Friday, 30 January 2015

Dunia Baru

Assalamualaikum. Sehat ke korang semua?

Aku di sini sihat je. Semalam baru sampai rumah. Rabu ni balik sekolah balik. Karang nak revision mathematics. Buka sekolah ada quiz math and orentasi again. T.T aku rasa life aku sangat sibuk pada tahun ni.

Biasalah orang dah biasa relaks setahun tak buat apa kan? --' Life aku dekat hostel.. Ada veramah dekat dewan kuliah sampai pukul 1. Lepas tu balik pergi lunch sampai 1:30 ptg Solat and mandi ... Turun dari hostel then pergi ke dewan kuliah balik. Routines are too boring. Tapi itulah displin. Nak tak nak kena hadap.

Nak enjoy menghadap semua tu kena ada kawan.. Kalau kau tak ada kawan. Memang kau meraung macam anak panda nak susu. Huahaha. First day aku kat sana.. Not so toughh.. Maybe sebab aku the only one yang budak baru dalam batch tu.So.. I get full attention from them, and also from form 5. I've told them that I'm also 17... But I've to repeat form 4 for some personal problems.

They felt sorry for me because I've to friends with 'adik-adik'. But i don't mind. It's not a big deal. I ask the adiks to call me Aina. Not Kak Aina. But few of them call me kak aina. Just because she felt uncomfortable. And I'm just okay with it. As long as you respect to me. I'm fine.

So.. Alhamdulillah. I got a bestfriend! We share same passion . I'm just shocked because we totally have same taste in almost everything. I felt like she is my twin. I trust her with my heart. It seem like we have a really good chemistry. She share her secret that her friends never knows. Bucause she trust me. I feel so glad to know that. Hahaha

Pehal aku cakap bahasa asing ni. Lols. Tak pelah. Aku kalau dah start memang susah nak stop. LOL.

Tapi seblum nak biasakan diri dengan semua tu.. Memang aku jalan ke dewan makan pun sendiri. Ke surau sendiri. Banyak alone lahh. Seminggu sebelum nak balik ni.. Aku rasa.. Everything makin smooth. Aku pun dah ada geng sendiri. Hahaha. Kira yang ngam dengan aku sangat.

Itulah cerita dunia baru aku di sana. Satu keburukan korang stay hostel. Korang akan menjadi manusia yang ketinggalan zaman dan seperti baru bangun dari tidur. Itu apa yang aku rasa.

Kalau nak baca surat khabar.. Hahaha. Kau kena berebut dengan budak-budak lain. Kau kena sado duduk hostel. Okay tu je aku nak citer.

Sekian.

p/s; nak ubah rupa blog. Tapi aku rasa nanti lah kot. Busyyy~ tunggu cuti Sem 1 ke. Haha. Kalau tak sabar sangaat.. Esok lusa. T3T  tengoklah camnee keadaannya nanti. Kbai.

Tuesday, 6 January 2015

Air yang tembak dan dicincang tak akan putus.



Assalamualaikum gaiss!




Sorry aku tak dapat nak pergi blogwalking blog korang dan juga balas komen korang. Aku kedekut data. Sorry tau. Thank you very much yang sudi jenguk blog aku ni. Tanpa korang blog aku ni akan sepi..dah la memang sepi.. bertambah sepi lagi. Sadis kan? Kan? Thank you kepada yang setia singgah ke blog aku ni. Inshaa-Allah bila ada masa akan datang.. ada rezeki aku melepak pulak kat blog korang.

Sorry eh? Meoowww~ ><


Soo.. dalam kedekut-kedekut aku.. Aku ubah juga rupa blog aku ni. Okay memang tak banyak. Aku ubah header, letak footer sikit, theme aku blueberry. Eheh?! Purplee+grey pulak menjadi theme aku kali ini. Aku nak cepat..sebab tu aku ubah sikit je. Sebab aku dah jemu dengan rupa blog aku yang lama. Walaupun aku tak buka.. hahaha. --'' Jangan marah kan saya.

Okay.. cukup mukaddimah yang panjang menjelaaaaa. Aku nak ke topik.

So Hello sekolah!

Aku baru dapat surat 13 Januari 2015 ni.. aku akan pindah sekolah ke sekolah xoxo dan di tempatkan di asrama. Aku sangat terkejut. Bermakna seminggu dari sekarang lah kan? No wayyy! Aku punya barang sekolah memang dah prepare. Cuma.. orang yang nak sekolah ni lah tak berapa nak prepare lagi. Huk huk!

Esok aku baru nak pergi holiday, melepak dekat tepi pantai. Mak aku cakap mulai malam ni.. mak aku dengan adik-adik aku nak tidur dengan aku.

Aku ni biasalah.. nama pun anak manja. Cakap nak jauh sikit dari family.. mulalah bergenang air mata macam tangki air. Haih. Hati mau sado Aina. Cakap nak kerja dekat oversea. Ini baru kena keluar dari daerah sendiri.. pindah ke daerah lain je. Nak menangis macam kena seksa. Nak pergi belajar oiii!

Tambahan aku ni anak sulung. Sebab tu mak ayah aku ni.. sedih sikit. Cewah!! Sembang macam aku tak sedih. Lols. --''

Hari tu ada sekali aku tanya adik aku yang bongsu,


Aku ; Adik, kalau kakak tak ada dekat rumah.. adik sedih dak?
Adik : ......
Aku : Adik, adik sayang kakak berapa?
Adik : *Angkat 5 jari*
Aku : Sayang 5 ja?
Adik : *Angguk* Muka sedih
Aku : Kakak sayang adik sepuluh.
Adik aku diam.

Lepas tu adik-adik aku yang lain tetiba menangis. Aku tanya kenapa? Depa cakap depa sayang dekat aku. Lepas tu adik kembaq aku menempel duduk dekat paha aku. Sorang kiri, sorang kanan. Adik aku yang no.2 tu menangis juga, tapi sebab tak ada ruang dia menempel dekat adik aku yang duduk dekat paha kiri aku. Aku masa tu tahan menangis. Huahhh. Mak aku masa tu duduk depan pintu.. mak aku pun menangis tengok kami. Hadoiiyaaii.


Ayah aku? Tak ada beliau ke masjid. Hehehhe.

Mak aku pernah tak lalu makan seminggu sebab aku tak ada. Aku ni anak mama dengan ayah. Tu yang aku jadi macam tu.

Aku dengan adik-adik memang sangat rapat. Even dorang dah besar panjang macam ni, kadang-kadang aku yang suapkan mereka makan. Ataupun.. kalau aku mengada.. aku suruh adik aku suapkan. Manja tak payah ceritalah. Bergaduh macam mana pun kami.. Inshaa-Allah akan baik semula.

Sebab tu.. Air yang tembak dan dicincang tak akan putus. Macam tu kasih sayang aku dan adik-adik aku. Aku harap selamanya macam ni.



Nak adik-adik hormat dan sayang kan kita ;


  • Rajin-rajin memasak untuk dorang. Kan orang cakap nak pikat hati kena pikat perut. Orang pakai petua tu untuk tackle lakikan? Tapi aku tak khawin lagi. HAHA, Jadi aku pakai petua ni untuk tackle dorang.


  • Solat jemaah bersama. :D Solat itu tiang agama. Ecewah.


  • Makan bersama, lagi elok sekali-sekala bersuap-suap. Berkat kasih-sayang
  • Sambil masak, baca selawat dan doa 

Aku rasa itu antara sebab kami rapat dan selain mak ayah aku yang juga memainkan peranan.. seperti memarahi aku supaya aku melepak dengan adik-adik dari terperap dalam bilik. HUAHAHAHHA. Perangai yang suka menyendiri ni lah yang buat kita kurang persefahaman dengan adik beradik dan suka nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Dan bergaduh. 

Yes, dalam urusan adik beradik ni.. mak ayah sangat memainkan peranan. Kadang-kadang aku tengok mak ayah buat dunno je dengan anak sorang ke selatan sorang ke utara. Yang penting dorang tak buat bising dan tak bergaduh. Lepas tu bising.. anak renggang lah apalah. Dah tu kalau setakat marah apa barang, cuba sekali sekala rampas kejap gadget-gadget tu. 

Bawa bercuti? Offkan data bagai. Family time! 

So itu jelah aku nak share. Sekian.


p/s : Doakan aku supaya sentiasa dalam lindungan Allah. Thank you kepada yang sudi beri hadiah kepada aku untuk tahun ni.. Hehek. XD Nanti besday aku.. send lah satu. Siapa yang ada alamat rumah tuu. Ahaks!





Friday, 2 January 2015

Aku Nak Membebel.

Assalamualaikum gais. Cakkk! Hello 2015!

So.. It's 2015 already. Woahh. Cepatnya masa berlalu. Aku tak sangka aku dah berusia 17 tahun. Tuanya aku. Ohh. Dah nak mati dah rupanya aku ni. Tak lama dahh. sob.. Sob.. Okay. Let me mention awal-awal. Aku tak amik SPM tahun ni cik abang adik akak. Kepada nak wish.. Sila wish tahun depan. Ya. Aku amik exam masa aku umur 18. ╥﹏╥


Jangan tanya aku kenapa. Sebab aku malas nak menjawab dan kepada yang dah tahu. Just.. Keep silent. ecewawaah; (ΦωΦ)

Okayy.. Post ni akan jadi sangat panjang maybe. aku tak tahu nak agak sepanjang manakah esei aku ni.. Tapi.. Aku nak lepaskan kegerama aku nak menulis ni dah lama. So.. Sila sediakan popcorn dan juga coke. Oh maybe korang boleh ambil roti cabai bersama dengan teh tarik untuk dijadikan ubat tidur semasa membaca entri aku ini. Ohhhhhh yeahh!

Macam yang korang baca tajuukk ni.. Aku akan membebel.

1. 2015.

Ohh. Sorry. Aku tak akan wish... Happy new year gaiss~~ (¬‿¬)  Hahaha. Jangan fikir aku akan wish. Tahun baru adalah bermakna usia aku kau.. Kita... Semuanya bertambah.. Dan semakin banyak dosa yang dilakukan. Tambah-tambah aku ni. Isk. Cakap nak insaf. Tapi sampai sekrang perangai macam toyol. Huahhh. ┬─┬ ︵ /(.□. )

So tahun ni.. Azam aku? Ahahhahaa. Malas nak cakap. Bosan lah. Asyik azam je. T.T macam budak-budak. Puii. Macam lah hang dah dewasa sangat ainaa oiii. /(;-_-) . aku tahu orang mesti cakap.. Aku nak jadi lebih baik.. Nak result elok..bla...bla... Blaa.. Blaa.. Siapa nak sambung? Cikgu pulak masuk kelas. Jadi apa azam kamu. Ohh. .. Mula lah jawab jawapan skema SPM. Pfttt~~ (▼皿▼#)

Okay. Azam aku tahun ni nak beli Meserati sebijik. Harley Davidson sebuah. Beli Mansion dua tiga biji sekat US, Brazil, German.. Pasang pakwe Korea. Hahahahhaa. Okay. Aku gurau. (´▽`)ノ♪


2. Sedih.

Okay. Pehal nak sedih ni? ☆⌒(>。≪)
Al-kisahnya..kawan baik aku dah mula calling-calling dengan lelaki. Okay.. Aku sangat sedih k. Laki tu call masa aku dengan kawan aku tengah lepak kot. Depan aku.

Masa dia cakap dengan laki tu.. Aku rasa macam nak menitis air mata tauu dak? Kalau macam urusan penting ke .. Apa ke.. Aku tak kisah.. Tapi ni.. Just nak bermesra-mesra. Dia memang lah kawan je. Tapi aku tak suka. Pada aku perempuan yang call macam tu...macam letak maruah dia di hujung kaki. Sorry to say. It's forbidden. Tak boleh. Allah dah berfirman dalam quran. Dan jangan lah kamu mendekati zina.

And.. She did. Aku tahan air mata. Aku cakap.. Aku tawar hati nak cakap dengan dia masa tu. Aku tanya dia.. Berapa lama dia kawan. Dah lama ke calling bagai ni. Aku soal siasat semunya. Aku just boleh doakan je. Aku cakap aku sayangkan dia.

Dan kawan aku masa sekolah rendah. Dah keluar dengan girlfriend pegang tangan. Aku macam tak tau nak cakap apa. Kawan-kawan aku kenal dah banyak berubah. Aku sedih sangat dengan dorang.

Dan diriku sendiri. Aku sedih dengan diri sendiri..

3. Hostel

Goodbye home sweet home. Hello hostel. Okay. Aku malas nak fikir. Hahahaa. Malas nak fikir pasal sekolah. Pasal cikgu baru. Kawan baru. Hostel baru. Sekolah baru. Omgee. It's gonna be a long year. \(-___________-;)


4. Musibah

Aku sedih tengok bencana-bencana yang timpa Malaysia dan seluruh dunia. Pandang dengan mata orang beriman.. Ini semua kifarah dosa. Ada hikmah besar di sebalik kejadian ini. Aku nak cakap. Tapi.. Aku rasa macam tak sesuai dekat sini. Tapi aku rasa macam nak cakap juga... Kerosakkan Kelantan lebih kurang 1 billion. Mungkin Allah nak berikan hak Kelantan yang di tuntut oleh mereka dulu dengan cara halus. Faham tak? Tak faham sudah. Hahaha.

Moga Allah merahmati mereka yang pergi selamanya dalam musibah ini.


5. Who miss me?

Ahaha. --'. Okayy. Aku nak tanya pendapat korang tentang cara penulisan aku. Yelah. Blog aku ni bukan ada apa sangat pun.. Lagha lalai je semunyaa. Jujur lahh. Korang menyampah ke tak baca blog aku ni. Yelah. Cakap pun gedik-gedik kan? Sobb.sob.. Nak wat camna aku ni bukan boleh cakap sado macam Zul Ariffin. T.T  korang ceritalah apa yang buat korang jenguk blog aku. Maybe tak setiap hari. Tapi jenguk jugalah. Hehe. Korang rindukaan aku takk? jujur ehh. Tak mau tipu-tipu. Wajibb jawaabbb soalan aku ni.


Till then. Sekian.

Sory.. Entri panjang. Aku tulis guna phone je.. So kbai. ヘ(´o`)ヘ

Muahhh~~‿♥