Thursday, 24 December 2015

Sebenarnya...



Assalamualaikum, dunia. Assalamualaikum semua. OHYEAHH!

Apa khabar semua? Aku di sini, alhamudlillah sihat je. Sejak wifi dah di sambungkan kerumah. Aku rasa makin sihat. HAHA. Gurau je. Sebenarnya aku nak cakap..


Cuti dah nak habis weh. CUTI DAH NAK HABIS. kau faham tak perasaan kau nak kena pergi sekolah dalam keadaan kau tak rela tapi kerana terpaksa kau relakan juga sebab kalau tak kau nanti tak dapat pahala sebab belajar tu wajib. Kauu faham tak perasaan nak kena redhooo tu. HAHAHA


Lepas tu pulak kan, sebenarnya tahun depan aku kena ambil SPM. Kau tahu tak berapa ramai manusia yang momokkan aku dengan SPM SUSAH. HAHAHA. Sampai ada mati tak boleh jawab KBAT. Aku tahu itu bukan omongan kosong. Sebab kawan-kawan aku semuanya budak kelas pandai-pandai. Aku ni tak lah pandai, genius tu ada. HAHA. lols. Aku gurau je.

Aku kena puji diri sendiri, doa kot. Tak baik kutuk diri sendiri kan. Kan, Haris J pesan Love Yourself. (best gila lagu diaaa!) Kita kena sayang diri sendiri. Tapi Rasul ajar kita kena sayang sahabat kita. Jadi kita sayang semuanya. Hehe. dan aku tak ready lagi untuk exam. HAHAHA

Gambar hiasan
Cakap jelah exam apa pun, aku tak pernah ready beb. lols. hahaha. even exam masa nak mati nanti. itu lagilah, Sijil Padang Mahsyar beb. Kalau kau tak boleh jawab neraka weh. Neraka. Kau ingat neraka tu macam api dekat dunia ke? boleh main padam-padam dengan air? kau ingat boleh call bomba ke. bomba pun masa tu tengah fikir dosa pahala sendiri.


Sebenarnya, kita di control oleh kuasa besar. Kita diperbodohkan demi kepentingan sendiri. Cubalah fikir, semua silibus dan kelayakan yang kita belajar hari ini semuanya atas permintaan negara Barat sendiri. Tengok lah kalau nak masuk universiti sekian-sekian nak result macam ni, macam tu. tapi yang dalam jiwa tu? ada orang kisah

Bila tak dapat biasiswa kena mohon pinjaman, kadang-kadang pinjaman bukan cukup pun. tu belum tentu bila dah habis belajar dapat kerja terus. sebab pointer 4 flat sekali pun bukan jaminan kau nak dapat kerja. sebab selagi Allah kata itu bukan rezeki kau itu maknanya, itu bukan hak kau. plus, berapa banyak permintaan pekerjaan yang ada sekarang?

bila dah tak cukup duit mula ada pelajar yang sanggup jadi bohsia malam-malam sebab nak bayar itu dan ini. sanggup cari sugardaddy sebab nak hidup senang. kalau yang kerja sambilan secara halal tu. alhamdulillah lah.

Apa yang aku cakap ini lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Aku bukannya baik sangat. tapi nakal tu ada. Hehe. Sebenarnya.. apa niat kita hidup ni? Apa sebenarnya niat kita belajar sebenarnya ni? bukan senang nak ikhlaskan diri untuk belajar. sebab most of us, bila di tanya..


Kenapa belajar?

Kalau tak belajar nak makan apa?

See?

Masa aku pergi belajar tafsir ayat Quran dekat Ustaz Khairul Anwar boleh kata setiap kali itu dia berpesan kepada kami semua.

Ingat, rezeki ini Allah SWT yang beri.bukan manusia - Ustaz Khairul Anwar
Sedangkan ulat dibawah batu tu pun boleh makan. Inikan pula kita manusia. Jangan salah niat, Boleh rosak akidah. Dengan mengatkan kalau tak belajar tak boleh makan. Jaga-jaga, syaitan ni nak hasut mudah je weh. Semua perkara dalam dunia ni ada dalam pengetahuan Allah.

Ask yourself..

untuk apa aku hidup sebenarnya?

apa aku dah buat untuk Islam sebenarnya?

adakah aku sekadar menjadi Muslim (orang Islam) atau Mukmin (orang beriman) ?

Maafkan aku kalau ada tersalah and terkasar bahasa. Ampun! hiks.

Love,
 Aina Akmal 



Tuesday, 22 December 2015

Lawatan sambi belajar sangat ke USM !

Assalamualaikum semua.

Yuhhuu, cuti dah nak habis. Aku cuti kali ni tak ada kemana pun. Duduk rumah je lebih. Aku pernah keluar sekali je dengan kawan-kawan aku masa hari tu untuk ke ke Penang, bercuti dengan kawan-kawan lama. HAHAHA. Tak apa, pasal trip tu nanti aku share.

Kali ini aku nak share lawatan sambil belajar kononnya ke USM untuk Final projek budak-budak dekat sana.

Malam tu memang semangat lah aku cari kamera orang nak pinjam. Haha, sebab kamera aku rosak. plus, aku tak bawa smartphone. So, disebabkan aku baik jugalah dengan budak-budak junior dorang pinjam kan aku kamera. haha. Wuhuuu. terharu. Thanks dik. hehek!

Meet Dayah and Syifa from MJSC Pendang

Kitaorang pergi morning call macam biasa, morning call ni lebih kurang macam perhimpunan pagi yang short seblum masuk ke kelas, Setiap hari ada. Aku malas beb. --'' hahaha. Dah berapa kali aku ponteng, selalunya time exam. Sebab nak studi kononnyaa. HAHAHA

Then, kitaorang pilih ketua untuk kira budak-budak ni. Ramai yang tak ada masa ni, ada yang pergi Debatlah, Ranjer lah. macam-macam. Plus ni minggu aktiviti. Minggu ni korang tak payah belajar selama sminggu. Best kan? tapi kena ikut game sekolah buat untuk korang. HAHAH, tak best untuk aku sebenarnya. 


Tiang gemuk.
Kitaorang tunggu cikgu-cikgu pengiring datang dan punggah masuk air dan nasi ke dalam bas. Lepas tu, kita semua pun bertolak. 



Aku lupa nak tengok jam. tapi yang pasti aku rasa macam kejap sangat dah sampai. Alahh, macam biasalah naik jambatan semua kan. Malas cerita part tu. Tak larat hadap dah jambatan Penang tu. Kalau naik Feri best sikit. Eheh. Entah ada ke tidak perkhidmatan tu. Hey orang Penang, ada lagi ke tempat naik Feri tu. 


Cuba teka, mana saya. HAHAHA
So, sampai-sampai tu terus kitaorang bergambar sebagai kenang-kenangan oleh sis and bro yang conduct program tu. 

ROBOT- Menari Gangnam Style

Dekat dalam tu ada banyak dewan, aku tak ingat nama dewan yang aku pergi ni. LOL, Tapi aku ingat aku pergi dekat pameran bahagian lebih kepada teknologi.Uhuk, aku pun tak sangka. Banyak benda aku tanya lah bila aku jumpa sis and brother tentang benda-benda tekno ni. Tapi lebih kepada nasihat  jugalah.

Lain aku tanya, lain aku jawab. 

Tapi ada yang aku tanya pasal app, dorang cakap senang je nak buat. Lebih kurang macam blog. Aku pun macam eksaited jugalah. HAHA.

Actually kitaorang diberi masa sejam je untuk melawat semua tempat dekat dalam dewan tu. Kira tempat tu ada 4 dewan. Aku masuk satu je. --'' 10 minit terkahir aku jenguk-jenguk tempat-tempat budak engineering. Tapi aku tak minat sangat. 

Tapi balik-balik maktab dorang jumpa orang yang buat kuih guna tepung cempedak. Cempedak punya kulit tu dorang buat tepung. Wuu, Nicee! tapi.. aku taksub dengan tekno sampai lupa yang lain. hiks. 



Dah habis tu, kitaorang pergi naik kereta hybrid ni. Hybrid ke apa tah. Macam kereta buggy. Tapi panjang. Buat pusing-pusing USM. HAHAHA. Best jugalah. Hahaha. 


Puas-puas pusing semua, kitaorang pergi solat dekat surau USM tu. Masa dekat surau tu aku tanya dekat cikgu

Aku : Cikgu, kita dah lebih 90 km kan?

Cikgu : Ha'ah. Kenapa? Kamu nak solat jama ke?

Aku : Haah *sambil angguk kepala*

Cikgu : Alah, solat jelah zohor penuh, kenapa? malas?

Aku : *tersengih*

Aku balik story dekat parents aku. Parents aku cakap, cikgu tu tak faham. HAHA. tu memang hadiah dari Allah, kemudahan yang Allah bagi untuk kita. Hahaha. tapi aku tak kisah cakap cikgu tu . Aku solat jama takdim and qasar sekali. 




So, otw balik tu aku tak makan nasi lagi tauu tak. Aku lapar, haha, berhenti dekat RNR Gurun aku makan nasi. Lepas tu aku pergi dekat Ramly teringin nak makan. HAHAHA. Aku tapau bawa balik. Hehehe. Kiranya, aku makan nasi dekat RnR dan tapau burger bawa balik  yeyeyehhe.

Bila dah sampai dekat maktab, semua balik asrama, Sebabkan program kitaorang ada dalam jadual minggu aktivti, kira petang tu kitaorang kena turun untuk pertandingan olahraga. Aku olahraga atas katil lah. Sebab, alhamdulillah petang tu, HUJAANNN!! Yayy! Aku dah sampai masa asar jugalah, 

Sebab aku solat jama tadi,makanya aku buat kuak lentang atas katil, lol. Ko ingat, aku tak pandai ke berenang? Berenang atas katil tu, aku juara. HAHAHA.

So, sekian itu je dari aku. HAHAHA. Goodbyee. 




Sunday, 20 December 2015

Hellooooo~ I'm back!

Assalamualaikum semuaaa. Wuhuuu. I'm back. Hello akak-akak semua, do you miss me?

I miss you guys badly, aku rindu nak menulis, aku rindu nak membebel, aku rindu nak blogwalking, aku rindu semuanyaa. Akkuu rinduuuu!

So kembalinya seminggu ni aku nak berblogging ini adalah untuk menghabiskan sisa-sisa TAHUN 2015 sebagai kenangan aku pada masa akan datang. Lols.

Sebenarnya aku ada banyak benda tengah fikir ni. Banyak k. Banyak gila beb. Tak tau nak hurai lah banyak dia. Tapi tak apalah sempena comeback aku pada kali ini, aku nak ucapkan tahniah kepada kawan baik aku yang tak pernah bersua muka, Cik Jie Najihah atas lamaran dan pinangan yang diterimanya,

Mula-mula aku dapat berita.. pergh Heart attack sangat, tahap kritikal punya, kalau kau sentuh aku memang boleh goal. HAHA. Terkejut punya pasal. tapi apa aku boleh buat, dah memang jodoh dan rezeki dia. she so lucky! baru 17 tahun kot. Nak tahu siapa yang lamar dia? Have a visit to her blog! ehhe. CLICK HERE!


So, ehem. Thank you so much for all your support. Facebook page aku makin lama makin banyak like walaupun aku tak pernah aktif page aku tu. HAHAHA.

OKAY, Till then, sebagai pembuka untuk hari-hari aku yang seterusnya. ^^