Wednesday, 28 December 2016

My Top 5 K-Drama OST.





 
Assalamualaikum ♥


 
 5. AKMU (악동뮤지션)- 'Be With You' (Scarlet Heart: Ryeo OST, Part 12)
 AKMU never disappoint me. Their voice are always beautiful.  

 
4. Epik High (ft. Lee Hi)- 'Can You Hear My Heart' (Scarlet Heart:Ryeo OST, Part 6)
This song played when Jung Gi and IU are running away from castle. Their watching beach together. OMG. I almost cried at the moment. But seriously, Scarlet Heart Ryeo it the most heartbreaking drama I ever watch. T____T. Almost every episode, someone will die and die and die.
 
  3. For You (너를 위해) - Chen, Baekhyun, Xiumin

I'm seriously not a fan of EXO. I don't know why, their music tak kena dengan jiwa sangat, but I don't hate them. but I love this song so much. Their voice are so calm and relaxing.



 
2. Crush – Beautiful Life (Goblin OST Part. 4) 
 To be honest, I don't watch Goblin yet. I'm not in mood to watch any kdrama right now. BUT THIS SONG IS REALLY AWESOME. When I heard it for the first time, I'm dying to know who sing this song. It give me lifeeee. WUUU.
 

 

1. 찬열 (CHANYEOL), 펀치 (Punch) - Stay With Me Goblin [OST Part 1]
 I just accidentally found this song when you know.. you're you youtube-ing and end up to some weird videos. HAHA. I keep replaying this song for whole day. But seriously, this song is really addictive. Once you listen, you might don't want to stop.  Currently my jam!



There are still a lot of good K-Drama OST. TBH, I love all Scarlet Heart Ryeo OST. 
So whats your fav? Share with me! ^^ and suggest me more music please. Hehe. 

 


Review ; Smartphone Wiko JERRY

Follow my blog with Bloglovin




 
 Assalamualaikum ♥ 

Minggu lepas, ayah aku beli phone baru memandangkan ayah aku punya phone lama dah rosak. Memang sampai tahap sampai kritikal lah dia punya rosak. Dah berapa kali pergi kedai untuk repair but end up hasil dia macam tu je. Sebab dia rosak dekat bahagian tempat nak cas phone tu. 

Ayah aku sebelum ni pakai Lenovo. 

So last week tak silap aku, aku pergi ke Sentosa @Alor Star, untuk beli phone. Bajet ayah aku dalam RM 300 je. Kalau Samsung memang tak dapat lah nak size besar-besar. And Lenovo ni memang dah tak banyak kedai jual. Masa aku pergi kat sana, kalau Lenovo ada pun yang second-hand punya je. Sebab masalah dia dekat tempat charger tu. 
 

http://data.wikomobile.com/documents/images/WORLD/eabe9d57a11951ded9b0e09ed0ee40aa.jpg 

So.. jalan-jalan terjumpa phone ni. Memang kena bajet ayah aku. Since ayah aku pakai untuk Whatsapp kerja ja so memang sesuai lah untuk pakai phone ni.  Ayah aku guna phone ni untuk Whatsapp dengan Youtube je selain call and mesej biasa. 

WIKO ni still jenama baru yang datang dari France. Aku ada baca syarikat ni baru wujud pada tahun 2011. Ayah aku pun bila dia tengok dia berkenan sangat dengan phone ni. 





 Harga dia RM 299 sahaja tidak termasuk aksesori yang lain.

Aku tak sure sama ada memang dekat lain ada warna lain ke tak, sebab dekat kedai yang aku pergi tu, memang ada warna ni je. 

 

WIKO Jerry

  • AC adapter
  • Battery
  • Headset
  • Micro USB Cable
  • SIM card adapters
  • User guide
  • Wiko mobile phone
For more information you guys boleh pergi ke website dorang.


Okay till then. 

Tuesday, 27 December 2016

Healing Day @Lata Mengkuang Air Terjun, Sik


 
Assalamualaikum ♥


Holla gais. Memandangkan sekarang ni musim cuti ni jadi ramai family yang ambil kesempatan nak bercuti dengan family and kawan-kawan untuk merelekskan minda dari stress kerja dan sebagainya. //Apasal ayat aku skema sangat ni. HAHAHA

So, family aku time cuti Krimas 2 hari lepas family aku pun ambil kesempatan ni untuk berehat sambil menghirup udara yang segar. Cewahh. Healing time kata orang. Memang agak ramai orang since sekarang ni musim cuti.

So dalam pukul 11 lebih kami bertolak ke sana, sampai dalam pukul 1 tengah hari. Elok je kami sampai, adik - adik aku terus ajak aku mandi. Memandangkan aku ni anak sulung maka aku kena menjaga mereka. T_T. Parents aku menjadi chef untuk bagi anak-anak makan. Hehehe.

dan aku jadi pembantu a.k.a butler kepada adik - adik aku , penjaga, guard dan seangkatan dengannya.

 



 Sampai je sana, masing-masing usung barang sorang sikit.




Kawasan ni bersih, terjaga, tak ada lah penuh dengan semak samun dekat kawasan tu. Aku lupa nak amik gambar sebab aku time tu dah lapar. Yelah... dah sampai time tengah hari. Memang lapar gila lah. 

Aku kalau dah lapar memang benda lain kita fikir no.2. 




So adik-adik aku pergi mandi dulu, dan aku makan dulu. Hehehe. 



Dah selesai aku makan, aku turun bawa makanan untuk anak-anak ikan yang sedang berenang di dalam sungai dengan bahagianya. HAHAHA.

 





 Ayam goreng yang still panas-panas makan dekat tepi sungai. Sambil suap adik-adik aku, aku suap aku juga. Perghhhhh!

Satu untuk aku, satu untuk adik aku. dua untuk adik aku, semua untuk aku. gituh. AHAHAHA.

Gurau je.

Dalam pukul 4-5 kami bertolak balik. dan ini kali pertama aku pergi sungai aku tak mandi sungai. tak apa, sekali sekala layan kerenah adik aku yang dah nak balik asrama minggu depan semua. Huhuk.

So tempat ni memang jadi fav spot family aku untuk melepak-lepak time cuti-cuti. 

Okay till then. 

 

 
 

Sunday, 25 December 2016

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue







Assalamualaikum ♥ 

 Syarat - syarat
  • 1. Follow blog.
  • 2. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue"
  • 3. Letak banner di bawah dan backlink kan ke post ni.
  • 4. Tinggalkan URL di komen.



Let's Join!



Thursday, 22 December 2016

Day 1 : Cabaran 25 Hari Blogging

 

Assalamualaikum ♥ 



Nama diberi Nur Aina Hanis. Asal aku Kedah. tapi bahasa utama dekat blog aku tak berapa nak bunyi Kedah sebab aku rasa macam pelik bila aku pakai bahasa Kedah dekat blog. Plus, both my parents bukan berasal dari Kedah. So, aku cakap Kedah yang biasa sahaja. 

Kalau yang dah masuk part pekat-pekat.. memang geleng kepala aku nak faham.

 Aku dah berblogging since aku form 1. Dalam tengah-tengah tahun tu aku terjumpa blog kawan aku, entah macam mana sejak dari situ aku jatuh cinta dengan dunia blog. Aku suka semua benda pasal blog.

 Aku belajar macam mana nak edit blog, guna photoshop semua dengan google and youtube sahaja.  Aku tak pernah join mana-mana kelas kursus untuk photoshop dan sebagainya.

and memula aku blogging dulu memang merapu meraban gila aku menulis. dan blog tu aku dah delete. aku delete sebab aku tak sanggup nak baca. HAHA. tapi sekarang aku rasa macam menyesal sangat pulak sebab delete blog lama aku tu dulu. 

Kalau tak boleh aku buat throwback sensorang.  Tak nak share dengan korang. MALU. HAHA

Hari tu aku ada buat text aku ni jenis manusia Introvert. Pemendam. Gituh. Aku tak sure juga, sebab second time aku buat aku dapat Extrovert.  Aku syak aku jenis malu-malu kucing. hahaha. entah dari mana aku sedut simptom-simptom tu.



K. Aku peminat kpop. Tapi tak delah tegar gila sampai nak beli barang dorang semua. Aku selagi boleh free aku akan amik yang free. HAHA. Since bab-bab korea ni memang aku minat since aku darjah 3, kerana terpengaruh dengan sepupu aku time balik kampung. Lol. Godaan oppa Korea sangat-sangat buat saia tak kuad wak. HAHAHA. but aku suka Justin Bieber juga. lol.

and aku juga layan anime, suka baca buku. dan banyak benda lagi yang aku suka. hahaha. 

lagi.. nak aku cerita apa?


Image result for kpop funny memes
This would be my mom faceee ><
aku sekarang tengah dalam proses belajar membawa kereta. minggu lepas kelas cancel sebab cikgu MC. so aku redha lah balik semula ke rumah. padahal sebelum tu aku nak ketaq lutut sebab nak belajar. FIRST CLASS kot. hahaha. sebab belajar dengan cikgu ni tak sama dengan belajar dengan mama dan ayah. 

First class tak rasmi dengan my mom. HAHA. my mom punya menjerit aku bawa tu, boleh dengar satu alam.
 Lepas tu mama aku cakap, selagi tak dapat lesen, mama tak naik dengan aku. HAHAHA. 


  HAHAHA. Kayy. Byee .


Wednesday, 21 December 2016

Cabaran 25 Hari Blogging


 

Assalamualaikum ♥ 


Hari ini aku nak buat satu cabaran untuk blogging. Tak delah mencabar sangat pun. Cuma nak bagi idea kepada yang tak ada idea nak menulis apa. Hehehe, plus aku pun rasa tertarik masa aku jumpa cabaran ni. 

tapi cabaran hari tu yang janji beriaya nak buat tu tak buat buat pun. HAHAHAHA. Hari itu aku tak da mood nak sangat - sangat nak menulis. Macam otak aku kena beku. Asyik tulis padam, tulis padam. Last last blog mereput krik krik hambar dekat sini sorang sorang dia. LOL.

Challange ni aku jumpa dekat blog sys Zue ni. So aku re-edit bagi kena dengan selera aku. ^^



 Syarat-syarat

  • 1. Tak ada tarikh tamat dan tarikh mula yang spesifik.
  • 2. Tag 2 orang rakan blogger lain supaya lebih ramai yang join (lagi ramai lagi best!)
  • 3. Copy both banner and kalau rajin boleh backlink kan semula ke blog ni. Hehe. ^^
  • 4. Terpulanglah korang nak buat dalam bahasa apa pun, jangan buat bahasa alien sudah. HAHA


So, untuk mulakan challange ni. Aku nak tag blogger-blogger yang sudi singgah ke blog aku sebagai salam kenal. Hehehe. 

faten |   j.lo  | liyanaareum  |  qienah

 Harap sudi menjawabnya. ^^ Nice to meet you guys. 


Oh btw, yang tak di tag pun boleh join. Jangan risau.

All the best semua.


 

Thank you for 10k and your support!



 

Assalamualaikum  

I really really wanna to thanks to all my beloved readers yang sudi baca cerita karut aku dekat Wattpad. I never thought that my bored short story will reach till 10k views/read. I really really appreciated it.
 

THANK YOU!

 This short story ada sambungan dia, Please Be Mine. but cause I have writer block, I kind of tak tahu nak sambung cerita macam mana. HAHAHA. 
you gais can read it [ here ]

Tuesday, 20 December 2016

Freebies : Blockquote {1}




 

Assalamualaikum ♥ 

 
 


  • Step 1 : Go to Blogger Dashboard and Select Template and then select Edit HTML to open your Template code.
  • Step 2 : Now on your Blogger Template search for this code. (Use CTRL+F)
]]></b:skin>
  • Step 3 : Paste this code above ]]></b:skin>



   .post blockquote {
background:#FFE9E9    ;
-webkit-transition-duration: 29s;
padding: 12px;
margin: 20px 20px;
color: #848484  ;
border-left: 6px solid #DAB0B0;
border-right: 2px dashed #FFFFFF;
border-bottom: 2px dashed #FFFFFF;
border-top: 2px dashed #FFFFFF;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
border-top-right-radius: 10px;
border-bottom-right-radius: 10px;
}
.post blockquote:hover {
color: #000000;
-webkit-transition: 3s;
background-image:url(http://a.deviantart.net/avatars/s/p/sparklesplz.gif?1);
background-repeat:yes
no-repeat;
}




  • Step 4 : Save tamplate.


Tutorial : Auto Read More With Thumbnail For Blogspot/Blogger Posts




Assalamualaikum 



//CONTOH\\

  • Step 1 : Go to Blogger Dashboard and Select Template and then select Edit HTML to open your Template code.


  • Step 2 : Now on your Blogger Template search for this code , Note that this code appears two times on blogger, you got to find the second one.
<data:post.body/>

  • Step 3 : Replace the second <data:post.body/> with this code

<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'>
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
<div expr:id='&quot;summary&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb(&quot;summary<data:post.id/>&quot;,&quot;<data:post.url/>&quot;,&quot;<data:post.title/>&quot;);</script>
<span class='readmore' style='float:right;'><a expr:href='data:post.url'>Read More &#187;</a></span></b:if></b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'><data:post.body/></b:if>
  • Step 4 : Search for </head> and just above it. Paste this code
<script type='text/javascript'>
posts_no_thumb_sum = 490;
posts_thumb_sum = 400;
img_thumb_height = 160;
img_thumb_width = 180;
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}
function createSummaryAndThumb(pID, pURL, pTITLE){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = posts_no_thumb_sum;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span class="posts-thumb" style="float:left; margin-right: 10px;"><a href="'+ pURL +'" title="'+ pTITLE+'"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px" /></a></span>';
summ = posts_thumb_sum;
}

var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}
//]]>
</script>

<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot;'>
<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
<style type='text/css'>
.post-footer {display: none;}
.post {margin-bottom: 10px; border-bottom: 1px dotted #E6E6E6; padding-bottom: 20px;}
.readmore a { text-transform: uppercase;
margin: 0 auto;
font-size: 10px;
letter-spacing: 2px;
text-align: center;
padding-top: 30px;
border: 1px solid #000;
padding: 10px; }

</style>
</b:if>
</b:if>
  • Step 5 : Select PREVIEW TEMPLATE. If it works, save it.
Suppose you have any questions on the this tutorial, please feel free to leave them in the comments box below.

Sunday, 18 December 2016

Childhood Days

Assalamualaikum ♥


Hari kelas memandu aku cancel since cikgu tu MC. So next week baru aku punya kelas rasmi dekat akademi memandu. Setakat ni semuanya home-schooling je dengan ayah aku. HAHA.

Since dua tiga menjak ni aku jumpa mood aku nak menulis.. aku nak share 90' line kids punya childhood days. Sapa 90' kat sini.. put your hands up!



1. Yoyo

Kalau time aku kecik-kecik dulu.. dekat kawasan rumah aku ni dia main game ikut musim or senang cakap trend. Kalau masa tu tengah musim main yoyo.. kami akan main yoyo berjemaah. Time ni memang dah tak kira lelaki ke perempuan.. semua beli.

Aku bila tengok budak lelaki main penuh dengan aksi yang pelbagai buat aku tertarik nak beli. Kononnya nak buat macam dorang. tapi tak pernah jadi. Lepas pada tu memang aku malas main. Asyik main campak-campak je.  Tak de skill langsung. 

Dah la kalau main campak-campak pun tak naik balik. HAHAHA. Sedih betul hidup aku.




2. Tuju Kasut

Aku tak tahu kalau negeri lain panggil apa. tapi kalau dekat Kedah, game ni orang panggil tuju kasut. 

Time petang-petang memang penuh lah jalan depan rumah kami semua. Since rumah aku tu lorong yang paling last dan jarang kereta lalu, so memang jalan tu time petang-petang macam jalan kami sendiri. HAHAHA

Everytime kereta lalu time baru lepas susun cantik-cantik... Memang muka sorang-sorang dengan dramatik gila berdoa supaya kereta tu lalu dekat kasut-kasut yang disusun tu tanpa meruntuhkan binaannnya. HAHA.

Kalau kereta berjaya lalu dengan jayanya.. akan ada sorakan sambil cakap PAKCIK HEBAT or something like that. Memang best gila. time tu. 




Serius aku tak tau orang panggil ni main apa. Entah siapa yang mula benda ni pun aku tak tau. Tapi yang pasti benda ni aku belajar main dekat sekolah dengan geng-geng laki. Dia ada macam-macam style orang main.

Ada yang style main track. Dorang lukis jalan dengan halangan-halangan lepas tu gunakan pensel untuk lalu jalan tu dengan cara pegang hujung pensel dan lepaskan. Siapa langgar bahu jalan dia mati kat situ. Kena bagi orang lain jalan pula.

Kalau yang macam dalam gambar ni.. main bola. Yang ni aku tak main. aku main yang jenis bunuh-bunuh. Lukis macam ni jugak. Lepas tu lipat kertas, agak agak dari belakang kertas tu untuk bunuh pihak lawan. 




yang ni.. aku tak tau lah still ada ke tak ada. Sebab adik aku hari tu ada ja main masa tahun lepas. 
Yang ni siapa yang ada time tu memang kira ohsem sangat dah la. AHAHA




BATU SELAMBUT/ BATU SEREMBAN

Okay batu ni memamngg benda FAV AKU sangat! Sebab aku juara dalam kelas. dari darjah 4-6 aku memang champion benda ni dekat sekolah. 

Sampai tiap kali aku nak pergi main, orang akan cakap..

"Aina, hang tak leh main.. Hang dah terror."

"Jangan bagi Aina main.. nanti kita kalah."

Memang kalau boleh aku ni depa nak blacklist dari main batu dalam kelas. Hhahaha. Kuku aku time tu memang tak beberapa nak cantik lah sebab selalu berlaga dengan lantai. 

Tu tak masuk lagi batu selalu pecah bila aku main. Bila cari batu tak cari 7, aku cari 9. Buat spare-part. HAHAHA.


Serius rinduu gila nak mainn semua ni.

Sekian. HEHE


Share lah pengalaman yang paling best time dulu-dulu. Heheh.




Nervous system.

Assalamualaikum

Yayy. New look. Okay. Sebenarnya aku nak drift fikiran aku dari fikir pasal kenervousan aku untuk belajar bawa kereta esok. Seriously aku ketaqqqq gilaa rasa. Hahaha. Aku punya semangat nak bawa kereta tu memang tinggi.. tapi.. hahahhaa.

Semalam aku ada test bawa dua dua jenis kereta. Since dekat rumah aku ada dua-dua jenis kereta. Auto and manual. Aku admit memang auto sangat lah senang. Seingat aku, aku teringat satu game kereta yang aku pernah main dulu boleh pilih nak gear auto ke manual. dan dalam tu aku pilih gear auto. HAHAHA. Game zaman bila entah aku tak ingat


Tapi tangan aku punya mengetar nak pusing kereta auto tu sampai ayah aku dekat tepi pegang stereng aku. HAHAHA.

Al kisahnya bermula sebab adik aku minta ayah aku bagi aku bawa kereta auto. Aku pun terus setuju! Ayah aku berhenti dekat bahu jalan and we exchanged our seat. Masa aku bawa tu, adik aku dua orang dekat belakang tu, memang mengucap panjang.

Bila nak turun bukit nyaris tak langgar orang. Lol. Ayah aku pegang stereng.

Sampai depan rumah, adik aku dua orang terus melompat keluar kereta.

"Ya Allah.. akhirnya kami sampai ke rumah. Ya Allah." 
Aku dengan ayah dah gelak tak kira. Padan muka.

dan malamnyaa.. aku bawa MPV. Hahaha kereta yang jenis besar gedabak tu. Since jalan belakang tu kosong dan bukan jalan utama, maka aku beranilah nak bawa. But aku improve banyak dari first driving class aku dengan mama aku. HAHAHA.

Second and third time ni I'm getting better. ACEWAH.

Lupa nak cakap... kereta yang follow aku semua potong aku. T_________T. Bawa 20 km/j. HAHAHA. 


dan MPV ni.. manual.. aku tak berani lagi nak bawa turun bukit. So sampai dekat simpang nak turun bukit... aku tukar tempat dengan ayah aku.

Kalau part brake... 

HAHAHHAA. Memang adik adik aku dah cedera parah dekat belakang menjerit sana sini. 

Gatai sangat nak ikut aku. HAHAHHA. RASAKAN. lagi satu, dorang kaki reporter. tu yang nak ikut. nak report dekat mama. Huhuhu. 


So. bye. hahaha.

Nak tidooo. 





Wednesday, 7 December 2016

My first baby!

Assalamualaikum

EHEH. BABY? 

It's been a while aku menulis dan merepek dekat blog ni. Since aku dah mula acah-acah start busy dengan my baby. Fuyoohh. BABY KAU.

Al kisahnyanya aku ni baru beberapa minggu yang lalu telah memulakan satu bisnes. Semuanya secara spontan je. One day, aku pergi tolong kawan aku ajar komputer dekat ofis dia. Tiba-tiba entah macam mana boleh terkeluar bab bisnes.

Petang tu dia hantar aku balik rumah terus aku tanya my mom. Boleh tak? Aku tau my mom tak banyak hal punya. Tak banyak bunyi. Aku yakin mak aku akan cakap buatlah apa nak buat. Aku pun balik-balik terus tanya

"Mama, boleh tak kakak nak bisnes dengan Afiqah?"
"Buatlah, apa salahnya." dengan rileksnya mak aku jawab
"And berapa modal?" 

Aku dengan kawan aku terus cerita pasal bisnes kitaorang.

Dan esoknya terus start meeting. WAHHAHAHA. MEETING KAU.

Seminggu tu memang kitaorang survey barang dan segala macam jenis dalam hal-hal bidang ni.

Nak tau apa kitaorang punya bisnes?



So ni lah dia. My baby. My bisnes. My project. 

YEAH. OUR FIRST ORDER!

and.. I do realize something, bukan mudah nak cari duit dan aku faham kenapa why orang lama sangat ada meeting. banyak benda yang aku belajar lepas aku cuba untuk start bisnes ni.

and InshaaAllah aku akan terus continue untuk buat bisnes ni even tahun depan aku akan SPM. HAHA. Lol. 

and aku harap korang semua mendoakan aku, dan semoga bisnes ni akan berjaya suatu hari nanti. Kepada sifu-sifu dalam dunia bisnes sila bimbing kitaorang. Hehehe. Thank you!




Saturday, 26 November 2016

Driving Class!

Assalamualaikum

Last night , I sleep dlam pukul 4 pagi and bangun subuh. Dalam dua jam macam tu jelah aku tidur. Actually, I really really really want to sleep at 12 am, lols. but I got carried away by watching kpop variety show. So, I don't even realize, tetiba masa jadi pukul 1. WOAH MAGIC. and I do some research for my project.

So yeah.

Aku siap semua dalam pukul 8 something aku dah ada dekat driving school. I FEEL SO NERVOUS YOU KNOW. Tetiba je sampai, wah ramainya boys dengan dekat motor semua. Kinda creepy feeling you know. T____T



and aku buat-buat je lah tabah masuk dalam pejabat, and Alhamdulillah. My Junior a.k.a my adik punya member ada dekat dalam lobi tu. I was like Huraayy! At least I know somebody that I can talk too. memang masa tu kalau tak ada sapa yang aku kenal, memang aku krik krik krik sampai mati dekat situ.

Aku sign up tak ajak sapa-sapa. Aku redha je lah apa nak jadi masa hari mak aku tarik bawa ke muka pengadilan, eh salah. tarik ke Sekolah memandu. //imagine my mom drag me all away to academic. woahhh, XD

and the class actually begin at 9 o'clock. they asked us to come earlier because we need to settle down our payment before class.

and the class start. EH. NOT YET.

15 MINS AFTER 9 AM,

Kelas memang krik krik krik hambar gila macam semua orang sedang berkabung. Dengan semua kepala tunduk tengok phone, dan tangan laju menyentuh skrin. Aku tenung henfon aku baru aku buat data. Aku kacau kawan aku pagi pagi buta sebab aku dah tak tau nak cakap apa. plus, aku memang 24/7 kot kacau dia. Sampai kadang tak tau nak cakap apa dah. lol

Aku pandang kanan aku, semua tawadukk habaq hang. HAHAHA TUNDUK. and aku punya WS senyp aku buka IG. and bila IG feed aku penuh mamat korea, aku tutup sebab aku sayang data. HAHAHA. Then aku buka Ninja Fruitt. Lol. One game, two game and yawn.

AND THE CLASS BEGIN. BLA BLA BLA. REHAT BLA BLA BLA. REHAT AND CLASS AGAIN, AND BALIK. HURAYY!


and the most embarrassing time for me, -_-

when the teacher ask our class

"Siapa sini tak reti nak naik kereta."

and I.. mindlessly put the hand in the air. and that teacher laugh at me. T_T

"Tak reti naik kereta?" He asked with kononya muka terkejut lah. 

and boys always be boys. LAUGH. but glad because that time ramai lagi tak masuk kelas sebab rehat tengah hari. Aku terus geleng kepala cakap. eh reti reti. Like seriously, aku angkat tangan dalam keadaan aku faham benda lain okay. you know macam tak pandai bawa kereta. macam tu lah. and he dis me . T_T

and aku macam blur. and he said "senang ja, buka pintu naik kereta." 

woah. i never noticed that sir. Thank you. 

and then my mom smpai depan academy 3:59. WOAH.

Because I told my mom, my class finish at 4 pm.


p/s : Aku baru ada idea nak update blog, sebab selama ni aktiviti aku menghadap muka oppa kpop ja. HAHAHA. 

kbai. lol.


Friday, 25 November 2016

Bad Day.

Assalamualaikum ♥

Pagi tadi bangun-bangun tidur lepas solat semua, aku check phone aku. Rasa macam menyesal pun ada sebab buka wassap pagi-pagi buta macam tu. Kalau aku boleh undur masa, aku nak je undur masa. tak nak tengok wassap aku tu.

Dia punya heartbroken tu, masyaaALLAH. Sentap gila. Aku nak cerita ke tak cerita aku pun tak tahu macam mana nak cerita. This person must be reallyy really hate me sampai dia nak remove aku dari grup tu. Before this, this person tell my other classmate not to bring up bout me and talk bout me in group. They talk bout this in other group.

The moment I saw those chit chat screenshot, my hands trembling. I cried so hard. Sampai bengkak mata aku semua.

Aku faham, dalam dunia bukan semua orang suka kita. Tapi nak terima kenyataan betapa orang yang kita respect tak suka diri ni, bukan senang. Aku speechless sampai hari. Aku ingat benda ni dah the end. rupanya, semalam.. suddenly dia remove aku dari group. Aku macam , so you really really hate me and don't want to see my name anymore.

aku cuba untuk tak ambil kisah benda macam ni. cuba cakap dekat diri sendiri, relaks ah, nabi pun manusia yang paling mulia ada orang tak suka. inikan pulak hang perangai macam @#$%^ . PELIK DAN ENTAH APA-APA. HAHAHA. So, aku cuba untuk lupakan. tapi tu lah.. aku kadang dah segan nak cerita dekat orang pasal benda macam ni.  tapi, this burden, aku kena lepaskan.

tak boleh nak pendam sorang-sorang. Lepas 2-3 Hari aku move on.

Lol kbai.


p/s: mesti ramai yang tak faham benda lah aku merepek ni. tak apa jangan risau. aku memang nak merepek je, sebab aku dah tak tahu nak membebel kat mana dah. diary aku malas tulis. sakit tangan. ahahahhaa. kbai kbai kbai.


Monday, 14 November 2016

Dream again.

Assalamualaikum ♥

Recently I've been thinking a lot. Mostly, I am wondering and thinking what would I be in future. How can I survive with current Malaysia economy today because I'm not born with silver spoon. plus, I'm also the eldest one in my siblings. Next year, I'm turn to 19.



Cepatnya masa berlalu.

A lot of things happen in this 3 years (2014-2016). Masa aku umur 16, aku pindah sekolah, then tak lama lepas tu aku sakit, half of year aku cuti. Tak ke sekolah dan lebih banyak masa aku dengan dunia blogging. Aku start blogging masa usia aku 13 tahun kalau tak silap. Tapi masa tu zaman aku gila kpop macam orang gila. Lepas tu aku slowdown and kembali aktif masa umur 16.

Masa ni, aku dah mula lupa impian, cita-cita dan tanggungjawab aku. Aku takut untuk melangkah ke alam baru. Masa aku umur 16 ni, aku lebih banyak have fun dengan dunia blogging. So masuk 2015, umur aku 17 (Ting. 5) aku masuk kelas Ting. 4.

Dengan alasan aku, aku nak belajar dari mula. tapi, kehidupan aku dekat sana memang mencabar. Aku nak cerita, tapi panjang sangat. Penat. Masa tu pun, bukannya sepenuhnya aku sihat.

Dan awal tahun ni, aku pindah sekolah, again. Dan continue Form 5. Mula-mula aku takut aku tak boleh nak masuk dengan budak-budak dekat sekolah baru aku ni. tapi alhamudulillah, semuanya, boleh masuk air. tapi, kali ini aku sakit dekat sekolah dan pelbagai pressure yang aku terima dari pihak sekolah. Aku kecewa.

dan slowly, segala impian dan angan angan aku semua aku lupa.

tapi bukan dengan alasan tu aku cuti lagi sekali tahun ni. aku sakit. aku betul betul sakit. mental, hati, fizikal aku semua rabak. Aku serahkan kepada Allah segalanya. dan aku bertekad yang aku nak amik SPM tahun depan secara persendirian.

Sebab aku dah letih dengan sekolah. Aku tak nak dengar orang cakap soalan KBAT / HOTS susah, sebab aku tahu memang susah. tapi kalau aku asyik fikir susah, hidup aku akan kena rantai dengan ketakutan yang paling bodoh. Bukan aku tak perlukan cikgu, tapi kali ini aku dah tak nak sistem sekolah. Aku dah tak nak pakai baju sekolah, aku dah tak nak pergi perhimpunan pagi, aku dah tak nak ternanti-nanti waktu balik. Aku tak nak semua tu. Semua tu bermakna kalau ada kawan.

tapi, manusia akan pergi. cepat atau lambat. sebab semua ada jalan masing-masing.

aku yakin, InshaaAllah. Allah ada untuk bantu aku. Sebab selama ini Allah dah hantarkan tentera-tentera dia untuk jaga aku.

aku nak life baru. susah nak masuk dengan batch yang tak sama. jangan nak cakap universiti nanti ramai orang tak sebaya kau. memang. itu uni. semua orang faham. tapi sekolah. lain.

one day, my friend ask me.

"So, what's your dream?"



and masa tu I thought bout my dream that I almost forget. I forget how I'm in love with IT. the day she asked me. I remember everything.

my old me.

how I always brag my dream to my friends and my family.

and now, I'm start to dream again.

cause I believe , apa yang terjadi selama ni.. untuk mematangkan aku. untuk kuatkan mental aku. Kerana tidak akan ada apa yang terjadi selama ni, tanpa izin DIA.

Menangis boleh, tapi biar air mata itu bermakna. Bina kekuatan dengan setiap air mata itu dengan menangis di depan Allah.

Every single person in this world, always have problems. Sorang pun tak akan terlepas.

Jangan takut untuk bermimpi semula walau apa pun yang terjadi. because a lot of things happened to me, I almost forget how to dream and stop dreaming. but I've found myself again and InshaaAllah I won't let it go.





Tuesday, 23 August 2016

Tangguh SPM

Assalamualaikum ♥


SPM ditangguhkan? Tak. Tak.  Jangan salah faham. Yang SPM tertangguh ni untuk aku je, bukan untuk calon-calon SPM 2016. Hehehe. btw sekarang ni musim trial peringkat negeri untuk semua negeri kan?

Actually, aku dah tak pergi sekolah lama dah. Aku tak sihat. Tahun ni aku dah umur 18 tahun, dan aku calon SPM 2016, bukan calon ulangan. Sebab aku tak pernah jejak lagi dewan SPM. Aku tahu ramai yang seusia aku sedang berjalan menempuh hari hari baru di tempat baru. Ada ke matrik, ada ke asasi, ke poli dan sebagainya.

Lepas aku naik form 4, aku pindah dari Maktab Mahmud ke MRSM, since dari situ aku sakit teruk. Sakit bukan klinikal. Aku tangguh pengajian selama setahun dan repeat form 4 masa umur aku 17 tahun (2015). Aku pindah ke MRSM lain pulak, aku batch 98, tapi aku stay dalam batch 99. so senior aku sebaya dengan aku.

Tapi, awal tahun ni sakit aku makin menjadi, aku pindah ke Sekolah gomen, dekat dengan rumah aku. Mama cakap sebab senang nak tengok. Bulan Januari sampai April aku okay je pergi sekolah. Sakit sikit tapi boleh handle. Masuk hujung bulan April aku sakit teruk. Sampai tak boleh pergi sekolah. Aku duduk dekat rumah. Tak boleh nak studi.

Pergi berubat sana sini.

Lepas bulan puasa aku pergi sekolah. 4 hari je aku pergi sekolah. Lepas tu aku teruk balik. aku berubat. dalam beberapa hari je aku pergi sekolah.


Aku sakit semula. Waktu Fizik dalam lab. Hari terakhir aku sebelum aku bercuti sehingga hari ini.

dan akhirnya keputusan di buat.

Aku amik SPM tahun depan sebagai calon persendirian. Aku tak nak pergi sekolah dah. Aku tak nak pakai baju sekolah. Aku dah letih jadi pelajar sekolah menengah. Kalau aku masuk balik pun sekolah sekarang,

Kawan-kawan baik aku dah keluar.

Aku dah penat nak cari kawan baik baru. Nak adjust mental supaya sama level dengan budak batch 2000.

Since tahun depan adik aku akan SPM, aku akan amik SPM dengan dia. Dia dah faham mental aku, senang.

Apa-apa pun doakan aku.



Saturday, 13 August 2016

Day 1 ; 21 Days Blog Challenge

Assalamualaikum ♥



Semalam aku cakap aku nak buat 30 days challenge ni kan, tapi aku pendekkan tempoh masa dia dan aku ubah suai sikit soalan dia. Tak delah ubah mana pun, aku mix kan soalan dan buat jadi 21 hari je. cause i feel too lazy you know. 

So let's start! ^^

List 5 random facts bout yourself.

1. Suka orang mata sepet.

*omgggggg*
Hahahaha. I know, I know you guys will be like what daa?? Actually, aku baru perasan lepas adik aku tegur aku, dia kata asal semua crush hang mata kuyu or mata sepet. I was like WHAT? MANA ADA. Then I go through diaorang punya Instagram and HAHAHA. yes. most of them ada similarities dekat mata. Maybe sebab tu aku minat tengok muka Cina, Korea kot. HAHA, tapi aku tak beberapa berkenan dengan orang Jepun.

tapi bukan aku tak minat terus orang dengan mata tak beberapa nak sepet ni. I like Justin Bieber, hahaha. so kalau someone have hot looking pun I suka tengok. hahaha. As long as you are handsome and hot, I will be fine with it. (and hot body too. ops)  // please dont kill me. T__T


2. I love to talk A LOT

One day kawan aku cakap.

"Aina, can you just shut up your mouth? You are so annoying!" and aku diam. Aku merajuk. Lepas tu aku.

"Weh, hang tau dak tadi.. bla. bla. bla. bla. "

and she give up. You will be miss me one day. HAHA. I hope so.

i do realize, i'm kinda annoying. always talk talk talk. non stop. Kalau I call my mom, I akan bergayut dekat phone selama sejam lebih. Yeehehehhe! dont worry. You can have talk for one hour with RM 1 only. So why should I stop talkin?


3. jatuh cinta dengan Handbags!

Hahaha, aku dah sedar aku dah makin jadi perempuan sekarang ni. Sebab tangan aku ni suka sangat tengok klik SALE yang dekat Zalora tu. Lepas tu kalau pergi dekat shopping mall, tengok SALE, mata aku macam rosak sikit. dia nampak semua cantik sangat. WHYYYY? Aku cuba nak kumpul handbag, tapi ayah aku cakap.. "nak jadi rosmah baru pulak ke?" and I was like, just ignore HIM. HAHAHA. Pleasee ayah, T_T.


dan bila aku tengok handbag, weh warna ni tak ada lagi. collection ni baru keluar dan wehhhh dia tengah sale dan aku hanya mampu. huhuuuh. T____T



4. Tak suka pakai flats.

tapi tahun ni, my mom tak bagi beli kasut wedge. Aku pendek. PENDEK OKAY. Sebab tu aku tak suka pakai flats, ballerina ke apa ke. Kalau sneakers pun kalau boleh aku nak yang tinggi. LOL. plus kadang buat aku sakit tapak kaki. Rasa macam jalan pakai stokin je.

tapi.. ballerina carlorino sedap pakai. dan i think i slowly jatuh cinta ballerina. HAHAHA.


5. Bookworm.

Novel? Hum. Aku tak minat sangat nak baca dah sekarang. Still boleh panggil bookworm ke? aku suka membaca. novel aku time sekolah rendah lagi banyak dari time aku sekolah menengah. aku rasa minat aku membaca ni dah faded sikit lah. lols.



so tu jelah kot benda aku merepek hari ini. T_____T.

do let me know if you want to join this challenge too. I want to read yours. hehe.



Friday, 12 August 2016

30 Days Blog Challenge!

Lately, I got no idea what to post on my blog. Every time I click 'NEW POST', I was like, you don't have any story girl and I'm losing my words. I will type and delete and type and it close it without write anything. Sad life. 

So, this morning I've googling some challenge bout blogging cause I really need IDEAS to write something on my blog. I know my blog kinda boring, 





Lepas tengok ni, aku rasa otak aku bergerak sikit, sebab tak tahu nak tulis apa. dan korang jom lah join sekali. Bosan lah kalau buat sorang-sorang kan? Hehehe, untuk yang tak ada idea nak tulis, ni boleh jadi inspirasi korang untuk membebel dekat blog. 

Ok, till then. Bye bye. 

Thursday, 11 August 2016

Just wanna talk.

Warning !!
This post actually aku nak merepek pasal kpop je. So a bit annoying kot lah kepada yang tak minat. Haha. sooo sorry. Bolehh lari awal-awal. Jangan baca. 


Seminggu ni, aku gigih pergi korek semua maklumat pasal 2PM.tapi bukan 2PM sangat sebenarnya,lebih kepada Taecyon. Dah lama aku tak amik port bab-bab Kpop ni. Lols. Ni semua start sebab drama Korea yang one of member 2PM berlakon. Aku mula-mula nak tunggu drama tu habis di tayang kan baru aku nak buat drama marathon. Tapi, tapi..

I cannot resist him anymore when every single time I scroll my Instagram feed. Dorang post video-video cerita tu. So, aku surrender. Cerita tu cute sangat, sangat asdfghjkl T_T


Taecyon one of my fav bias. Bias aku banyak gila. Banyakk sangat. Hahahah. So lepas dah layan drama tu, aku rasa tak cukup tengok muka dia. Lepas tu aku pergi Youtubing dan Googling pasal 2PM. Aku tau dorang wujud, tapi aku tak amik port sangat, sebab kalau aku dah start minat, aku susah nak lupa. 

Sebab tu aku tengok lagu dorang je dengan music video je. Karang jatuh cinta susah. HAHAHA. Tak leh nak move on babe. Aku cakap betul. 

So.. aku entah apa aku tekan dekat youtube, jumpa concert dorang. 2 jam aku tengok. Dan something aku tersedar, banyak gila lagu dorang yang best-best. Kenapa aku tak download. *Facepalm*

Bila aku check music library aku, tak sampai sepuluh bijik pun lagu dorang ada dalam laptop aku. dan semua lagu yang lama dan main lagu untuk jadi tajuk album dorang. Tsk. tsk. 


so sejak semalam aku berusah untuk mendownload kesemua album dorang dan masih mencari lagi. HAHAHA. 

Still ada lagi yang aku tak download. Tunggulah kejap lagi aku nak download, hahaha nak mencari kat google. Kalau album lama-lama tu agak susah sebab ada yang link tu banyak kena delete. bukan selalu aku nak buat kerja gila. Esok dah boring aku biar simpan je dalam laptop. 

dan.. aku baru tahu yang Taecyon ni main rapper. HAHA. Memang manusia aku minat ni jenis pegang position rapper ke? Jackson GOT7 , RapMon BTS. 

tapi aku tak boleh resist senyuman diaaaaaaaaa. HAHAHAHAHA. lagi banyak aku youtubeing pasal dia, lagi aku jatuh jatuh suka. hahaha. his smile, his voiceee of course. Suara dia manlier sangatttt / KFINE. HAHAHA. His voice melt my heart. No wonder lah rap ENG dia best dan sekshii sebab dia dulu duduk dekat luar negara. T__T hahaha. 

Tapi dalam banyak2 grup kpop. grup 2PM lah yang group paling HOT, SEXY, PERFECT. Tinggi dorang 180 lebih semua, lepas tu sado. GOOD LOOKING. Kira perfectlah semuanya. Semuanya tinggi untuk model-model. Huhuks. 


*find man who can do both. hahahahahhaha*

kbai. kbai. kbai. kbai. 




Monday, 1 August 2016

Kisah Gula Perang.

Assalamualaikum ♥

Semalam.. my mama request suruh buat kek, mama cakap mama nak makan masa nak buka puasa. Aku sebenarnya tengah malas masa tu, aku cakap dekat mama aku kalau kakak masak makaroni je boleh tak? Mama pun angguk jelah. Redhoo anak dia ni pemalas.

tapi.. aku masuk dapur. Entah kenapa aku terasa nak buat pulak. Hahaha, memandangkan semua barang tengah ada, aku pun pergi ke dapur dan keluarkan bahan-bahan.

memang bahan-bahan lain dah ada, tapi satu je tak ada. Gula perang. Hujung minggu hari tu ada pergi ke mydin. Aku minta nak gula perang, sebab tu je bahan yang tak ada lagi. Hiks. Ayah aku memula tak bagi. Aku pun okaylah, pergi mengadu dekat adik aku.


Aku : Angah, ayah tak bagi aku beli gula perang
Angah : Alah, hang bukannya buat pun. Kalau buat pun tak jadi dan tak sedap.

Aku jeling geram. Dia pegang tangan aku. Aku tarik. Merajuk. Merajuk. Merajuk. Merajuk. Sampai hati dia buat macam tu //gila drama petang sungguh.


Terus aku blah keluar dari kawasan tempat beli barang. Yang adik aku dok buat drama, panggil  aku. Aku buat tak heran. Lagi aku jalan laju. Sakit hati aku. Nak pergi kat kereta, kunci kereta tak ada dekat aku. Lepas tu aku masuk balik lah dalam mydin. Pergi kedai mamak beli radix ice. Hahaha.

Nasib aku bawa turun handbag aku. Lol.

Aku pun patah balik nak duduk dekat bangku, sementara tunggu ayah settle kan pembayaran dekat kaunter. Dari jauh adik aku tu dia tunjuk aku dekat mama lepas tu dia datang dekat aku tersengih-sengih.

Aku baru nak merajuk tapi adik aku cakap,


"Kakak, tu crush hang kat kiri hang." dan dia amik air aku. Aku dari nak marah terus tersengih macam kerang.

Pusing-pusing salah orang. Tak guna. HAHAHAHA. Yang dia sedap hirup ayaq aku sampai dah nak habih. Aku hanya mampu huhu je lah. Memang nak marah, tapi dah malu sorang-sorang buat macam. Buat bodo jelah.

 Lepas tu adik aku yang si Ecah tu panggil aku, kata ayah amik gula perang. dia nak tunjuk dekat aku gula perang yang dia ambil tu betul ke tak? Aku angkat bahu jelah. Mana aku pernah tengok rupa gula perang.Aku kata ambil jelah apa yang patut, sebab aku memang tak kenal.

Habis bayar, adik aku tunjuk dekat mama, mama aku cakap betul lah tu.

Lepas tu sampai rumah,

Mama cerita, adik aku si Ecah, Angah dengan Ayah bermesyuarat sebab aku merajuk. Hahaha, buat lagi korang. Tahu pun takut. Dia pergi cakap dekat ayah, kata dia kata ayah kata aku tak pandai masak. tapi apa-apa pun point dia, dia cakap aku masak tak sedap dan tak jadi. Hufff. Panas hati, kecik hati semua ada.

Sebab tu akhirnya gula perang sampai ke rumah. Lol.  Sampai merajuk-rajuk aku nak gula perang. Huks. Ayah aku dah bantai gelak dah dekat aku.

dan petang semalam, untuk pertama kali dalam hidup aku, aku buat kek. Hahaha, tanpa sesiapa tolong. Sorang-sorang aku je dekat dapur. Habis comot. T____T

dan inilah  hasilnyaaaaaaa.. Tadaa. Yayyy! //clappss sikit. HEHEHE,

Moist Chocolate Cake


Aku cakap, aku tak akan bagi adik aku si Angah tu makan. Biar padan muka dia. Sedap sangat nak mengata aku. Silap aku hari tu buat cornflakes termanis lebih je. Dia judge aku tak reti masak terus. Memang aku rasa macam terkam je budak tu. Lepas habis shopping , hantar makcik tu balik ke asrama. Hahaha. 

dan paling best sekali, hari ni  adik-adik aku bawa pergi sekolah. Semua kawan dorang puji SODAAPPP. HAHAHAHA. Aku kembang semangkook wehh. 


Ayah aku makan dua slice weh. dah lah ayah ada kencing maneeh. Aduh. T__T Sedih pun ado, nak nanges pun hado. 

So, tengoklah hujung minggu ni rajin. Aku buat. Malas, p cari dekat kedai. HAHAHAH. Sebab budak tu balik dari asrama Khamis ni. Hehehe.

Kbaii. XD


 p/s: tak boleh nak move on lagi crush like gambar dan follow instaa. HAAHAHAHHAA. XD


Sunday, 31 July 2016

Baking Soda dan Kegunaan lain.

Assalamualaikum


Baking Soda selama ini guna untuk baking je. Rupanya pelbagai lagi kegunaannya.

1. Untuk memasak memang la ini tujuan utama kita beli benda tu pun kan.

2. Deodoran semulajadi - kalau ade sesapa yang tak suka pakai deodoran, atau tak boleh pakai deodoran, boleh guna baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek la baking soda ni. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

3. Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak - Nak2 pulak baju sekolah anak2 atau uniform suami, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju2 tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

4. Gunakan sebagai pencuci mulut - Ini bukan pencuci mulut yang ala dessert tu tau. Ni pencuci mulut ala2 listerine tu la. Korang campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak yah lagi beli listerine. Jimat duit.

5. Skin exfoliator - tak reti aku nak translate jadi melayu. Kiranya macam skrub muka la. Buat tanggalkan kulit2 mati di wajah tu. Caranya, campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes. Pastu gosok2 la kat muka korang. Tenyeh2 sampai tercabut kulit muka mati atau kulit yang kusam tu.

6. Untuk mencuci sikat & berus rambut - Kadang2 korang perasan tak sikat korang tu dah berkerak2. Penuh dengan sel2 kulit kepala & kelemumur.. Takkan nak cungkil satu2 bilah sikai tu kan. Cara paling senang, bancuh baking soda dengan air suam, pastu rendam la sikat2 & berus korang dalam air tu. Agak2 dah lama, bilas la dengan air biasa. Pasni sikat korang dah bersih dari daki2 tu semua.

7. Garam mandian (bath salt) - selain boleh guna sebagai skrub muka, baking soda pun boleh jadi skrub badan tau. Caranya sama cam buat skrub muka tadi. Tapi untuk lebih best [sebab kult badan tak sama dengan kulit muka], campurkan dengan sikit garam. Kiranya skrub tadi ada bahan tambahan la. Kalau yang suka berendam pulak, campurkan baking soda + garam dalam air rendaman tu. Kalau nak wangi tambah la minyak yang wangi tu.

8. Pemutih gigi - seminggu sekali masa nak gosok gigi, cuba campurkan baking soda dengan ubat gigi tu. Pastu gosok gigi cam biasa. Secara tak langsung boleh memutihkan gigi korang.

9. Pengganti mopiko - Tau ke apa mopiko tu?? Ubat untuk gigitan nyamuk tu. Kalau takde mopiko takpe. Cuba campurkan baking soda dengan sedikit air sampai jadi pes, pastu tepek je kat tempat yang nyamuk gigit tu.

10. Merawat sunburn atau luka akibat pisu cukur, pun boleh guna kaedah mopiko tadi.

11. Membersihkan karpet - Kalau karpet korang kotor, payah2 sangat, taburkan baking soda tu kat karpet, pastu gunakan la vacuum untuk cuci karpet tu. Insya-allah semua kotoran akan hilang.

12. Sebagai syampu kering - penyelesaian untuk rambut berminyak, taburkan baking soda pada rambut lepas tu blow rambut dengan hair dryer.

13. Hilangakan blackhead - Cara macam buat skrub muka juga. Tapi tenyeh la kat tempat blackhead tu. Pasni takyah susah pakai pore pack yang memang kurang berkesan tu.. Heheheh

14. Lembutkan daging - ni memang petua dolu2 ni. Rebus daging dengan sedikit baking soda, supaya daging tak liat.

credit to SYANI
picture credit to google






Friday, 29 July 2016

Tempahan : Header

Assalamualaikum ♥


Dapat tempahan untuk buat header. ^^





 boleh klik header di atas untuk keblog beliau.