Tuesday, 31 January 2017

Aku, Kereta dan JPJ


Assalamualaikum

Aku rasa dari tajuk aku mesti korang boleh agak apa benda yang aku nak bebelkan hari ini, ye dak? Heheh. Sejujurnya entri ni semalam lagi aku publish, tapi masa aku nak menulis semalam my mom datang kacau lol. So tak sempat aku nak bebel, aku pun terus tutup. Tambahan pulak dengan mood aku yang tengah lapar, memang aku malas sikit nak menulis. Heheh.


So, kisahnya semalam aku ada test JPJ. Huahaha. Aku punya nervous malam nak test tu, pukul 4 pagi baru boleh tidur. Hahaha, itu pun tidur-tidur ayam sahaja, bukannya tidur dengannya. Sebab aku bangun sebelum jam aku bunyi. Bila aku buka phone, first thing yang phone aku REMIND, 

TEST JPJ


Aku kalau nervous memang aku tak cakap dengan orang, and siapa cakap dengan aku memang kena sembur. So pagi tu, aku bangun pergi bilik air dan uruskan hal bilik air dalam keadaan yang luar biasa seriusnya. lol. and lepas solat tu terus aku siap baju semua. cuci spek mata, and urus diri. Since aku ni cuma punya masalah silau sahaja, jadi most of time aku jarang pakai spek bila kat rumah.

Sebab tu aku bangun awal cari spek. sebab aku selalu lupa mana aku letak. muahaha

ayah aku memang tak boleh tengok aku serius sikit, mula dia kacau aku macam-macam, nak bagi aku kurang stress and nervous. adik aku memang tak sah, tak mengusik aku. Kalau niat dia nak bagi aku lagi nervous, memang dia berjaya buat aku makin nervous. 


Dah breakfast semua, aku pun masuk kereta. Aku cakap aku nak drive pergi ke sana (tempat ujian). So adik aku yang jadi penyibuk antarabangsa menyibuk dan menyelit duduk masuk dalam kereta. Ayah aku duduk sebelah aku. 

Sampai je sana, terus aku bersalaman dengan ayah aku and turun dari kereta. 

Mujur masa hari test semalam aku jumpa jiran aku, yang muda setahun dari aku and kawan sekolah lama aku. So kira aku boleh buat geng lah hari tu. Tak ada lah aku nervous lain macam sangat. and tbh, aku rasa macam nak amik exam sekolah tau dak. siap baca nota yang RSM and RPK tu semua. HAHAHAHA. 

and lepas kitaorang semua dah daftar semua, JPJ pun datang. Lama jugaklah baru dorang datang, sempat aku menyembang lama gila dengan geng aku baru geng JPJ tu datang. Masa dorang turun kereta tu, aku rasa aku punya jantung dah nak jatuh ke lantai. Bukan sebab jatuh hati, tapi sebab aku rasa jantung aku dah tak kuat nak pam darah sebab nervous sangat. HAHA. LOL.

Lepas tu dengan bila geng JPJ turun dengan SPEK HITAM and uniform ni, memang aku rasa semua nampak dari jauh rasa macam seram. mana yang muka dah nampak tua, lagi aku seram. Ada sorang ni tarik bagasi dengan uniform and spek hitam bergaya. bergaya dan menyeramkan. Aku rasa lagi seram dari tengok cerita hantu. HAHA. 

Image result for nervous gif

10 minit kemudian macam tu, dorang punya team leader bagi taklimat. Team leader dia nampak baik and peramah. Kurang sikit nervous bila dia dah bagi taklimat. 

"Masa kami datang tadi, saya tak tau awat hampa ketaq sangat tengok kami. Macam nampak hantu raya." 

Habis semua orang gelak. Sapa tak nervous dengan gaya dorang. Aku kena sesi 1, No. 16. Alhamdulillah, ujian litar aku lulus. Masa aku buat RPK, aku cakap entah apa-apa je. Since ramai gila yang nak ambil test masa tu, so tuan pegawai yang bertugas tu tak dengar betul-betul pun apa yang kitaorang cakap. huhuhu. ALHAMDULILLAH. hehe.

cuma masa time bukit aku kena buat 2 kali, sebab masa first tu, aku tak sampai bukit. Second time, aku baru lepas. 

and bila dah lepas litar, aku tunggu untuk buat jalan raya pulak. 

alhamdulilah. Semua dipermudahkan. 

TBH, Aku tak lah nervous sangat nak bawa atas jalan raya, sebab aku dekat jalan raya aku dah selalu bawa. Aku confident sangat. Kalau litar tu aku nervous sangat-sangat sebab aku macam susah nak masuk parking mula-mula dulu. Selalu kena marah masa time aku buat side parking. Mujur masa JPJ, alhamdulillah. semua berjalan dengan lancar. 

Image result for uniform runway walk gif
and i proudly wanna say my wish for 2017 untuk lulus JPJ berjaya dengan jayanya, HOYAAH. 

kbai. hewhew.




Thursday, 12 January 2017

Tips menjadi pendengar yang baik




Assalamualaikum ♥ 


Nak mendengar ni semua orang boleh mendengar, inshaaAllah. tapi nak jadi pendengar yang baik ni tak semua orang boleh. ada orang bila dia dengar je apa yang orang cakap terus nak menyampuk, tu tak masuk lagi kalau orang tengah bad mood, nak meluahkan masalah terus dia berbakul-bakul nasihat dia bagi.

1. Jangan menyampuk

Kalau orang datang bercerita tambah tambah pulak orang tu tengah bad mood, please please elakkan diri dari nak nasihat dia time tu juga. Masa orang bad mood ni, dia rasa diri dia ja yang betul. Apa yang orang lain cakap semuanya macam tak betul.

Biarkan dia bercerita sepuas-puas hati. Kalau dia menangis ke nak menjerit ke apa ke.


2. Pujuk

Okay, bukan pujuk dengan mulut. tapi guna bahasa badan. Peluk bahu dia ka. Usap kepala dia ke, if adik ke or someone yang terdekat, bagi dia menagis kat riba. Perlahan-lahan dia akan relaks. InshaaAllah.

Image result for eye contact gif anime
3. Eye contact

Masa orang bercerita, pandang lah mata dia. Tunjukan yang korang peduli. Yang korang boleh di percayai. Janganlah tangan dekat handphone kejap kat muka dia. Orang yang lagi bad mood lagi boleh jadi sakit jiwa tau. Dia tengah sakit hati, kau buat macam tu pulak.

Hadam betul-betul apa yang dia cakap.


4.Mengakui

Tanda yang sederhana seperti menganggukkan kepala atau mengucapkan sepatah kata dari korang, show yang korang dengar apa yang dia cakap. Bila korang buat macam ni, orang yang meluahkan tahu korang fokus dengan cerita dia.

5.Bertanya

Tanya sebagai untuk melanjutkan apa yang orang tu cerita/luahkan. Tapi jangan tanya samapi korang potong apa yang dia nak cakap. So you guys bila buat macam ni, korang show interest dengan cerita dia.

6. Peduli

Biarkan orang yang cakap tu tahu yang korang peduli dengan apa yang di luahkan. Korang cakap,

"Aku faham"
"Kalau aku jadi kau pun aku sedih/sakit hati."



Okay tu je aku nak bebel pagi pagi ni. hehhe. nak sambung masakkk wuuu. Tata. ^^




Tuesday, 10 January 2017

Tolong jangan saman saya..

Assalamualaikum ♥ Follow my blog with Bloglovin


Hari tu, dalam 2 minggu lepas, aku hampir nak kena saman.


Al kisahnya bermula dengan aku ni teringin sangat-sangat nak bawa kereta. So masa hari kejadian tu, aku asyik ajak ayah pergi driving, dalam erti kata yang mudah, MENDESAK. Pergi lah mana-mana pun. Sebab teringin sangat masa tu. Last-last ayah aku setuju. Masa tu dah lepas isyak.

Ayah cakap pergi ambil kunci kereta. Aku mula-mula memang blur jugaklah, lepas tu aku tersengih macam kerang busuk. Terus laju aku ambil kunci kereta aku and start kereta and drive.

Sampai dekat satu simpang ni, aku tanya ayah nak ke kiri ke kanan. Ayah jawab kanan. tapi hati aku nak kiri. dah ayah cakap macam tu , aku akur jelah.

Tiba-tiba..

Aku nampak macam baju yang hijau yang bercahaya dalam gelap tu. Lepas tu lighstick merah and lampu suluh. and terus mata aku ternampak board polis tu.

aku punya nervous time tu, aku break tengah-tengah jalan. yang aku fikir masa tu, saman. SAMAN. SAMAN. SAMAN. Kaki aku time tu sejuk gila. Tangan aku menggeletar.

Image result for oh no gif


mungkin aku nampak suspicious kot, polis tu suruh aku ke tepi. AH SUDAH. sebelum tu aku tanya ayah nak buat apa ni. Ayah aku panik jugak. tapi dia buat relaks je. macam tak ada apa-apa pun berlaku.





"Jalan je.." tu je yang ayah cakap. Aku dah berserah. Ya Allah ampunkan dosa aku. Aku bersalah sebab mendesak ayah tadi. Memang sepanjang tu aku berdoa lah. Terbayang RM 300 melayang. Boleh beli barang-barang sekolah adik-adik.

Tingkap kereta di turunkan. Sah-sah lah encik polis tu minta lesen. LESEN? HAHAHA. Aku baru je pergi kelas memandu siang hari, and malam tu aku nak kena saman. pergh. 

"Tak ada lesen.." sambil kepala di gelengkan. Aku pusing ke kanan, mengharap ayah tolong jawabkan. IC pun tak bawa. Memang aku keluar rumah sehelai sepinggang. Tak expect langsung yang jalan tu polis nak buat roadblock. First time aku bawa atas jalan, dah nak kena saman.

"Saya saja encik nak ajar dia bawa kereta. Dia baru nak belajar..." lebih kurang macam tu lah ayah aku cakap.

Lepas tu polis tu minta ayah aku turun. Masa tu, rasa bersalah aku dah menggunung setinggii langit. Memang rasa berdosa sangat-sangat-sangat-sangat time tu. Aku just mampu berdoa dari dalam kereta.

Ayah aku cakap benda yang sama dekat boss polis yang tadi tu.

"Berapa umur dia?"
"18"

and dia minta IC ayah aku. Ayah aku pun tak bawa dompet. Ayah aku slow talk dengan boss polis tu, so last-last, dia cakap

"Abang bawa lah."

Encik polis tu suruh ayah aku drive untuk bawa balik. Dia tak saman kitaorang. HAH. LEGA GILA. Aku lega sangat. Memang aku bersyukur sangat.

Sampai separuh jalan, ayah aku tukar dengan aku balik and terus balik rumah. Aku mula-mula macam berat hati lagi nak bawa kereta. and aku terus minta maaf dekat ayah. Aku menyesal gila-gila masa tu. and ayah aku cakap dah lah tak ada apa pun. tak jadi apa. alhamdulillah. 

Sampai depan pintu rumah terus aku jerit and peluk mama.

"MAMAAA!" and I cried. I can't stop crying. Aku terus nanges. Menyesal, bersalah semua perasaan bercampur. Mama gelak je dekat aku. Ayah tak kata apa pun.

"Lepas ni nak buat lagi tak?" aku gelengkan kepala dalam pelukan mama.

"Lepas ni nak dengar cakap mama tak?" Aku laju mengangguk. Mama makin sakan gelak dekat aku. Time aku rasa macam aku dah jadi budak tadika balik. Katalah apa nak kata, memang aku tau salah aku. Huk.

Adik-adik aku memang asdfghjkl. Boleh gelakkan aku lepas tu buat dunno je dekat aku. Sakit hati gila aku. Dorang gelak-gelak lepas tu blah tengok TV.

Sampai kecik mata aku nanges weh.

Malam tu aku mimpi jumpa JPJ pulak. Teruk aku fobia dengan Polis & JPJ. Sampai masuk dalam mimpi. Memang aku rasa macam, aku tak nak dah bawa kereta lepas ni. Selagi tak dapat lesen. HUKKK.
Pengajaran 1 ; dengar cakap parents, jangan melawan. Allah kasi cash. padan muka. T_T
Pengajaran 2 ; dah makin besar kena rajin sikit usung IC

Hhaha. kbai. XD



Friday, 6 January 2017

Day 2 : Resepi (Mark's Meal)

 


Assalamualaikum  


https://pbs.twimg.com/media/CsOjbvDUIAA7xE7.jpg
NAMPAK SEDAP GILA KAN?



So hari aku nak ajar resepi yang paling mudah gila dalam dunia ni. Aku rasa mostly semua kpop fans tau pasal resepi ni. Terutamanya AHGASE (IGOT7) fandom. 

Resepi ini cuma guna makanan yang instant dari kedai runcit. Kiranya kita main campak-campak dan masukkan dalam microwave. dan ding. kita boleh makan. Macam tulah konsepnya. 

Tapi aku tak ikut betul-betul resepi asal dia. 
 
One of member GOT7 actually won the contest, so this meal called MARK Meals. Nak cerita penuh boleh google. Hehehe.  So aku nak ajar yang versi Malaysia . Main bahan dia ialah..


Ingredients

  • Sebungkus mee segera - Perisa Kari
  • Cheddar cheese  
  • Sosej

Ini je yang diperlukan. Mee segera ni aku tak pakai ramen, sebab aku tak berapa minat dengan rasa dia. Aku rasa kalau akan makan banyak aku akan mual. So sebagai lidah Melayu aceey. Aku pun ganti dengan mee segera jenama Mamee and aku amik kari berapi tu. Yang paling pedas tu. Hehehe

Kalau korang nak acah-acah makan macam Korean, korang boleh gunakan periuk kecil dan masak dalam tu. Macam aku ni tak ada, aku kebas mangkut tingkat mak aku yang besi tu, hahahaha. Lol. Kena marah nanti kita kira lain. Lol.

Since rumah aku tak ada microwave, just ada oven je. So aku masak guna dapur api  je. 



Steps

  • 1. Panaskan air sehingga mendidih (Nak cepat lagi pakai air panas terus)
  • 2. Masukkan mee segera. Tunggu hingga dia kembang.
  • 3. Masukkan perencah kari
  • 4. Masukan sosej. (Pastikan sosej di rebus sebelum di masukkan, nanti dia efek rasa kuah dia. Tak berapa nak sedap.)
  • 5. Kacau sikit, dan masukkan cheddar cheese. (Masukkan ikut suka hati korang, kalau suka cheese banyak letik banyak. HAHA.)
  • 6. Tunggu sebentar, dan tutup api.
  • 7. Hidangkan.

So you guys boleh hidang panas-panas sambil layan kdrama. Tapi seriously, kalau korang nak nikmat makan, aku dah try makan sambil kdrama. Tak best langsung. Sedar- sedar dah habis. sedih babe. T_T

SEDAPP WEH. TERLIUR AKU. //MY MARKEEUUU T.T


Korang amik satu meja kecil and duduk dengan kawan or adik beradik kau and makan sama-sama.. Kena pulak dengan teh o ais. Memang perghh. Nikmat gila kot. Kalau ada limau lagi best. Serius. Korang kena try. kalau ada chopstick. LAGI HAH. DOUBLE THUMBS UP HABAQ HANG. HAHAHA.


Soory aku tak ada gambar yang aku buat. Selalu lupa dah pasal phone bila ngadap makanan. HAHAHAHA. 

Okay tu je. All the best. ^^  Selamat menikmatinya dengan cheese yang mencair dan korang makan dengan kuah yang panas. Memang da bomb! MUAHAHA!

Segment: Follower meningkat dengan mudah



Assalamualaikum ♥ 

JOM JOIN SEMUA!!!

BlogID =  8477741692408212693

Sunday, 1 January 2017

Chapter 1 ; Page 1


Assalamualaikum ♥ 

Alhamdulillah, Allah still give us chance to breath today. Face a new day, a new life, a new beginning for all of us. So, sambut tahun baru for me actually pada aku tak perlu happy rasa. Instead of habiskan duit burnkan fireworks semua, better duduk bersila mengadap kiblat and baca doa and yassin. Praying that we can face 2017 calmly. 

Apart of that, new year actually is not a good thing. FOR ME. My age bertambah, dari 18 ke 19. and my mom and my dad are aging. and what I hope my parents will stay healthy. InshaaAllah. 

Yesterday, aku hantar my sisters ke hostel. They went to Tahfiz . I don't actually remember nama sekolah tu. My twin sister.  Malam before nak hantar dorang ke sana, aku dah menangis puas-puas sebelum tidur. The thought that I'm going to miss their laugh,cry and whining are hunting me all night.

I barely sleep cause I'm reallyy worry bout them. I know all I can do is, praying. I ask Allah to protect them, take care of them. I can't do anything. I'm just human. Aku harap Allah mudahkan dorang berdua belajar and sihat. I don't to hear them cry. 

And Alhmdulillah, masa pergi hantar semalam, dorang tak nangis. Aku bersyukur sangat. 

Lepas hantar yang tu, aku hantar adik aku sorang lagi ke rumah sewa dia. So memang balik tu, rasa sunyi sangat kereta. 

RUMAH?

Jangan cakaplah. Tak bunyi dah gelak gaduh dorang.. I feel empty. dah tak de mangsa buli aku, dah tak de aku nak kena kacau time tidur . dah tak de orang merengek nak tengok running man dengan aku. dah tak ada orang nak gaduh main congkak dengan aku. 

I really- really really miss them.

//Sorry, entri ni just my personal feeling. I really miss them.