli aloe vera gel yang selalu orang tempek dekat muka tu. Biasalah girl kan?


Aku rasa macam harga yang aku jumpa dekat website lain agak mahal dan aku tak berapa nak trust sangat dengan site tu.



and pencarian aku end up dekat website Althea. Masa tu aku search sikit pasal Althea ni, boleh dikatakan sangat trusted. Mudah je untuk membeli dia, sama macam korang shopping dekat Zalora and Lazada.






Packaging dia sangat-sangat memuaskan. Aku balik-balik ayah aku cakap ada benda yang kakak beli dah sampai kat rumah. Hehe. Melompat-lompat aku happy.








Alhamdulillah, aku beli ni pun sebab aku rasa muka aku sesuai pakai produk dari negara Korea. Dah macam-macam produk Malaysia aku pakai tapi tak ada yang elok. Selalu end up kulit muka aku merah-merah, mengelupas. Buatkan aku jadi macam fikir dua kali kalau nak beli.



Since kulit muka aku ni over-sensitif, aku memang susah nak jumpa produk yang sesuai dengan kulit muka aku. Muka aku agak sensitif, even dengan bedak baby pun aku punya kulit muka boleh calar.


Actually tak ada lah aku shopping sakan pun. Aku hanya beli ni je. Nak tahu Apa tu Althea, boleh lah pergi ke websitenya. :)


So tu je aku nak cerita. MUAHAHA. KBAI. LOL.

Saturday, 18 March 2017

Me, myself and MR. SPM.





Assalamualaikum  dan halloo gais, 


Aku harap pembaca-pembaca yang sedang membaca blog aku ni berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki. So how your life so far guys? Dah pertengahan bulan 3, ada tak hajat dan impian sudah dapat di laksanakan untuk tahun ni?

Memandangkan isu SPM masih hangat di perkatakan di sana sini. So, aku pun sebagai calon SPM 2017 , InshaaAllah. Nak share citer sikit. Mueehe.

For this year, hajat aku nak SPM straight A's, InshaaAllah.

Mengikut perancangan manusia, aku adalah calon SPM pada tahun 2015. Calon SPM 2 tahun yang lalu, akan tetapi perancangan Allah yang Maha Kuasa lebih hebat dari apa yang kita manusia bayangkan. 2 tahun niat aku untuk mengambil SPM tertangguh.

Aku tangguh SPM kerana mengalami penyakit yang bukan klinikal. Maybe some of you susah nak percaya. But trust me, 'benda' tu exist. 

Inshaa-Allah tahun ini aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar sehingga ke tarikh SPM. 

Tahun ni aku merancang untuk ambil SPM secara persendirian. Sebab banyak kenangan pahit yang berlaku semasa 2016, dan membuatkan aku serik untuk ke sekolah. Aku tahu, aku perlu bimbingan guru-guru. Aku tak nafikan benda tu. Sikit pun aku tak pernah nafikan. Aku memang suka belajar mengadap cikgu. dia punya feel tu nikmat sangat. Tetapi, ada kenangan yang terjadi buatkan aku fikir 2 kali untuk bersekolah kembali.

Jadi, aku plan tahun ni aku menyewa rumah dengan adik aku dan kawan-kawannya sekali dan yang paling best rumah tu, memang semua budak SPM. HOREY! Yass, kitaorang menyewa. Specialnya sekolah adik aku ni dan bekas sekolah aku ni, ialah korang boleh menyewa rumah. Kiranya korang dah boleh rasa feel acah-acah duduk dekat uni nanti macam mana.

Hehehe. Sekolah apa? Maktab Mahmud Alor Setar. The only sekolah yang aku rasakan sekolah yang ada pilihan sama ada nak duduk di asrama atau di rumah sewa atau ulang alik sendiri dari rumah.


Memang aku terfikir, patut atau tak aku menyewa dengan adik aku. Hati aku dah nekad sangat masa tu dan aku berserah kepada Allah tentang keputusan aku. Aku cuma berharap Allah akan mudahkan segalanya. Aku buat keputusan ini sebab aku dengan adik aku dalam aliran yang sama and aku percaya, Allah akan bantu aku melalui adik aku.

Masa bulan 12 hingga bulan 2, adalah masa untuk aku ambil lesen kereta. Alhamdulillah aku lulus test JPJ mengikut dengan izin-Nya. Allah memudahkan perancangan aku. Sebab rancangan aku, elok habis je Chinesee New Year, aku masuk rumah sewa.

Sebab kenapa aku pergi lepas dapat lesen adalah.. my mom dah belikan kereta untuk memudahkan urusan aku dengan adik aku untuk bergerak ke sana sini. Aku tak minta and my mom pun tak sangka dia boleh beli kereta. Lol. Tapi tulah, orang kata rezeki. Kiranya tu macam dah jadi hadiah SPM aku, hadiah lulus JPJ, hadiah for my upcoming birthday. HAHAHA.

Sekarang aku dalam prosess untuk mengulangkaji subjek-subjek form 4 & 5.




So doakan aku dan adik aku. Kembar tak sebaya kesayangan aku tu beroleh STRAIGHT A'S ! Aminnnnn!

Till then.