Saturday, 21 February 2015

Ladies Night?!

Assalamualaikum semua.. hehe sihat? Maaf sebab aku tak berblogwalking ke blog korang..


Thank you so much kepada pembaca-pembaca baru yang sudi singgah dan drop kan comments korang. I'm so sorry.


 Masa yang aku ada sekarang sangat limited, sampaikan aku sendiri tak sempat nak bermanja dengan mama bila aku balik kali ini. Biasalah hari first balik rumah.. mesti nak qado tidur kan? I'm soo sorry Mama. T_T

Buat pembaca baru, Assalamualaikum! Selamat berkenalan. Umur saya 17 tahun. Tapi tak ambil SPM tahun ni. Hahaha. Tahun depan baru ambil. Saya masih bersekolah di sebuah sekolah yang berada di Malaysia. Alhamdulillah. Lols. Nanti kalau ada masa, aku akan cuba bersekolah di Kutub Utara. Ohohoh.

Aku sebenarnya masih tercari-cari apa-apa yang aku nak ceritakan dekat korang. Since blog ni agak PUBLIC, so tak semua benda peribadi boleh aku share. Uwaa. Aku rasa macam nak buat untuk Invited Reader je. Rasa je. Tapi tak kot.. nanti tak best. Tak ramai kawan. hehehe.

Esok aku balik hostel. Kerja sekolah still tak siap. Dalam banyak-banyak kerja sekolah, Sivik, Sejarah dan English yang aku siapkan. Baju aku tak kemas lagi. Malas nak kemas. HUHUHUK!



Tadi aku pergi dating dengan kawan perempuan. Aku kena mention perempuan tu. Karang korang ingat aku pergi DATING betul pulak. Memang tak lah aku. Tak sanggup. Haramm nak oii. Macam biasalah, makannya setengah jam je. Menyembang 3 jam. Koh..koh.. Ada sorang kawan aku tak sempat nak jumpa, sebab parents dia dah datang. Huhuk! Sedih. 

er...

er...

(mencari idea..)


er...


okay! *petik jari*

Ladies Night!

Okay, pada beberapa hari lagi akan berlangsungnya majlis LADIES NIGHT. Malam untuk ladies sahaja bergumbira maybe? Aku sebenarnya tak redha dengan majlis macam ni. Hilang keberkatan nak belajar dekat sekolah. Dah la sekolah tempat timba Ilmu yang suci. Tapi di kotori dengan majlis-majlis yang lagha.

Amboi Aina.. hang sembang serupa hang suci tak pernah buat dosa.

Sebab aku pernah lah aku tak nak ulang. Memang aku tak pernah rasa macam mana ladies night tu.. tapi aku boleh dapat gambaran macam ladies night tu berlangsung.

Aku cerita dekat mak aku..pasal Ladies Night kononnya ni.

Mak aku cakap, kita ni terlalu ikut barat. Hilang keberkatan nak belajar. Sebenarnya kita yang sedang memijak Islam. Tanpa kita sedar atau dalam kita sedar. Kita sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang muslim, kita sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang mukmin(orang beriman).

Aku entahlah.. mungkn selemah-lemah iman kot. Kena membenci dalam hati. 



Apa beza kita dengan orang kafr? Apa beza kita dengan mereka sebenarnya.. kalau kita sendiri terkinja-kinja berparti macam syaitan. 

Fikir-fikirkanlah.. ini ke contoh yang nak lahirkan wanita solehah?

Memang lah orang tak nampak.. tapi kalau dah berdansa dengan lagu lagha?  



Aku bukan nak judge. Aku pun teruk juga. 

Itu je dari aku.. sekian. ^^

Maaf kalau ada terkasar bahasa, terasa kat mana-mana. Jangan marah aaa.. nanti susah aku nak belajar. hehehe. 

Soo goodbye. Till we meet again.

Maasalamah. ^^



Wednesday, 18 February 2015

Perginya Sebutir Bintang.

Assalamualaikum semua,

Korang sihat tak ? Aku? Alhamdulilah sihat. Malah bertambah SIHAT. Hihi.

Beberapa hari lepas aku dapat berita kehilangan Tuan Guru. Aku terkedu. Aku susah nak percaya. Terbayang di minda aku lihat beliau datang ceramah dulu. Aku nampak beliau dalam kereta. Walaupun masa tu aku tak faham apa yang beliau cakap. Tapi aku diam kan diri.\

Tapi masa beliau datang aku menangis. Entah kenapa aku mengalirkan air mata. Rasa rindu walaupun tak pernah kenal secara dekat. Tak pernah bersemuka secara empat mata. Hasrat aku untuk berjumpa beliau tak kesampaian.. tak mengapalah. Bukan jodoh, bukan rezeki untuk bertemu.

Sekurang-kurangnya aku pernah nampak beliau dengan mata aku. Mendengar suaranya.

Malam aku dapat berita tu aku still dekat hostel. Kalau tak silap masa tu aku tengah kemas barang. Aku dengar roomate aku bersembang. Aku macam nak percaya tak percaya. Aku rasa lost sangat. Perasaan aku masa tu bercampur baur. Rasa macam nak menangis.


Tapi tak ada siapa yang faham perasaan aku masa tu. Aku pergi ke bilik kawan aku. Aku cuba nak cerita dekat dia. Tapi dia macam tak berapa faham sangat perasaan aku. Aku tahan perasaan aku masa tu. Atau masa tu maybe dia agak sibuk. Entahlah..

Petang esok tu aku call mama aku. Aku luah dengan mak aku dekat sejam jugalah (Mujur aku dah ambil pakej 100 minit RM 1) dan cerita segalanya. Termasuk life aku dekat hostel. Aku mengalir jugalah air mata.. aku cakap..

" mama, sedihnya tok guru dah tak ada."


Aku teringat hadis yang aku belajar dulu. Allah akan hilangkan ilmu-ilmu dengan cara mematikan ulama. Kalau tak silap aku lah. Dan ini adalah satu musibah. Moga Tok Guru tenang di sana.

Al-fatihah.


Sunday, 1 February 2015

Format Baru.

Assalamualaikum gais,. hahaha. Aku ada berita baik untuk diri aku sendiri. Lols. 

Format SPM BERUBAH. YAAYYY!! Hahaha. Since aku dah jadi mangsa SPM 2016.. Maka aku kena redha dengan Eksperiment budak-budak 99 Line. Korang faham tak apa aku tengah cakap ni? Lols, Aku cakap ni selalu syok sendiri. 

Okay.. budak 99 line ni kan femes dengan experiment yang exam dekat dorang. Dorang lah batch yang paling kontroversi sekali. Kejap PMR ada. kejap tak de. Nak kasi budak-budak tu mabuk pitam pengsan. Cesh, kesian gila aku tengok adik-adik aku ni. Aku ni kan kakak yang punya ihsan yang tinggi. MUAHAHA *gelak kejam versi sopan* K., tak lawak.

So, sekali lagi batch 99 akan di beri soalan berformat baru. Huahahaha. Tahniah untuk aku sekali. Mujur aku tahun lepas tak semangat nak beli buku rujukan KOMSAS bertingkek tingkek. Kalu tak menganga buku aku tu jual dekat apek surat khabar. Hehehk. 

Dan aku ni dah ditakdirkan untuk ambil SPM berformat baru dengan Soalan HOTS nya memang 50%-70%. Haahh kau, budak bijak lah aku lepas. Hahahaha. Otak yang bersawang mula beroperasi balik. Imagine macam otak patrick baru tukar otak tu. Eh korang tengok ke Spongebob? Lols,. mana korang layan citer budak matured macam tu. Nak layan mesti la citer yang tak matured macam kisah kemerdekaan ke. HAHAHA.*ROLL EYES*  //Sila tafsir ikut fahaman masing-masing. Hanya fahaman Ahli sunnah wajaamaah saja. Yang lain.. terima kasih. Ok. dah. 

Aku baru teringat pasal ni masa penerangan subjek BM, dengar cerita CHEMIS, BIO, PHYSICS pun penuh dengan HOTS. ERKK. Addmath tak de ke? Kalau ada boleh juga buat hentam kromo je kan. Tengok camne nak fikir.

Actually,... aku tak tahu. hots tu macam mana,. hahaha, \

Kfine. 

Dah la.,, aku suka membebel tanpa arah tujuan, Lain kali ada masa aku memekak lagi ye.\
\

Sekian.



Quotes?

Assalamualaikum.

Since aku dah tak da idea nak menulis apa. hahaha. Aku bedal letak quote je lah kan?

Have a nice day.



Banyak manusia yang kita jumpa.. bukan semua baik. Kerana manusia terlalu banyak ragamnya. Termasuk aku sendiri.


Sekian.