Sunday, 31 July 2016

Baking Soda dan Kegunaan lain.

Assalamualaikum


Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya.

1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6. Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

credit to SYANI
picture credit to google






Friday, 29 July 2016

Tempahan : Header

Assalamualaikum ♥


Dapat tempahan untuk buat header. ^^





 boleh klik header di atas untuk keblog beliau.




Tak boleh komen

Assalamualaikum


Hari tu, aku ingat dapat laptop baru, aku boleh blogging sepuas hati aku. Pergi blogwalking, pergi beraya kat blog-blog orang lain. Tapi nampak gayanya tak. Blogger buat hal dengan menyebabkan niat aku nak beraya terbantut.

Bila aku baca satu post, aku nak komen. Gigih aku taip komen dan bila aku klik publish, wahh dia magik hilang. MAKA Aku cuba tulis sekali lagi, kali ini aku amik langkah berjaga-jaga dengan copy comment tersebut.

dan tetap macam tu juga.

bila aku check, dia suruh aku choose account. Aku pun pilih google Account. but still not working. WHYYYYY?!

DAN aku paste kan komen aku, again.

tak jalan juga. Aku fed-up.


Aku pergi dekat blog aku sendiri, nak balas komen. tapi ... tetap jugak tak boleh,.



dekat semua tempat blog aku pergi, semua jadi macam ni. bila aku log out dan log in balik. Still macam ni jugak. 

Aku google masalah ni. Entah apa dia merepek, dia suruh try pakai Mozilla Firefox. AND IT'S WORKING! 

Aku macam kenapa pulak dah GOOGLE CHROME ni. Any ideas guys. Aku malas nak guna firefox, sebab tak kena di hati. rasa macam dia slow sikit. Macam mana, aku rasa malas nak re-install balik. lambatt. hehehe. 

Aku bila dah komen panjang-panjang terus tak jadi komen bila teringat aku punya google account tak boleh guna. padahal depa sama-sama google kot. ishh. iri hati dengki apa pun aku tak tau lah. mujur blog boleh buka juga. tapi tulah. tak syokk bila tak komen. nak komen terbantut ja. hiks.

helppp me gais. T_________________T

kbaii,


Tutorial ; Add Follower Gadget

Assalamualaikum



Tutorial ni sangat senang, maybe untuk newbie blogger di luar sana.  

1. Klik layout > Add Gadget > More gadgets 

2. Scroll sampai bawah sekali, korang akan nampak Followers

3.  Klik + biru tu. 


Dah siap. Lepas tu korang boleh drag ikut suka nak letak mana

okayy byee

Tutorial ; Auto-sticky navbar

Assalamualaikum

gambar hiasa. XD



So this code credit to Hafiz Zulkafly , aku cuma ubah sikit bagi kena dengan mata aku.

copy code ni dan paste kan dekat HTML/Javascript





Aku malas nak ubah code apa dah. hahaha. boleh edit mana patut. tak faham boleh tanya. hehe. kbai. nak tengok contoh, macam blog aku ni. korang scroll bawah dia melekat nav bar tu kan? bila naik atas dia ada kat atas. faham tak.

hahaha kbai.


Resepi ; Roti Jala / Roti Kirai

Assalamualaikum

Hari ni, aku tengah fikir nak update apa dekat blog. So ada teringat hari tu nak share resepi membuat roti jala. Kalau dekat Perak orang panggil roti kirai. Aku belajar buat ni masa sekolah rendah dulu. Hahaha, sekolah rendah dulu dah ada dah ERT. Eh tak de . gurau je.

Aku belajar masa dekat kem unit uniform sekolah rendah. Masa tu ada Pandu puteri dengan Puteri Islam je. best sangat sebab semua dekat kem tu perempuan. Tidur dalam khemah semua.

So hari tu, kami buat pertandingan 'menjala' roti jala. Cikgu dah bancuhkan siap dah acuan dia, kami cuma kena pandai dan kreatif untuk 'menjala' roti jala jelah dan hias dia bagi cantik.

Guess what. Grup aku menangg! HAHAHAHA. lepas habis pertandingan tu ada orang tanya resepi. Memang simple sangat-sangat.


Bahan-bahan

Tepung gandum - 1kg
4 biji telur
sedikit kunyit -untuk bagi warna
garam
air secukupnya






Aku sebenarnya mencadangkan korang guna blander daripada guna mixture, sebab dia punya tu akan lebih halus dan tak ada ketulan-ketulan. Sebab nanti, masa korang nak tebarkan acuan tu dia melekat dan akan buat korang punya rupa roti jala tu tak cantik.

Cara-cara

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya okay je, tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.


Panaskan kuali guna majerin. Aku guna planta, lepas tu korang jalalah roti tu ikut suka hati.  Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.


Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam . Sesuai untuk open house sebab roti jala yang aku selalu buat tu tahan lama. Sehari semalam boleh tahan dan still lembut lagi.


sorryy lipatan tak kemas. T_T aku malas. hahahaha


Aku kalau time balik kampung memang aku jadi mangsa buat ni, sebab kat kampung tu hahaha, ramai dah cuba tebar roti jala. semua tak jadi. 

korang boleh adjust sikit kalau tak nak banyak-banyak. 1kg = 4 biji telur 
500 g = 2 biji telur.

Okay tu je. Selamat mencuba. ^o^ hehe. 

Nafas Baru

Assalamualaikum ♥

Yehehehehe. Setelah sekian lama, akhirnya aku berjaya dapat ubah rupa blog aku. Bukan aku tak suka design rupa blog aku selama ni. Cuma aku tak puas hati sebab pakai template orang. Aku lebih puas hati pakai design aku sendiri.

dan sebenarnya nak lepaskan rindu aku untuk mengedit blog tau tak. nak warm up balik skill-skill dulu. Kononnya. Yelah aku pun ingat-ingat lupa dah nak edit blog.


Byee 

Hello template baru. aku terinspirasi nak buat biru ni sebab aku tengah addict dengan anime Ao Haru Ride. Hehehe, aku tak nak tengok cerita tu sebab cerita tu best. Aku sengaja simpan lama-lama sampai hari ni aku baru tengok. Aku sayang nak tengok anime best-best ni. Susah nak cari anime best.

Aku bukan anime freak sangat. Setakat layan yang macam school life, romance tu je. Tak suka sangat yang jenis magik. Selalunya kalau yang magik-magik ni aku buka manga. Aku main baca je, mana nampak best aku sambar. 


Aku puas hati sangat dengan rupa baru blog aku ni. Hehehehe. Rasa matang sangat. hehehe

So tu je aku nak merepek. Byeeee



Sunday, 17 July 2016

Review Buku ; Pelukis Jalanan

Assalamualaikum



Hari ni, aku nak share sebuah buku yang sangat sangat sangat sangatttttt aku cadangkan kepada semua pelajar di luar sana. Tak kira apa peringkat lah study korang. Memang highly recommended.

So buku apa?  


Tadaa!



Kalau tak silap aku beberapa bulan lepas buku ni baru keluar. Memang mula-mula kena order online je. tapi last month kalau tak silap aku dia antara best seller dekat MPH. 

Buku ni aku beli sehari sebelum Ramadhan dekat MPH Amanjaya Mall. Aku dah aim buku ni lama dah sebab aku dengar banyak komen-komen positif dari pembaca dekat Twitter. So bila dah nampak buku ni dekat MPH satu rak penuh. Terus aku gedik mintak ihsan dekat mak aku nak buku.

Niat asal aku masuk nak pergi tengok je. Aku pegang buku ni, baca dalam satu bab. terus aku rasa macam..

Aku kena beli buku ni!
My mama pun dengan baik hati belanja buku ni. Yayy!

Bila kau dah start baca buku ni, serius kau akan addict sangat. dan aku sangat kagum dengan semangat penulis ni yang dikenali sebagai TEME ABDULLAH. Cerita life dia kalau aku nak cakap, tak lari dari situasi yang aku alami. Aku faham apa yang penulis ni rasa.

Buku ni adalah bahan bacaan umum and pasal pengalaman hidup dia untuk bergelar pelajar architecture di London dan semasa dia disana.

Buku ni sangat sesuai untuk memotivasikan diri yang kadang mood turun naik macam roller coaster terutamanya dalam pelajaran dan life. Pada aku buku ni sesuai untuk di jadikan hadiah untuk kawan-kawan korang,

My mom baca bab satu je baru, tapi dia cakap cerita ni sangat best. Really inspiring!

Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak melalukannya.Kerana pengalaman ini adalah anugerah bernilai Allah kepada aku - Teme Abdullah

 Harga dia sangat berbaloi, cuma RM 25.00 sahaja. Rating dia aku bagi 5/5.

Kalau korang nak tahu apa dalam ni, korang kena baca sendiri dan baru nilai. Serius tak rugi.


Okayyy. Sorry kalau review aku ni tak macam revieww heheheheww. XD



Saturday, 16 July 2016

Hello My New Baby!

Assalamualaikum ♥

Beberapa minggu lepas aku ada minta dekat mama aku untuk belikan laptop sebiji dekat aku. Memandangkan laptop aku yang lama dah lama sangat rosak dan sampai hari ni tak repair pun. Aku pun tumpang guna laptop adik-adik aku.

So petang tu aku dengan mama bercadang nak beli di Courts, tapi tak jadi sebab stock semua tak ada. Macam-macamlah alasan dia.

Dia tanya kitaorang nak beli bayar ansuran ke nak beli cash. Mama cakap nak beli cash. Terus dia jawab kata kalau cash kena tunggu, tak ada stock. Kena tunggu semua.

Aku dengan parents aku macam tak apalah, lagipun aku tak berkenan sangat laptop dekat sana.

Elok je masuk kereta ayah aku cakap, dorang tu nak suruh orang berhutang, sebab tu dia tanya nak beli cash ke ansuran. Kalau ansuran faedah sahaja pun dah banyak. Aku pun anguk je.

Lepas tu kami pergi ke kedai elektrik yang lain.

Dekat situ dia ada jual laptop, tapi Windows dan Microsoft kena beli asing-asing. Aku macam whattt daaaa. Adeh. Dia cakap sebab depa ni bukan kedai komputer, dorang ni just jual barang keperluan elektrik. tapi sebelum ni dia cakap boleh je. Dorang jual asing sebab nak cukai apa entahlah. Sebab tu kedai elektrik jual macam tu.

Aku cakap dekat mama dengan ayah, kita pergi Tesco jelah senang. Dekat kedai komputer yang selalu kita pergi tu.

So lepas solat asar semua, kami pun pergi ke kedai tu.

Mama minta keluaran yang latest dengan Intel core i7. since i7 masih baru lagi so stock yang ada dekat kedai dia semua i5.

Dia bagi dua katalog laptop brand Asus dan HP. Mama nak order petang tu, tapi masa kami pergi tu masa tengah weekend, so terpaksa datang hari Isnin nanti.

So hari Isnin kami pergi ke kedai tu. Mula-mula laptop yang aku nak tu tak ada stock. Lepas tu dia tunjuk laptop yang dia kata keluaran bulan lepas. yang lebih kurang sama. dan harga tak jauh beza mana pun sebenanrnya.

Mama suruh aku amik yang harga laptop tu RM 3K. Kejut anak tekak, anak mata aku weh. Since mama tahu anak dia ni lasak. Belasah juga laptop tu. Dalam hati ni bersalah juga, tapi dah mama kata amik.. hehehe. Tapak stadium cek tadah. Hehehe.

Minggu depan kemudian baru ambiik.

So tada.





Warna merah. Omgg aku memang suka warna dia. Masa mula-mula sampai memang aku terkejut monyet jugaklah. Sexyyy af. 

So next time inshaaAllah, kalau aku rajin aku review pulakk ye. Hehehe. 

Happy Belated Birthday, Aina

Assalamualaikum

Sebenarnya aku tengah kering idea nak update apa. tapi aku tetap juga nak update sebab aku rasa dah lama gila tak berblogging dan aku rindu untuk menulis. Buat masa sekarang ni, aku just mampu untuk update blog je. Sebab lepas ni masa aku banyak di luangkan dekat sekolah sebab trial negeri dah nak dekat dah.


So birthday aku haritu masa bulan 4. HAHA. Bulan 4 okay, sekarang dah bulan 7. Pedulikan orang lol.

Sejujurnya birthday aku tak ada apa yang menarik sangat. You know, setiap tahun aku berharap ada surprise untuk aku, aku tahu hahaha, demandkan aku ni. dulu, aku pernah buat surprise untuk kawan aku. Aku cuma berharap akan ada suatu hari ada sesorang akan buat sesuatu untuk aku. Bukan setakat wish je. Aku nak dapat wish yang special dari kawan rapat aku.

Sejujurnya aku agak kecewa jugaklah. Plain and boring birthday as always.

Cuma masa aku dekat maahad dulu, dorang akan nyanyi ramai-ramai dalam kelas untuk aku. tapi still no hadiah. Hehehe.

and masa dekat maktab dorang nyanyikan lagu lepas morning call. Omgg, masa tu aku rasa macam sebak sangat. Sebab aku macam tak rapat sangat dengan dorang but they wishing happy birthday to me. Aku rasa rindu pulak.

Beberapa hari selepas tu aku dapat kad dari geng BWP Maktab wishing happy birthday. Aku excited gila. Sampai hari ni aku simpan. Hehehe. Walaupun kad tu memag dorang print dan dorang akan bagi kepada semua tapi, ehehehe. adalah sebab dia aku syok sendiri. Lol . MUAHAHAHA.

Kad besday tahun lepas masa kad maktab. Hahahah

Tapi tak apalah, aku kena belajar bersyukur kan? Hehehehe. Tak apa.

Tahun ni aku dapat hadiah dari mama dan kawan baik aku yang tak pernah bersua muka. Pernah dengar suara ja dan chat merapu meraban semua. Hahaha

Siapa lagi kalau bukan blogger Jie Najihah. Gigih dia cari hadiah untuk besday aku. Aku rasa terharu sangat.

Hadiah dia aku simpan. Dia hadiahkan aku shawl polka dot black and white. Nicee sangat. So ni kad yang jie kasi dekat aku. Hehehe. Comel tulisan awook. Hahaha. Thank you so much.

Miss tuan punya tulisan kad ni. T_____T

Mama pulak hadiahkan satchel dekat aku. Hehehe. Aku macam tak percaya aku dah jadi perempuan. Sebelum ni, aku cakap semua tak minat. Bila kau dah jadi perempuan tulen, gigih kau usha semua beg tahuuu tak. 

AR by Alfio Raldo // 

Mama suruh pilih sendiri. Heheks. Thank youuu so much. Huhusk.

Yes, both are mine. New Look - Black and White with Bow and Zalora - Rose Gold

So tahun ni aku umur aku 18 tahun,  orang cakap masa umur ni banyak benda baru yang akan terjadi. HATI KENA SADO orang kata. Yeah. Indeed. Tahun ni tahun yang paling mencabar. Doakan aku tabah dan punya hati yang sabar untuk menghadapi semua ujian


dan doakan aku untuk trial SPM dan SPM bebetul. Aku bukan repeat SPM, tapi baru nak amik. LOL. Banyak cerita kenapa aku di sini hari ini. Tak apa. doakan aku ye. InshaaAllah, hanya Allah yang mampu balas kebaikan orang yang mendoakan aku. 


So, mental self note. Please grow up dear. HAHA.

kayy tu je nak merepek. Sapa nak sedekah hadiah ke duit raya ke. Mehh lahh email aku. HAHAHAHA. kbai. kbai. kbai. kbai.  lols.





Thursday, 14 July 2016

Eh, Raya dekat Sekolah

Assalamualaikum ♥



Hehe, hari ni aku nak cerita pasal raya aku dekat sekolah untuk kali terakhir , InshaaAllah. Hehehe. Memang tahun ni raya aku banyak bittersweet memory lah.

Dalam pukul 5.50 pagi aku bangun cari baju raya aku yang tahun lepas. Since baju raya aku tahun ni adalah blouse. Sebab aku tak pergi tempah baju raya tahun ni. Hehehe. jadi aku rembat baju raya tahun lepas jelah sekali dengan kasut raya tahun lepas. sebab kasut raya tahun ni flat. hahaha aku tak nak pakai.

Dah siap mandi semua, macam biasalah. Kita pergi sekolah. Nak jadi cerita dekat perhimpunan, budak-budak lelaki macam 'SEGAN' sangat nak beratur dekat perhimpunan. Cikgu pun naik berang jugalah sebab semuanya macam dah berpakat nak naikan temper cikgu. Adeh. Pagi-pagi mood raya semua dah macam kelaut dah.

Raya start pukul 12 tengah hari, sebelum rehat belajar. Adehh, sampai waktu kimia tadi, kami buat eksperimen pakai baju raya. Hehehhe.


Photographer tak bertauliah



Experiment Selfie T_T
Hahah, cikgu cakap, bukan selalu nak buat eksperimen pakai baju raya. Cikgu pun bawa keluar handphone bergambar sekali. Cikgu sporting sangat. 

Cikgu cakap siapa yang bawa phone tu, pandai-pandai lah. Cikgu tak rampas, takut orang lain rampas. Kami hanya tersengih sambil buat eksperimen dan berselfie. Hahahaha.

Kelas Kimia kelas sebelum rehat, so masa waktu rehat memang gila-gila kami berselfie. Penuh handphone aku gambar kelas, boomerang dan selfie. Since bila depa pegang handphone aku, lighting dia lawa. Lols.
20/20 of 5S1


Actually waktu rehat tu kami boleh pergi makan, dan pukul 11 kami kena turun untuk tolong cikgu. tapi aku rasa tak ada siapa yang angkat punggung pun. yang kami tau, pukul 12 kena turun sebab nak makan. hahahha. dan, cikgu cakap tak boleh duduk dalam kelas. Hahaha, aku rasa semua itu hanya bicara penyedap hati. Cikgu, have some fun sikit. Bosan lah asyik follow rules. Loosen up a bit sometime. hahahaha


Aku rindu masa maahad dulu, raya dia memang terbaikk ah. Ehh, tak nak throwback. 


Soto Bihun ft Mee Rebus

So elok pukul 12 semuanya berjalan ke booth-booth makanan. Macam-macam makanan ada. Aku amik ni dengan ayam goreng. Yang lain tak larat nak makan sebab dah sengkak perut. Ada gerai yang buat mee goreng, koey teow goreng, nasi goreng, bihun sup, kuih muih. Memang banyak sangat.

Memang kenyang sangat makan, tapi tulah aku ni dah sengkak air, minum air sirap limau dengan hirup kuah sampai licin, memang tak leh go dah la makanan yang lain. 

Habis makan, kami cadang nak pergi amik gambar geng perempuan, ceh. Kononnya nak photoshoot lah. Kami girls memang dah 10 orang je. 5 masuk kelas, 5 orang pergi photoshoot. Aku lah jadi juru gambar tak bertauliah bersama beberapa ketul model amatur. Adeh, layan jelah. Bila tengok aku amik gambar dorang lawa, terus ajak amik gambar berketul-ketul. Aku nak dapat gambar seketul yang lawa pun.. kena ajar dorang banyak kali. 

Hiks hiks. Hehehe. 

4 ketul model amatur

Kasut kita semua lawaaaaaaaaaaa dan filter lawa dan kamera lawaaa. Hiks he.



So hehehehehe, inilah raya terkakhir aku harapnya di sekolah menengah. Hehehehe. We had a lot of fun today cause of kita ada banyak gambar bersama kan. Yes, aku tahu aku duduk dengan korang semua tak sampai setahun pun. Kenal korang semua tak sampai setahun pun, tapi thank you so much for be a part of my memories. 

Sekian. ^^



Wednesday, 13 July 2016

Tuesday, 12 July 2016

Beraya di Perantauan.






Assalamualaikum ♥

Beraya mana korang kali ini, aku kali ni tak balik beraya dekat Perak. Sobs,sobs, Tahun ni kalau tak giliran balik beraya dekat sebelah ayah. Balik beraya rumah ayah meriah! tapi tulah atas sebab-sebab tertentu, kitaorang tak boleh balik beraya ke kampung lah tahun ni.

Memang aku ni orang Kedah, tapi kalau dah mak ayah aku orang Perak, nak cakap macam mana eh? Lagipun dekat sini memang tak ada saudara mara langsung. Semuanya duduk dekat Perak and Selangor. Lols.

Sebabkan aku tak balik kali ini, aku meroyan jugalah dekat facebook. dah lama aku tak update status dekat facebook. lol.

Since aku dah official 18 tahun kan *tangan di bahu mata ke atas* beraya kali ni tak delah aku terperap je dekat rumah. Lol.


So kawan aku ajak lah aku beraya, hahaha dia drive, minyak ayah dia sponsor. 

aku mana ada lesen lagi. T___T

So pagi raya tu aku bersiap-siap semua, boleh kata satu family aku semuanya sakit. Sobs.. sobs... 

masa aku kejut mama nak salam, mama terkejut. hehehehe.

lepas tu ayah aku hantar pergi rumah kawan aku. actually dah ajak adik aku untuk beraya sekali. tapi dia tidur. 

elok je aku sampai rumah kawan aku, adik kawan aku tu kawan baik dengan adik aku, dia bersiap nak pergi. aku pun dah rasa bersalah. karang kesian dekat dia raya sorang-sorang. aku call adik aku.

"kakak! sampai hati tak kejut aku, bukan nak ajak orang beraya." - ADIK 

Aku macam watt the fisshh. aku tanya tadi kot, nak pergi ke tak. nampak sangat dia mamai. sebelum aku call dia, aku call ayah aku suruh kejut dia bersiap nak pergi raya sebab kawan aku kata satgi depa nak mai rumah aku. lol. nak beraya pun macam kartun. 

dah siap beraya kat rumah si Afiqah ni, kami beraya ke rumah aku pulak, lepas tu beraya ke rumah kawan aku. 


dalam pukul 11 lebih kami gerak keluar nak ke rumah cikgu-cikgu.

Rumah first cikgu yang kami nak pergi tu, cikgu tu tak ada. Tu pun lepas cari rumah dia tak jumpa. 

Lepas tu kami pun pergi cari rumah yang seterusnya. 

2 jam kemudian baru kami sampai. T____T bukan sebab rumah tu jauh, tapi sebab kami sesatt dalam kampung mana entah lah. ya allah, kebas punggung weh. dah la bawa dalam 60km/j. bayangkanlahh. ahhahaha. tu tak masuk lagi kalau dah lalu jalan kecik dekat kampung wehh. azabbbb. dengan kawan aku tu baru dapat lesen. lol.

sorry pakai gambar insta ja. hahahaha. boleh promote insta lol. bukan apa. malas nak am


tanya orang dia jawab ikut jalan ni, tanya orang tu dia tunjuk jalan sana. 


sampai kami ustazah, anak ustazah yang jawab. sampai aku kata, berhenti tepi kedai. kita tanya orang kedai sambil beli makanan. aku makan nasi goreng je dekat rumah kawan aku tadi sebelum gerak. tu pun sikitt je. hekss. aku dah la gastrik. 

elok je nak bayar, kawan aku pun tanya lah rumah ustazah kami tu. last-last ada seorang brother ni dia kata dia nak tolong hantarkan. 

aku lega. 

dan aku bersyukur sebab instinct yang Allah bagi tu semuanya betul. hehehe. kawan-kawan aku tak nak mengaku. lol. 


lepas tu terus kami balik rumah. sebab semua dah kepenatan, kelaparan. lol. balik makan dekat rumah. hehehehe. 


sooooo okayy. aku sebenarnya nak beraya lagi, tapi masing-masing dah letih. so kawan aku drop aku ke rumah. yaayy! 

so tamatlah cerita raya aku. hahahha.

bye bye. ^^


Salam Aidilfitri

Assalamualaikum ♥

Hari ni syawal yang ke-7 kalau tak silap aku. Sebelum tu... Aina nak minta maaf sangat kepada blogger-blogger yang join segmen Aina dulu. Aina tahu aku janji nak buat blog review semua. tapi, sa,pai hari ni aku tak buat-buat. Aina minta maaf sangat. Banyak sangat benda jadi lately ni.

Bukan tak nak buat.. Aina still ingat lagi. cuma kesempatan nak buat tu tak sempat. Aina nak minta maaf juga kepada group blogger dekat whatsapp sebab janji nak buat logo.. tapi sampai hari ini tak buat-buat dan juga sebab menyepi dari grup tersebut.

Aina harap korang jangan marah Aina.

Laptop yang Aina pakai tu berkongsi dengan adik-adik. Sebab tu susah nak online, biasalah laptop sendiri dah rosak. Padan muka. T___T lepas tu laptop adik aina tu pulak jenis slow. ya allah nak buka satu program tu , keja not responding je. Kenapaaa.

Lepas tu seminggu sebelum raya, mama ajak Aina pergi cari laptop. Yayyy! Pasal laptop nanti kita cerita kemudian. Hehehhehee.

Hari ni aku baru update sebab laptop aku baru seminggu beli dah masuk virus. Apa aku buat dekat laptop aku pun aku tak tahu. Addeeh.


Jadi, Aina betul-betul minta maafff sangattttttt kepada semua blogger yang mengenali Aina. Bersalah sangat rasa ni. Huhuks.



Since ni entri pasal nak minta maaf, entri pasal raya nanti aku update lain. Hahahha. INSHAAALLAH.


and btw, aku tak tahu kenapa aku mengantuk sangat ni. T_T




Selamat hari raya uolls. hehehe.