Sunday, 31 January 2016

9 Petanda Rumahtangga Terkena Sihir

Assalamualaikum


Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:


  • Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan seks. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
  • Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
  • Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
  • Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
  • Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
  • Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
  • Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
  • Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
  • Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.




Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.


Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.

Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:

1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.


2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.
3. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

4. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.

Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya.

Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan.

Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.

Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. Mood untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahu a’lam.

5. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.
6. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.

7. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.


Wallahua'alam


Edit Blog ; Kak Aisya

Assalamualaikum

So setelah hampir berminggu-minggu aku siapkan edit blog kak Aisya kesayangan ni baru aku update lol.

Actually aku edit blog ini sempena dengan besday Kak Aisya yang telah lepas. Uwuu. Konoonya hadiah lah ni..

Tapi tak sepenuhnya di edit oleh aku. Hehe. Sebab kak aisya ada benda yang dia dah editkan sikit. Aku edit header lah yang paling ketara sekali..




Ini gambar sebelumm ye akakk-aka semua.







Ini dah siap.. Tada. Lawa tak? Hahaha. 

Nak tengok dengan mata sendiri boleh ke blog akk aisya. Hehee. 
Kalau korang nak tempah apa-apa boleh je pm aku. Okayy? but not free lah. sorry. T_T

Siti Aisya Ibrahim
Klik sini untuk ke blog kak Aisya ^^

Sekian.

Loves,
Aina Akmal


Jangan buang baju lama si Ayah, kerana...

Assalamualaikum ♥



Baju lama ayah dah tak pakai jangan dibuang. Banyak yang boleh dihasilkan dari baju si ayah.




















Comelkaan? Bolehhlah korang yang raajin tu buat dekat adik-adik ke, anak saudara ke, yang akak-akak tu. hehe

Friday, 29 January 2016

Senarai Peserta Segmen Blogwalking & Bloglist by AinaAkmal

Assalamualaikum


Sorry for late update. Thanks korang yang sudi join segmen ni. Korang yang still belum join lagi meh lah join. InshaaAllah aku akan pergi jejak blog-blog korang k? Klik banner di atas untuk join ye. Btw, kepada peserta bolehlah berblogwalking and check korang punya link ye. ^^ Terima kasih.



  1. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  2. http://misszyaroses.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  3. http://yuhaadie.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-and-bloglist-by-aina.html
  4. http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  5. http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  6. http://ckecilberbicara.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  7. http://www.nurfuzie.com/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  8. http://jombercontest.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  9. http://ash-tsukidate.blogspot.com/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  10. http://atelophobia-me.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  11. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  12. http://beehaazman19.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  13. http://najwazahid94.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  14. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  15. http://fieyqadelova.blogspot.com/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  16. http://umikasum.blogspot.com/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  17. http://mashumashmello.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  18. http://nrjan.blogspot.com/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  19. http://akhalilah.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  20. http://bisyali.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  21. http://mujahidsiswa.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  22. http://umiwish.blogspot.com/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  23. http://bluechoralpearl.blogspot.my/2016/01/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  24. http://ceritasiennor.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  25. http://niesaazizan.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  26. http://cahayakukasih.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  27. http://makgarang.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  28. http://jindrisska.blogspot.com/2016/02/segmen-blogwalking-by-aina-akmal.html
  29. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  30. http://hidayuayumie.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  31. http://theonlygirl98.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  32. http://erinndryana.blogspot.com/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html
  33. http://fiqadira.blogspot.my/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html 
  34. http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/segmen-blogwalking-bloglist-by-aina.html 


Happy berblogwalking ! ^^






















Tuesday, 26 January 2016

TRAVELOG : PADANG BESAR, PERLIS // PT.3

Assalamualaikum

Haii semua, nak sambung pasal jalan-jalan melepak dekat Padang Besar, Perlis. Dah baca yang sebelum ni?

So kami meneruskan penjelajahan kami di dalam The Zone di sempadan. Kalau korang nak pergi ke sini, korang kena lalu imegrisen okay. 

Amik jangan tak amik! 
Guys, let me make you guys clear. She actually try simpan that chocolate lah. Lepas aku dah grab barang yang aku nak.. aku menapak masuk ke...


Saksikan lah betapa banyak gila chocolate di sini. Memang banyak gila. Aku not kind of yang suka coklat, because I don't like to much sweet. Aku one kind yang suka beli dan tengok orang makan. Tapi aku ada juga choco yang aku minat.

.
CHOCOLATES? 
If only I can borong all of this and buat cenderahati dengan kawan-kawan aku semua. Cewahh. HAHAHA. Korang memang kena datang sini buat pencinta coklat. Highly recommended!  


One of chocolate yang dibawa balik sebab ini je antara coklat-coklat yang halal yang ada dekat sini. Aku nak juga beli choco yang sedap-sedap. Toblerone ke, Kisses ke, apa ke.. tapi nak buat macam mana.. tak ada logo halal. Aku sedihh wuu. 

Aku pernah makan coklat tu semua sebab orang bagi je.. hahaha. bila aku check tak ada logo Halal that time.. aku macam lol. May Allah forgive me. 

Tak apalah.. so aku tak ingat chocolate apa yang my mom beli. Sebab aku bukan peminat.. susah nak jumpa chocolate yang kena dengan taste aku actually. Mana yang aku suka selalu tu tak ada logo Halal or kind of. 

Lepas tu semua, dah pergi membayar di kaunter. Jumlah semua around RM 200.  Jadi kami semua bergerak pulang ke Padang Besar.

The funnnnnyyyyy thing is, masa duduk dekat sini, tak sedar pun dah nak masuk zohor. 

So lepas ni.. kita nak pergi mana pulak..

Tunggu next entry!






FESYEN KERANA ALLAH ATAU ? -

Assalamualaikum 


FESYEN KERANA ALLAH ATAU ? - 

Imam Ibn Jawzi mencerita kisah lelaki soleh yang ingin memotong pokok yang disembah masyarakatnya bagi mengelak syirik, namun berjaya dipujuk oleh syaitan (dalam rupa manusia) agar tidak menebangnya dengan menjanjikan 2 dinar setiap pagi sebagai balasan.
Namun apabila di satu pagi, lelaki soleh mendapati tiada dua dinar lagi, dia bergegas ingin menebang pokok. Tatkala itu, syaitan memukulnya dan mengalahkannya dengan mudah

Syaitan mengatakan jika dahulu dia gagal menewaskan pemuda tersebut kerana niat ikhlas pemuda untuk menebang pokok syirik itu hanya kerana Allah, namun kini niat TELAH terpesong KERANA MARAHKAN TIADA DUA DINAR. atas sebab itu, dia mudah dikalahkan oleh Syaitan.
Begitulah juga Fesyen dan PENUTUPAN AURAT. Barangsiapa yang BERHABIS WANG DAN FIKIRAN bagi mencari jalan menutup aurat kerana ALLAH swt, maka syaitan tiada dapat menguasainya dan menipunya,
Barangsiapa menurut aurat HANYA kerana ingin dilihat cantik menawan, lebih ayu, mengikut aliran fesyen dan lain-lain. Wanita sebegini BAKAL di kuasai dan ditewaskan oleh Syaitan. Moga diselamatkan oleh Allah swt. 

(Petikan ceramah Dr Zaharuddin A Rahman "fesyen & Aurat, Masjid Rahimah, 21 Dis 14)


dipetik dari - 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Monday, 25 January 2016

Al kisah.. Makan hati.

Assalamualaikum (╯3╰)

Gaiss.  Hehe.  Korang nak baca cerita menarik tak.  Kalau tak baca..rugi.  sedih sangat cerita ni. 


Pada suatu hari..  Aku melayari internet di telefon aku.  Tangan aku laju membuka akaun Instagram aku yang boleh dikatakan teman akrab aku. 

Aku terus scroll dan scroll hingga ke bawah.  Puas aku lihat yang itu aku mula mencari nama sesorang. 

Seseorang yang buat hidup aku bahagia. 

Lantas namanya di klik laju. 










.
.
And..








I found this...


Aku actually happy when I found out they will marry soon.  I'm so jelly with you Bella. You guys looks sweeet together.  Ehem. 

Actually, this is my first time aku ship artis.  Selalunyaaku buat bodoh je.  Maybe he was Nazim Othman afterall.

Hahaha.  Dah kurang sorang calon menantu mama.  Lol.  Okay.  Gurau.  Idk why I like him.  Maybe his style or..  Haha because dia suka layan juga kpop.  Lol.  Style dia kan kpoppan.


Okay tu je aku nak bebel sebelum tidur. 

Good night.

Loves,
Aina Akmal (๑ơ ₃ ơ)♥


Sunday, 24 January 2016

Segmen Blogwalking By Nurnbla (January)

Assalamualaikum



tag 

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

Assalamualaikum




TAMAT : 30/01/16 [ 5:00 ptg ]




Travelog : Padang Besar, Perlis // Pt.2

Assalamualaikum

Haloo semua, afternoon semua. eheh. ni aku nak sambung cerita jalan-jalan cari makan dan perhabis duit di Perlis. Alah yang Travelog : Padang Besar, Perlis // Pt. 1 dah baca? Okay hari nak sambung cerita.

Lepas kitaorang semua makan, dalam RM 40 dekat kedai tu. Sorry, aku masuk je kedai tu. Tak tahu nama apa. HAHA.

Bila kitaorang selesai makan, aku usha jam. 11:30 pagi baru. Ya Allah lambatnya masa berjalan. Lol lupa nak cakap, datin-datin dalam ni merujuk kepada mama aku dan mak kawan aku. Hehe. Saja nak bermesra acah datin. HAHA.

My mom dengan her friend and aku and adik aku and kawan aku semua jenis tak suka beli barang dekat situ. Faham tak aku cakap apa ni. Mujur my kawan aku punya Datin bawa kereta sendiri. Tak naik sekali bas dengan kami.

So kami semua pergi ke The Zone! yeah! Sebab semua tak tahan panas dekat Pdg Besar tu. Plus tak ada benda yang menarik minat di situ. and kami semua pening sebab bau asap rokok dan segala jenis bau-an yang kurang enak pada hidung.

OTW nak pergi tu korang kena lalu dekat imegrisan // betul ke aku eja ni. ahhaa. Kami cakap kami nak pergi dekat duty free. Maybe semua muka beriman, dorang tak minta IC pun. Hehe.


Pintu depan Yayy! Aircond. ini gamba nak balik dah ni. nampk tak bayang aku menjinjit harta aku tu. ahahaha. 

Sebabkan kitaorang ni nak shopping tempat yang aircond.. hahaha. Maaf, bukan nak belagak wuu. Tapi memang kami semuanya sekapala. tak minat tempat macam kat Padang Besar tu. Last-last haha, mereput dekat sini. Jadilah, janji ada aircond. Lemak aku pun bahagia. LOL.

Alhamdulillah, masuk-masuk sini aku rasa macam lega sikit lah. Sejuk sangat dan tak sesak. My mom memang jenis tak tahan dengan tempat-tempat yang terlalu crowded dengan manusia. plus, dekst tempat tu tadi my mama sangat tak selesa. My mama dizzy and yes we need to get out from there. 

Mujur kawan mama memahami and we all semua sekepala you. 

Masuk-masuk tu pergi tengok dekat tempat pinggan mangkuk dulu. Kitaorang berpisah ikut mom masing-masing. Aku dengan adik aku ikut mama pusing dekat sebelah sayap kanan. Aku masuk-masuk jumpa banyak benda lawa. Hehehe. My mom pusing-pusing dekat kawasan jual pinggang mangkuk. Puas pusing sebelah sayap kiri,kami merayap ke sayap kanan... tengah fikir nak beli apa. 

and suddenly..

I meet theeee sexiesst thing and the lawo thing in my eyes.


HANDDBANGSS!! OMGG
First time nampak handbang merah tu terus aku, MAMAAAA! I want this. I want this. I want this. This is so lawa. OMGG. Adik aku suruh tengok yang lain. aku tengok, usha belek semua. tapi semua tak ada yang berkenan. ahahhaa. Aku nak that red one juga. 

Aku jatuh cinta tanpa berbelah bahagi dekat handbag tu. Ya Allah.Memang leka lah belek handbad dekat situ walaupun tak banyak.

Since kedai ni bukan kedai yang besar you know. Kawan mak aku tu dah pergi ke area coklat, because her daughter loves chocolate so much. 

Fooling around with display handbag. HAHA. sebab handbang tu sama warna dengan baju.



Okayy. sorry aku terpksa tutup muka. Huduh sangat sampai tak sanggup nak tuujukk. Lol. Memang bahagia gila dapat beg tu.

Nampak tak keexsaitedsan aku di situ. Aku rasa Datin sangat masa buat macam tu. yang bestnya, tak ada salesgirl pun yang kacau kami dekat sini. sebab tu aku berbahagia sangat masa ni. Rasa macam tempat ni aku yang punya ja.

Adik aku nak beli handbag, tapi since dia dah ada. mak aku suruh dia beli kasut baru. Tapi kasut tak ada pilihan yang banyak. kalau ada pun.. tak ada size dah.

My mom pun beli handbag juga.

Lepas dah dapat barang aku, barulah aku kepeningan nak beli apa dekat orang rumah. Hihik.


So nilah dia.. Lawa tak? sexy red. LAWAAKANNN.

My mom cakap, lawa sangat. Hahaha. tapi mama tak tahan tengok warna ni. Nanti mama akan pening. uhuk. sorry ma. Ayah aku tanya kenapa mama tak beli beg macam aku. Hahaha. and my mom kata, anak kita tu muda lagi. HAHA. Ayah aku geleng kepala ja bila aku bawa balik beg ni. Hihii.. Ayah, anak ayah girl okay. girl. hahaha.

and red is one of my fav color.

but the funny thing is.. aku tak rasmi lagi beg ni sebab tak keluar rumah pergi mana-mana lagi, huhuh


So lols, nanti sambung pulak, part chocolate! egegegehehehe.

Byee.

Love,
Aina Akmal.

Tempahan Edit Blog ; Nur Najah

Assalamualaikum ♥

Selamat pagi semua, entri ni sepatutnya dah lama, tapi baru hari ini aku berkesempatan nak menulis.

Terima kasih kepada cik kak sorang ni sebab support bisnes aku yang baru nak up kononya. Cewahh. Doakan ya.

So she ask me guna theme warna biru, grey and white.

Before 





After 





Okay tu je, Thank you. Sila lah ke blog beliau untuk support karya cik penulis ni. ^^



Loves, Aina Akmal


Saturday, 23 January 2016

NEGARA LAIN SEMUANYA MENOLAK TPPA TERMASUK JEPUN, KENAPA MALAYSIA NAK TRIMA TPPA?




Assalamualaikum


Assalamualaikum. 

(NEGARA LAIN SEMUANYA MENOLAK TPPA TERMASUK JEPUN, KENAPA MALAYSIA NAK TRIMA TPPA??)
Anak muda tidak boleh menolak politik dengan mengatakan bahawa umur kita belum cukup 21 tahun untuk berpolitik. Kalaulah masih ramai anak muda yang berfikirin sempit sebegini, maka lebih banyak hak anak muda akan diganggu oleh manusia yang rakus dan tamatkan kekayaan kroni. 
Hari ini biasiswa JPA dan MARA ditarik. gst membebankan anak muda. Tidak lama lagi cukai minyak petrol diperkenalkan. Kalaulah anak muda mcm kita terus membisu. Alamatnya anak muda hari ini tiada jati diri dan tiada maruah. Kalau sahabat semua kaji semula pemimpin melayu yang hebat seperti Tun mahathir, Anuar ibrahim, dan ramai lagi pemimpin melayu yg ternama dan yg banyak berbakti kepada bangsa melayu, mereka ini ketika mereka bergelar anak muda, mereka adalah antara anak muda yang berani bersuara. 

Anak muda yang berani bertindak demi mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tetapi anak muda hari ?? Gst , berdiam?? Kos sara hidup meningkat , berdiam?? Biasiswa ditarik, berdiam??? . 1MDB ? Berdiam?? Isu rm2.6bilion berdiam?
Persoalannya , dimanakah anak muda seperti Tun mahathir? Adakah anak muda hari ini tiada perasaan atau takut ?  
Peruntukan untuk tabung pelajar miskin dikurangkan dari rm 200 juta kepada 10 juta pada tahun 2016. Kenapa tidak ada anak muda yg bersuara kerana peruntukan untuk mereka belajar dikurangkan sebanyak rm 190 juta ? 

Adakah anak muda ini tunduk bagaikan tidak berguna kepada negara?? Anak muda melayu ini cuma mahukan kerja makan gaji kan? 

Kalau nak kerja makan gaji nanti sekalipun, adakah kita yakin peluang pekerjaan dimasa hadapan cerah?? Dengan situasi ekonomi hari ini dan dengan sikap kerajaan yg boros , saya tidak nampak peluang pekerjaan akan meningkat di masa hadapan. 
Kononnya join TPPA nnti peluang pekerjaan akan meningkat, semua ini adalah satu pembohongan yang nyata kerana kalau kita kaji teori ekonomi, perdagangan bebas akan menyebabkan negara kecil mengalami risiko muflis krna negara maju akan melambakkan barangan mereka ke negara kecil dan menjual dgn harga yg sgt murah. Ketika itu kilang2 tempat, syarikat2 tempatan tidak dapat bersaing dan mungkin bankrupt. Maka ketika itu, adakah kita yakin TPPA itu meningkatkan peluang pekerjaan??? 

Anak muda berfikirlah tentang apa yg bakal berlaku sekiranya negara kita join TPPA. please kita tolak TPPA demi masa hadapan kita. Jangan kita melakukan kesilapan yang sama dengan mempercayai kononnya GST dapat menurunkan harga barang,. Tapi apa yg berlaku selepas gst dilaksanakan?? Harga barang naik? 

Kos sara hidup naik??? Dimanakah kebaikan GST yg dikatakan akan mengurangkan kos sara hidup rakyat??? Jadi jgn kita buat kesilapan yg seterusnya dengan bersetuju join TPPA(Tran Pasific Partnerships Agreement)


Friday, 22 January 2016

Tanda-tanda orang kena sihir


Assalamualaikum


Semua apa khabar hari ini, so hari ini aku ada benda nak share sikit dengan korang, buat pengetahuan diri. InshaaAllah.




Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.


Soalan : Ustaz.saya nak tanya apakah tanda-tanda orang yang terkena sihir atau santau?


Jawapan:


Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:



1. Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga

2. Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan

3. Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain

4. Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur

5. Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi

6. Terasa panas badan terutama di bahagian belakang

7. Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas

8. Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah

9. Selalu sakit kepala

10. Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan

11. Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung



Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)



1. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba

2. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan

3. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh

4. Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah


Tanda-tanda sihir pengasih



1. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang

2. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan

3. Kuat berkhayal tentang adegan seks

4. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks


Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang itu jatuh sakit)



1. Cakap merapu

2. Fikiran bingung

3. Sentiasa resah gelisah

4. Tidak menjaga kebersihan diri

5. Gemar bersendirian

6. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan

7. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental


Tanda-tanda sihir pendarahan



1. Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit. (darah istihadah)


Tanda-tanda santau



1. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid

2. Sakit dibawah tulang kipas

3. Sakit dibawah punggung

4. Batuk yang berterusan

5. Bermimpi binatang yang menakutkan

6. Sesak nafas

7. Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar

8. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur

9. Daya ingatan berkurangan


Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka



1. Sukar tidur

2. Sering bermimpi perkara yang menakutkan

3. Ketawa dan menangis ketika tidur

4. Pening kepala

5. Malas dan lesu

6. Lenguh-lenguh sendi

7. Pemarah dan terlalu emosi


Adakalanya juga orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan


Pedoman dan renungan


Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.


Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan “buatan orang”,walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?


Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan kepada saudaramara, rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa jemu demi kebaikan bersama.


Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.


Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa kesemasa. Amalkan zikir al-Mathurat sebagai pendinding diri daripada sihir dan gangguan jin kafir dan syaitan. Wallahu a’lam


Apa yang dijelaskan di atas adalah tanda-tanda gejala sihir, santau atau saka. Jika kita nak pasti adakah sihir ini benar-benar wujud dalam diri kita maka kita perlu membaca beberapa ayat al-Quran. Cara-caranya : Membaca ayat-ayat dibawah ditapak tanganmu :


1. Baca surah Ibrahim ayat 42-52


2. Baca surah al-Mukminun ayat 98-118


3. Baca surah al-Falaq ayat 1-5.


4. Baca surah an-Nas ayat 1-6


Ketika membaca ayat-ayat di atas , letakkan mulutmu di telapak tangan kananmu, sehingga nafasmu atau sebahgian dari ludahmu mengenainya. Kemudian hulurkan tapak tangan kananmu itu di depan mata si sakit, dan mintalah dia melihatnya. Kalau dia sama sekali tidak boleh melihatnya, atau matanya menjadi silau atau nanar, atau dia melihat tapak tanganmu berwarna sangat merah atau hitam, atau dia melihat banyak salib di telapak tanganmu, atau tiba-tiba kepalanya terasa sangat pening, atau dia menunjukkan suatu gejala yang muncul secara tiba-tiba, maka dia , tidak diragukan, terkena sihir atau kesurupan atau kedua-duanya sekali.


[CATATAN : Sebaik-baiknya, usahakan dia sendiri yang membacanya ayat-ayat diatas. Kalau si sakit tidak boleh membaca sendiri maka kalian boleh bacakan ditapak tangan kalian dan hulurkan tangan kanan kalian di depan mata si sakit minta dia melihatnya.]


Pertama cuba saudari baca ayat-ayat di atas dan uji pada diri saudari, jika ada seperti yg dinyatakan maka jelas saudari terkena sihir. Untuk mengubati sihir ada beberapa ayat al-Quran untuk menawarkan sihir iaitu : Cara-cara membuangkan sihir daripada diri kita :


1. Ambil tujuh helai sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dengan batu, besi atau apa saja sehingga lumat (boleh juga guna alat penghancur letrik – blinder)


2. Masuk tumbukan daun sirih atau daun teratai itu dalam satu mangkuk besar. Isi dengan air secukupnya untuk minum dan mandi seluruh badan.


3. Letakkan telapak tangan kananmu pada air yang sudah diisi tumbukan daun sirih.


4. Sentuhkan bibirmu pada mangkuk, sehingga nafas atau sebahagian dari ludahmu mengenainya.


5. Bacakan ayat-ayat berikut :


a. Baca Ayat Kursi. (Surah al-Baqarah ayat 255)


b. Bacakan Surah al-Kafirun.


c. Baca Surah al-Ikhlas.


d. Baca Surah al-Falaq.


e. Baca Surah an- Nas.


(Ayat-ayat dibawah adalah ayat penawar sihir)


f. Baca Surah al-A’raf ayat 117-119.


g. Baca Surah Yunus ayat 79-82.


h. Baca Surah Thaha ayat 65-69.


Setelah dijampi dengan ayat-ayat al-Quran di atas air itu diminumkan kepada si sakit, kemudian mandikan ia dengannya. Ulangi seminggu sekali dan sesudah itu in syaa Allah , sihir itu tidak akan ada lagi.


[Yakinlah kepada Allah SWT bahawasanya hanya Dia sahaja yang akan menyembuhkan segala penyakit termasuk penyakit disebabkan sihir hasil perbuatan jin dan syaitan]


Semua kejadian di langait dan dibumi semuanya adalah kehendak Allah SWT semua makhluk termasuk jin dan syaitan dan manusia tak boleh mendatangkan apa-apa mudharat. tanpa izin Allah SWT. Oleh itu kita yakin dengan Allah SWT dan keselamatan kita adalah dibawah jagaan Allah SWT. Amalkan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, solat tahajud, berdoa minta perlindungan Allah SWT dan jik ada penyakit minta Allah SWT pulihkan dan beri kesembuhan. Seorang mukmin perlu berdoa, berusaha, bertawakkal dan bersabar.


-----------------------

Korang jangan ingat zaman sekarang dah tak ada benda-benda mensyirikkan Allah ni. Syaitan dah berjanji dengan Allah SWT yang mereka ganggu anak cucu nabi Adam hingga Kiamat. Mereka tak akan mati selagi kiamat tak datang.

Hal ini sangat berat, jangan pandang remeh. Wajib buang kalau kita tahu kita ada sakit-sakit macam ni. Sebab ini menyebabkan hal AKIDAH atau Tauhid kita kepada Allah. 

Tapi ingat ujian yang datang semuanya atas izin Allah, dan dengan Allah kita minta Allah sembuhkan. 

Percayalah dengan semua penyakit macam ini. Mungkin korang tak ingat rukun iman.


Salah satu rukun iman, 

PERCAYA KEPADA ALAM GHAIB.

dah lupakah kita?


Moga kita sentiasa dalam rahmat Allah. 


Loves,

Aina Akmal