Thursday, 24 December 2015

Sebenarnya...



Assalamualaikum, dunia. Assalamualaikum semua. OHYEAHH!

Apa khabar semua? Aku di sini, alhamudlillah sihat je. Sejak wifi dah di sambungkan kerumah. Aku rasa makin sihat. HAHA. Gurau je. Sebenarnya aku nak cakap..


Cuti dah nak habis weh. CUTI DAH NAK HABIS. kau faham tak perasaan kau nak kena pergi sekolah dalam keadaan kau tak rela tapi kerana terpaksa kau relakan juga sebab kalau tak kau nanti tak dapat pahala sebab belajar tu wajib. Kauu faham tak perasaan nak kena redhooo tu. HAHAHA


Lepas tu pulak kan, sebenarnya tahun depan aku kena ambil SPM. Kau tahu tak berapa ramai manusia yang momokkan aku dengan SPM SUSAH. HAHAHA. Sampai ada mati tak boleh jawab KBAT. Aku tahu itu bukan omongan kosong. Sebab kawan-kawan aku semuanya budak kelas pandai-pandai. Aku ni tak lah pandai, genius tu ada. HAHA. lols. Aku gurau je.

Aku kena puji diri sendiri, doa kot. Tak baik kutuk diri sendiri kan. Kan, Haris J pesan Love Yourself. (best gila lagu diaaa!) Kita kena sayang diri sendiri. Tapi Rasul ajar kita kena sayang sahabat kita. Jadi kita sayang semuanya. Hehe. dan aku tak ready lagi untuk exam. HAHAHA

Gambar hiasan
Cakap jelah exam apa pun, aku tak pernah ready beb. lols. hahaha. even exam masa nak mati nanti. itu lagilah, Sijil Padang Mahsyar beb. Kalau kau tak boleh jawab neraka weh. Neraka. Kau ingat neraka tu macam api dekat dunia ke? boleh main padam-padam dengan air? kau ingat boleh call bomba ke. bomba pun masa tu tengah fikir dosa pahala sendiri.


Sebenarnya, kita di control oleh kuasa besar. Kita diperbodohkan demi kepentingan sendiri. Cubalah fikir, semua silibus dan kelayakan yang kita belajar hari ini semuanya atas permintaan negara Barat sendiri. Tengok lah kalau nak masuk universiti sekian-sekian nak result macam ni, macam tu. tapi yang dalam jiwa tu? ada orang kisah

Bila tak dapat biasiswa kena mohon pinjaman, kadang-kadang pinjaman bukan cukup pun. tu belum tentu bila dah habis belajar dapat kerja terus. sebab pointer 4 flat sekali pun bukan jaminan kau nak dapat kerja. sebab selagi Allah kata itu bukan rezeki kau itu maknanya, itu bukan hak kau. plus, berapa banyak permintaan pekerjaan yang ada sekarang?

bila dah tak cukup duit mula ada pelajar yang sanggup jadi bohsia malam-malam sebab nak bayar itu dan ini. sanggup cari sugardaddy sebab nak hidup senang. kalau yang kerja sambilan secara halal tu. alhamdulillah lah.

Apa yang aku cakap ini lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Aku bukannya baik sangat. tapi nakal tu ada. Hehe. Sebenarnya.. apa niat kita hidup ni? Apa sebenarnya niat kita belajar sebenarnya ni? bukan senang nak ikhlaskan diri untuk belajar. sebab most of us, bila di tanya..


Kenapa belajar?

Kalau tak belajar nak makan apa?

See?

Masa aku pergi belajar tafsir ayat Quran dekat Ustaz Khairul Anwar boleh kata setiap kali itu dia berpesan kepada kami semua.

Ingat, rezeki ini Allah SWT yang beri.bukan manusia - Ustaz Khairul Anwar
Sedangkan ulat dibawah batu tu pun boleh makan. Inikan pula kita manusia. Jangan salah niat, Boleh rosak akidah. Dengan mengatkan kalau tak belajar tak boleh makan. Jaga-jaga, syaitan ni nak hasut mudah je weh. Semua perkara dalam dunia ni ada dalam pengetahuan Allah.

Ask yourself..

untuk apa aku hidup sebenarnya?

apa aku dah buat untuk Islam sebenarnya?

adakah aku sekadar menjadi Muslim (orang Islam) atau Mukmin (orang beriman) ?

Maafkan aku kalau ada tersalah and terkasar bahasa. Ampun! hiks.

Love,
 Aina Akmal 



Tuesday, 22 December 2015

Lawatan sambi belajar sangat ke USM !

Assalamualaikum semua.

Yuhhuu, cuti dah nak habis. Aku cuti kali ni tak ada kemana pun. Duduk rumah je lebih. Aku pernah keluar sekali je dengan kawan-kawan aku masa hari tu untuk ke ke Penang, bercuti dengan kawan-kawan lama. HAHAHA. Tak apa, pasal trip tu nanti aku share.

Kali ini aku nak share lawatan sambil belajar kononnya ke USM untuk Final projek budak-budak dekat sana.

Malam tu memang semangat lah aku cari kamera orang nak pinjam. Haha, sebab kamera aku rosak. plus, aku tak bawa smartphone. So, disebabkan aku baik jugalah dengan budak-budak junior dorang pinjam kan aku kamera. haha. Wuhuuu. terharu. Thanks dik. hehek!

Meet Dayah and Syifa from MJSC Pendang

Kitaorang pergi morning call macam biasa, morning call ni lebih kurang macam perhimpunan pagi yang short seblum masuk ke kelas, Setiap hari ada. Aku malas beb. --'' hahaha. Dah berapa kali aku ponteng, selalunya time exam. Sebab nak studi kononnyaa. HAHAHA

Then, kitaorang pilih ketua untuk kira budak-budak ni. Ramai yang tak ada masa ni, ada yang pergi Debatlah, Ranjer lah. macam-macam. Plus ni minggu aktiviti. Minggu ni korang tak payah belajar selama sminggu. Best kan? tapi kena ikut game sekolah buat untuk korang. HAHAH, tak best untuk aku sebenarnya. 


Tiang gemuk.
Kitaorang tunggu cikgu-cikgu pengiring datang dan punggah masuk air dan nasi ke dalam bas. Lepas tu, kita semua pun bertolak. 



Aku lupa nak tengok jam. tapi yang pasti aku rasa macam kejap sangat dah sampai. Alahh, macam biasalah naik jambatan semua kan. Malas cerita part tu. Tak larat hadap dah jambatan Penang tu. Kalau naik Feri best sikit. Eheh. Entah ada ke tidak perkhidmatan tu. Hey orang Penang, ada lagi ke tempat naik Feri tu. 


Cuba teka, mana saya. HAHAHA
So, sampai-sampai tu terus kitaorang bergambar sebagai kenang-kenangan oleh sis and bro yang conduct program tu. 

ROBOT- Menari Gangnam Style

Dekat dalam tu ada banyak dewan, aku tak ingat nama dewan yang aku pergi ni. LOL, Tapi aku ingat aku pergi dekat pameran bahagian lebih kepada teknologi.Uhuk, aku pun tak sangka. Banyak benda aku tanya lah bila aku jumpa sis and brother tentang benda-benda tekno ni. Tapi lebih kepada nasihat  jugalah.

Lain aku tanya, lain aku jawab. 

Tapi ada yang aku tanya pasal app, dorang cakap senang je nak buat. Lebih kurang macam blog. Aku pun macam eksaited jugalah. HAHA.

Actually kitaorang diberi masa sejam je untuk melawat semua tempat dekat dalam dewan tu. Kira tempat tu ada 4 dewan. Aku masuk satu je. --'' 10 minit terkahir aku jenguk-jenguk tempat-tempat budak engineering. Tapi aku tak minat sangat. 

Tapi balik-balik maktab dorang jumpa orang yang buat kuih guna tepung cempedak. Cempedak punya kulit tu dorang buat tepung. Wuu, Nicee! tapi.. aku taksub dengan tekno sampai lupa yang lain. hiks. 



Dah habis tu, kitaorang pergi naik kereta hybrid ni. Hybrid ke apa tah. Macam kereta buggy. Tapi panjang. Buat pusing-pusing USM. HAHAHA. Best jugalah. Hahaha. 


Puas-puas pusing semua, kitaorang pergi solat dekat surau USM tu. Masa dekat surau tu aku tanya dekat cikgu

Aku : Cikgu, kita dah lebih 90 km kan?

Cikgu : Ha'ah. Kenapa? Kamu nak solat jama ke?

Aku : Haah *sambil angguk kepala*

Cikgu : Alah, solat jelah zohor penuh, kenapa? malas?

Aku : *tersengih*

Aku balik story dekat parents aku. Parents aku cakap, cikgu tu tak faham. HAHA. tu memang hadiah dari Allah, kemudahan yang Allah bagi untuk kita. Hahaha. tapi aku tak kisah cakap cikgu tu . Aku solat jama takdim and qasar sekali. 




So, otw balik tu aku tak makan nasi lagi tauu tak. Aku lapar, haha, berhenti dekat RNR Gurun aku makan nasi. Lepas tu aku pergi dekat Ramly teringin nak makan. HAHAHA. Aku tapau bawa balik. Hehehe. Kiranya, aku makan nasi dekat RnR dan tapau burger bawa balik  yeyeyehhe.

Bila dah sampai dekat maktab, semua balik asrama, Sebabkan program kitaorang ada dalam jadual minggu aktivti, kira petang tu kitaorang kena turun untuk pertandingan olahraga. Aku olahraga atas katil lah. Sebab, alhamdulillah petang tu, HUJAANNN!! Yayy! Aku dah sampai masa asar jugalah, 

Sebab aku solat jama tadi,makanya aku buat kuak lentang atas katil, lol. Ko ingat, aku tak pandai ke berenang? Berenang atas katil tu, aku juara. HAHAHA.

So, sekian itu je dari aku. HAHAHA. Goodbyee. 




Sunday, 20 December 2015

Hellooooo~ I'm back!

Assalamualaikum semuaaa. Wuhuuu. I'm back. Hello akak-akak semua, do you miss me?

I miss you guys badly, aku rindu nak menulis, aku rindu nak membebel, aku rindu nak blogwalking, aku rindu semuanyaa. Akkuu rinduuuu!

So kembalinya seminggu ni aku nak berblogging ini adalah untuk menghabiskan sisa-sisa TAHUN 2015 sebagai kenangan aku pada masa akan datang. Lols.

Sebenarnya aku ada banyak benda tengah fikir ni. Banyak k. Banyak gila beb. Tak tau nak hurai lah banyak dia. Tapi tak apalah sempena comeback aku pada kali ini, aku nak ucapkan tahniah kepada kawan baik aku yang tak pernah bersua muka, Cik Jie Najihah atas lamaran dan pinangan yang diterimanya,

Mula-mula aku dapat berita.. pergh Heart attack sangat, tahap kritikal punya, kalau kau sentuh aku memang boleh goal. HAHA. Terkejut punya pasal. tapi apa aku boleh buat, dah memang jodoh dan rezeki dia. she so lucky! baru 17 tahun kot. Nak tahu siapa yang lamar dia? Have a visit to her blog! ehhe. CLICK HERE!


So, ehem. Thank you so much for all your support. Facebook page aku makin lama makin banyak like walaupun aku tak pernah aktif page aku tu. HAHAHA.

OKAY, Till then, sebagai pembuka untuk hari-hari aku yang seterusnya. ^^



Monday, 19 October 2015

FINAL EXAM SEM 2

Assalamualaikuumm~ ^^


HEHEHEHEHEHE. Minggu depan nak exam dah. Esok dah nak exam sejarah Paper 3.
Sedih.

Tak ada semangat.
Aku tak readyy untuk Addmath. --''

Kbai.

Aku malas cakap. HIKS T_T

Monday, 12 October 2015

All the best , sayang!

Assalamualaikum.


Wehehehe. Hari ni budak -budak PT3 dah start exam kan? So, aku doakan yang terbaik untuk semua calon PT3 di luar sana okay? Dan adik aku juga salah seorang calon PT3.

So, aku harap you guys semua dapat dapat tolong doakan adik aku akan dipermudahkan urusan dia. dan semua calon PT3 yang lain.

Semalam aku balik dari prep, aku mesej dia dan adik aku yang lain pulak yang balas. Dia cakap tak tolong doa untuk UPKK ke? Aku lupa. Jahat kan kakak macam aku ni. Tak adil. Hiks!

Sorry. Aku doakan semua adik-adik aku mudah untuk menjawab exam dan terus cemerlang dalam segala bidang.



Friday, 18 September 2015

Realiti dan Novel Dongengan

Assalamualaikum and holaa gaiss.


Apa khabar orang kampung sudah lama tak berjumpa, pinta-pinta semuanya sihat sejahtera. Ewahh~ Menyanyi plak aku ni kan.

Ehem. gais. Korang still ada dekat sini ke. Aku balik ni, tak nak sambut ke?

Okay, okay by the way sejak akhir-akhir ni aku dah tak baca novel-novel yang berada di pasaran. Kenapa eh? Kenapa? Sebab aku rasa novel Melayu ni cliche sangat. Kawen paksa, kawen sebab kena tut tut, kawen kena tangkap basah , kawen kerana aku. K. tak de kaitan.

Susah aku nak jumpa novel yang betul-betul bawa nilai yang boleh aku amik pengajaran dalam kehidupan. Plus, I don't trust men. Aku macam susah je nak wujud laki-laki dongengan dalam novel tu semua. Maybe aku tak jumpa right person kot. Tapi.. aku yakin masih wujud laki yang punya taman dalam hati kalau dalam hati dia ada IMAN.

Kau tau tak realiti nak kawen, kau kena pergi kursus kawen, kau kena bersetuju untuk dikhawinkan. Tak boleh dalam keadaan tak rela. Kalau tak silap aku tak boleh kot. tapi dalam drama, novel. Perghhh. Ko kawen dengan aku kalau tak bla...bla..bla.. Sebab terlalu banyak remaja sekarang baca novel. Jadi ramai nak ada bae. BAE LAH SANGAT. Babae je lebih. -oo- . opss.



Jujurnya, aku bukanlah manusia yang sudah ada pengalaman berkhawin. Bercinta apa tah lagi. Siapa lah nak dekat aku ni. Muka macam bulan tanpa cahaya. Ahh. Tak de seri. Wehh. Pehal aku ni wehh.

Tapi apa yang aku perhatikan dari manusia sekiling aku lah kan..


Semua orang akan jumpa jodoh, 
yang perangainya akan lebih kurang dengan jodoh dia.
umpama cermin kepada dirinya.

Sebab tu, dalam surah an-nur
lelaki baik untuk perempuan baik, perempuan baik untuk laki yang baik
dan sebaliknya

Cuma pesan aku untuk semua yang still belum berkhawin, 
elakkanlah.. cuba belajar untuk perbaiki diri
sebab yakin dengan janji Allah, yang baik untuk yang baik.
bila bertunang tu tak payah lama-lama sangat
kalau boleh semasa tempoh pertunangan berhubung dengan parents dia je
jaga barakah/ keberkatan

untuk lahirkan zuriat soleh dan solehah 
pada suatu saat nanti. 

supaya lebih indah.

walaupun aku belum menempuh alam tu.
tapi terlalu banyak bukti yang aku dah ada depan mata aku
susah nak jumpa anak-anak yang soleh-solehah kalau bukan 
sebab mak ayah jaga akhlak semasa belum bernikah
mungkin ada.

bila aku tengok anak-anak yang parents bercinta seblum nikah ni,
lain macam sikit perangai dia.
berbeza dengan anak-anak yang parents bercinta selepas nikah.


entah lah
mungkin aku je yang rasa

tapi kenapa tiba-tiba apa yang aku cakap macam tak de kaitan. K. adalah.
inilah realitinya

bila manusia tak yakin dengan kuasa allah
macam mana nak kenal kalau tak bercinta
sebab tu ada bertunang
tapi tunang tu tempoh berkenalan. bukan suruh bawa anak dara tu keluar tak tau hala.
faham

sekian dari hamba.

gednite,

sudi-sudilah follow IG hamba. : @aina_aqmal

hahahhaa, k tu je kot, bye bye. ^^ maasaalamah.


Monday, 24 August 2015

Inspirasi : Moga Allah Redha.




Bila baca ni... tiba-tiba terasa ada kekuatan di dalam jiwa yang sudah meruntun merindukan maahad. Sungguh aku cuma ada Allah je bila di sana dan sokongan ibu ayah di rumah. 

Bila aku di MRSM, baru aku nampak betapa teruknya remaja sekarang. Bukan aku nak puji diri aku bagus. tapi percayalah.. yang baik tu hanya beberapa kerat sahaja. Maksiat seolah-olah perkara biasa yang di lakukan. Malah, makin banyak kau buat makin di banggakan.

Sedangkan bila kau buat baik. orang pandang jelik dekat kau. Itu yang aku rasakan sekarang. 

Allah.



Aku kena tag.

Assalamualaikum gais.

Tadi kemain aku check draf. Saja check entri lama yang aku hidekan dulu. T_T hahaha. 

Tetiba aku jumpa niii. Draft ini..

http://amenoshonen.blogspot.com/
so thanks sebab tag, dan maaf kerana lambat menjwab, dah setahun kemudian baru aku jawab. T_T

1. Nickname zaman sekolah apa?
Sekolah rendah dulu orang panggil aku Ustazah. Keh. -_- apa kess.

2. Tolong tanya Rapunzel kejap brapa panjang rambut dia?\
Tanyalah sendiri. small matter je tuuhh. hiks

3. Kalau korang dapat superpower, korang nak superpower yang mana? Apa yang korang buat dengan superpower tu? 
Nak ada superpower yang boleh doublekan duit. HAHAHA. Supaya.. korang faham2 je lah. Hehek

4. Ada seketul bom dok betul-2 depan mata korang. Apa yang korang nak buat?
Hmm... kalau tu roti bom.. aku telan.

5. Tinggi brapa?
Adesshhh. 152cm je. Pendekk sangattt an.

6. Kalau anda ditakdirkan duduk dalam bas sempit yang penuh dengan orang yang ketiaknya yang "harum semerbak kasturi", apa yang korang buat?
Hmm. Muntah kasturi di situ juga. HAHAHA

7. Korang ada nampak orang kena electric shock. Nak tolong orang tu ke tak?
NO COMMENT. HAHA

8. Bangun dari tempat yang korang duduk, pusing tiga kali, belok kanan tiga langkah, empat langkah ke belakang, enam langkah ke depan, lima langkah ke kiri. Ambik benda yang ada kat depan mata lepas tu. Apa yang korang ambil?
Aku malasss gerakkkkk. 

9.  Ada phobia tertentu? Kalau ada phobia apa?
Clownphobia. -__- aku tak boleh tengok clown. SERAM.

10.  Suatu hari anda bangun sebagai seorang zombi. Apa korang buat lepas tu?
Bersenam.

11.  Benda yang paling gila pernah korang buat?
HAHAHA. RAHSIA. Hanya kawan aku je tauuu and Allah. ehem. 

Oakaaaay tu je. Byee~ ^^

Sunday, 23 August 2015

Merepek Post.

Assalamualaikum and holla gais!

How u guys being today? Pergghh speaking pulak minah ni. Fefeling mat saleh sat apa salahnya. Satgi aku cakap arab, takut hampa tak faham. Hampa tak faham tak pa. Aku tak faham. Naya. HAHAHA. K loghat Kedah dah keluar.

Korang faham ke apa aku merepek meraban sesorang ni. Tak faham pun tak apa. Abaikan. Tak penting. Sebenarnya tajuk hari ini pun memang sangat merepek. So aku cakap merepek  tanpa arah tuju. Tengah mencari balik sebenarnya mood yang sudah terbang ke Lautan Pasifik.

....

...

..

.

Okay, like seriously aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Dua tiga menjak ni.. family aku tengah run satu bisnes. Since aku duduk asrama, jarang lah nak aku membantu. Tak apalah, aku tolong doakan je lah semooga semuanya baik sahaja. Hehehe

Oh, perasan something? Blog aku dah hitam putih balik. Hahaha. Aku tak boleh nak jauh-jauh dengan warna kesayangan aku ni. Tapi warna fav aku banyak. Pink, Merah, Orange biru. Eh banyak sangat warna aku ni.


Header aku tu kononnya dah habis style untuk typography, sesuailah untuk aku yang kaki typo. K. ade kene mengene ke? Rasanya tak ada. Actually sekarang aku ada dekat rumah. Mehehe.

Rinduu nak belajar, tapi aku sekrang tengah persiapkan hati ni semula selepas duduk dekat rumah lama sangat. Hm. Aku malas nak cerita pasal life aku dekat sana. SEDIH.

K. Akuu rasa aku dah ada idea nak menulis. Kbai.

Wednesday, 29 July 2015

Liga Remaja Kreatif

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. 

Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini, maafkan segala khilaf aku. Ecewahh. Berdrama plak aku di petang-petang buta ni. Kau ni orang dah masuk sekolah and dah kerja baru kau nak bermaaf-maafan macam di hari raya. Sedar diri takk oii! T_T Aku sedarrr lahh.

Sekarang aku ada dekat sekolah ni hah. Online dekat surau maktab. Korang tak caye ke? Aku tak tipuu k. Dalam rumah Allah kot. Hiks!


By the way.. camne raya korang? Aku raya kali ini biasa-biasa ja. Baju raya aku sedondon dengan warna blog aku sekarang. HAHAHA. Sejak bila aku jadi minat purple pun aku tak sedar. Tsk. Duit raya? Macam biasa, makin kau tua makin tiada istilah duit raya. Tak lama lepas ni... turn aku nak kena bagi duit raya plak. HAHAHA. Matii waa. T_T

Okay by the way.. aku nak share dengan korang semua perkembangan mengenai satu contest yang aku join.

LIGA REMAJA KREATIF.

Kalau korang nak tau apa itu Liga Remaja Kreatif ni..


Apakah itu Liga Remaja Kreatif 2015?
Liga Remaja Kreatif adalah sebuah pertandingan mencipta kandungan kreatif khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Ia dianjurkan oleh MCMC dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.


Bilakah tarikh mula dan akhir pertandingan ini?
Pertandingan ini bermula pada 1 Februari 2015 dan berakhir pada 30 April 2015.


Apakah kategori yang dipertandingkan?
Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Video, Aplikasi Mudah Alih, Portal Internet dan Raspberry Pi dan Arduino.

Pertandingan ini dah tamat tarikh menghantarnya semua. So setelah beberapa bulan, dan penilaian di buat.. sekolah aku dapat Top 10 Kedah dan akan bertanding bagi kategori Zon Utara.

Alhamdullillah, tak sangka dalam banyak-banyak video, sekolah aku berada sebaris dengan video-video lain yang hebat gila!


Yang di highlight dengan warna kuning tu sekolah aku. K. 

So aku nak minta jasa baikk korang semuaa.. hehe. tolong undi video kitaorang di link ini.


 Tapi sebelum tu ini cara dia. 


 Korang boleh klik sampai 5 kali. So aku minta sangat korang tolong mengundii kitaorang yee.

Hadiahh dia best sangat! ^^




Hadiah
Peringkat Negeri 
Hadiah tempat pertama : RM5,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua : RM3,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga : RM2,000 berserta telefon bimbit
Hadiah saguhati : RM500 x 7

Peringkat Kebangsaan

Hadiah tempat pertama : RM10,000 berserta iPhone
Hadiah tempat kedua : RM7,500 berserta iPhone
Hadiah tempat ketiga : RM5,000 berserta iPhone
Portal Internet Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Raspberry Pi dan Arduino Terbaik : RM5,000 berserta iPhone
Video Paling Popular : RM2,500


So please sangat.. kakak-kakak.. abang-abang..adik-adik.. pakcik-makcik-nenek-atokk. vote kitaorang.

By the way esok kitaorang akan ada
30/07 : Majlis LRK 2015 Zon Utara di
Eastern & Oriental Hotel, Georgetown, Pulau Pinang
 So wish us luck tomorrow k! Hehehe.

 

Video kitaorang. Hehehe. Okay, aku buat intro je. Yang lain di uruskan oleh member-member. Hiks! 
Undi k! Tata.

Tuesday, 12 May 2015

Hari ini..

Assalamualaikum..


Hari ini? Hari ini.. sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa. Huhuhu. Setelah 2 BULANN. 2 BULAN bebbb aku tak menuliss blog. Hamekk kau. kepala aku sudah tak tau nak cakap pasal apa. Haha. Guess what? Aku online dekat maktab. Miahahhaa! Ini kelebihan aku sebagai join kelab ni. Mehehehe. Soo gais.. miss me. Kfine. Nobody. HAHAHA


No it's okay. Aku tak kisah pun. Huhuhu. By the way.. tak sangka.. tak sangka gila dah 5 tahun aku berblogging. Dan selama 5 tahun ni aku dapat kenal ramai kawan. Actually bukan kawan... tapi lebih kepada akak-akak blogger. Huaahaha. Mostly yang aku kenal, dah habis sekolah. Bersyukur ada juga nak kawan dengan dak skolah macam aku ni hah.





Happy Anniversary untuk blog kesayangan aku. Dah genap 5 tahun usia awak sayang. Dah sebaya dengan umur adik aku rupanya. Huhuhu. Moga blog picisan ini walaupun tak beberapa nak memberi manfaat sangat.. aku harap ada lah benda baik yang korang amik. Jangan la ikut perangai aku yang tak berapa nak flawless tu. 

Anyyywayyy. Minggu depan aku ada exam. Pfttt~ Final SEM 1. Huahaha. 3.5? Maybe. Entahlah. Cam tak de harapan je. Uhukk. Tak apalah. Apa-apa pun, fighting!



So.. sebagai akhir kalam. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi menjadi reader, follower dan sahabat alam maya ini dan sebagainya. Thanks a lot. You guys mean so much to me. Aku harap perkenalan kita semua ni long lasting. Kepada hakak-hakak blogger kesayangku. Huhu. Thank you so much. Me love you so much. 

Aina doakan agar akak-akak dan readers yang lain sentiasa di rahmati oleh Allah dan sentiasa dalam redhaNya. Maybe kalau kita tak jumpa dekat dunia..  Kita jumpa di sana. Hehe. 



So.. maassalamah. ^^


Wednesday, 11 March 2015

Esook balik!

Yuhuuu. Opss! Assalamualaikum. So korang apa khabar? Aku rasa aku tak berapa nak sihat. Aku rasa macam nak demam je. Ceh.. nak demam dah nak dekat balik rumah. Mengada je aku ni kan? Aku sekarang tengah mencari mood untuk menulis. Mengantuk gila tau tak? Serius rasa macam nak tidur je ni. Plus aku tak berapa ada mood nak menulis.

Hari ini seharian aku tak belajar. Eh, bukan. Belajar juga, tapi 2 masa terakhir. Belajar add math. Aku rasa kes cikgu tak masuk dari pagi...masa tengah hari aku mabuk belajar add math. HAHAHA. Aku rasa macam otak aku tengah loading je ni. dari tadi aku rasa aku loading je. Selalu aku tak macam ni pun. Huhuk! Bukan... aku rasa aku selalu je. cuma kali ini je yang menjadi lebih sikit.


Dah, aku dah merapu gila sembang. Korang jangan menyampah pulak. Aku dah lama tak menulis. Faham-faham sendiri lah. Loaaaaadinnng...


Okay.. mari kita cerita tentang nak balik rumah. Hahaha. Semalam aku ada kemas baju sikit, masuk dalam beg bersaiz sederhana... tapi aku rasa aku kena amik beg besar aku sebab aku nak bawa balik banyak barang. Hahahaha. Kononnyaa lah. Aku tak excited nak balik. Aku tak sabar nak balik. Faham tak macam mana?


Aku mengantuk. Assalamualaikum. Tak tau nak cakap apa dah..

Sunday, 8 March 2015

Sabar?

Assalamualaikum w.b.t

So holla everybody. Still remember me? Miss me huh? Kalau korang perasan.. kalau korang perasan la. Lebih kurang 2 minggu blog aku di private kan. Aku terpaksa privatekan kejap atas hal-hal kecemasan. Hehehe. So korang mesti tertanya-tanya kan dekat mana aku beronline ni. Cewah. Aku beronline dekat maktab sayang oii.

Sekarang time prep. Actually aku ada kerja nak buat tapi.. dalam laptop ni tak ada software yang aku guna untuk buat kerja aku. Jadi aku kembali ke kerja sambilan aku, iaitu menulis. Hahaha. Kononnya lahh. Dalm seminggu ni ada banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Benda yang pahit, benda yang manis. Alhamdulillah aku boleh lalauinya walaupun kadang-kadang aku rasa macam nak give up.


Alhamdulillah, aku lalui semua ini berkat kesabaran aku dan doa mama dan ayah, sahabat dan akak-akak dan kawan-kawan blogger semua.

Aku rasa macam nak bercerita tentang apa yang berlaku. Tapi aku takut aku yang mengalirkan air mata bila menulis pasal cerita ni.

Sabar itu indah..

Semua orang pernah dengarkan tentang tu?

Tapi berapa ramai yang bersabar untuk mendapatkan keindahan itu. Keindahan selepas kita bersabar?


Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa lagi.. so.. assalamualaikum..

Saturday, 21 February 2015

Ladies Night?!

Assalamualaikum semua.. hehe sihat? Maaf sebab aku tak berblogwalking ke blog korang..


Thank you so much kepada pembaca-pembaca baru yang sudi singgah dan drop kan comments korang. I'm so sorry.


 Masa yang aku ada sekarang sangat limited, sampaikan aku sendiri tak sempat nak bermanja dengan mama bila aku balik kali ini. Biasalah hari first balik rumah.. mesti nak qado tidur kan? I'm soo sorry Mama. T_T

Buat pembaca baru, Assalamualaikum! Selamat berkenalan. Umur saya 17 tahun. Tapi tak ambil SPM tahun ni. Hahaha. Tahun depan baru ambil. Saya masih bersekolah di sebuah sekolah yang berada di Malaysia. Alhamdulillah. Lols. Nanti kalau ada masa, aku akan cuba bersekolah di Kutub Utara. Ohohoh.

Aku sebenarnya masih tercari-cari apa-apa yang aku nak ceritakan dekat korang. Since blog ni agak PUBLIC, so tak semua benda peribadi boleh aku share. Uwaa. Aku rasa macam nak buat untuk Invited Reader je. Rasa je. Tapi tak kot.. nanti tak best. Tak ramai kawan. hehehe.

Esok aku balik hostel. Kerja sekolah still tak siap. Dalam banyak-banyak kerja sekolah, Sivik, Sejarah dan English yang aku siapkan. Baju aku tak kemas lagi. Malas nak kemas. HUHUHUK!



Tadi aku pergi dating dengan kawan perempuan. Aku kena mention perempuan tu. Karang korang ingat aku pergi DATING betul pulak. Memang tak lah aku. Tak sanggup. Haramm nak oii. Macam biasalah, makannya setengah jam je. Menyembang 3 jam. Koh..koh.. Ada sorang kawan aku tak sempat nak jumpa, sebab parents dia dah datang. Huhuk! Sedih. 

er...

er...

(mencari idea..)


er...


okay! *petik jari*

Ladies Night!

Okay, pada beberapa hari lagi akan berlangsungnya majlis LADIES NIGHT. Malam untuk ladies sahaja bergumbira maybe? Aku sebenarnya tak redha dengan majlis macam ni. Hilang keberkatan nak belajar dekat sekolah. Dah la sekolah tempat timba Ilmu yang suci. Tapi di kotori dengan majlis-majlis yang lagha.

Amboi Aina.. hang sembang serupa hang suci tak pernah buat dosa.

Sebab aku pernah lah aku tak nak ulang. Memang aku tak pernah rasa macam mana ladies night tu.. tapi aku boleh dapat gambaran macam ladies night tu berlangsung.

Aku cerita dekat mak aku..pasal Ladies Night kononnya ni.

Mak aku cakap, kita ni terlalu ikut barat. Hilang keberkatan nak belajar. Sebenarnya kita yang sedang memijak Islam. Tanpa kita sedar atau dalam kita sedar. Kita sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang muslim, kita sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang mukmin(orang beriman).

Aku entahlah.. mungkn selemah-lemah iman kot. Kena membenci dalam hati. 



Apa beza kita dengan orang kafr? Apa beza kita dengan mereka sebenarnya.. kalau kita sendiri terkinja-kinja berparti macam syaitan. 

Fikir-fikirkanlah.. ini ke contoh yang nak lahirkan wanita solehah?

Memang lah orang tak nampak.. tapi kalau dah berdansa dengan lagu lagha?  



Aku bukan nak judge. Aku pun teruk juga. 

Itu je dari aku.. sekian. ^^

Maaf kalau ada terkasar bahasa, terasa kat mana-mana. Jangan marah aaa.. nanti susah aku nak belajar. hehehe. 

Soo goodbye. Till we meet again.

Maasalamah. ^^



Wednesday, 18 February 2015

Perginya Sebutir Bintang.

Assalamualaikum semua,

Korang sihat tak ? Aku? Alhamdulilah sihat. Malah bertambah SIHAT. Hihi.

Beberapa hari lepas aku dapat berita kehilangan Tuan Guru. Aku terkedu. Aku susah nak percaya. Terbayang di minda aku lihat beliau datang ceramah dulu. Aku nampak beliau dalam kereta. Walaupun masa tu aku tak faham apa yang beliau cakap. Tapi aku diam kan diri.\

Tapi masa beliau datang aku menangis. Entah kenapa aku mengalirkan air mata. Rasa rindu walaupun tak pernah kenal secara dekat. Tak pernah bersemuka secara empat mata. Hasrat aku untuk berjumpa beliau tak kesampaian.. tak mengapalah. Bukan jodoh, bukan rezeki untuk bertemu.

Sekurang-kurangnya aku pernah nampak beliau dengan mata aku. Mendengar suaranya.

Malam aku dapat berita tu aku still dekat hostel. Kalau tak silap masa tu aku tengah kemas barang. Aku dengar roomate aku bersembang. Aku macam nak percaya tak percaya. Aku rasa lost sangat. Perasaan aku masa tu bercampur baur. Rasa macam nak menangis.


Tapi tak ada siapa yang faham perasaan aku masa tu. Aku pergi ke bilik kawan aku. Aku cuba nak cerita dekat dia. Tapi dia macam tak berapa faham sangat perasaan aku. Aku tahan perasaan aku masa tu. Atau masa tu maybe dia agak sibuk. Entahlah..

Petang esok tu aku call mama aku. Aku luah dengan mak aku dekat sejam jugalah (Mujur aku dah ambil pakej 100 minit RM 1) dan cerita segalanya. Termasuk life aku dekat hostel. Aku mengalir jugalah air mata.. aku cakap..

" mama, sedihnya tok guru dah tak ada."


Aku teringat hadis yang aku belajar dulu. Allah akan hilangkan ilmu-ilmu dengan cara mematikan ulama. Kalau tak silap aku lah. Dan ini adalah satu musibah. Moga Tok Guru tenang di sana.

Al-fatihah.


Sunday, 1 February 2015

Format Baru.

Assalamualaikum gais,. hahaha. Aku ada berita baik untuk diri aku sendiri. Lols. 

Format SPM BERUBAH. YAAYYY!! Hahaha. Since aku dah jadi mangsa SPM 2016.. Maka aku kena redha dengan Eksperiment budak-budak 99 Line. Korang faham tak apa aku tengah cakap ni? Lols, Aku cakap ni selalu syok sendiri. 

Okay.. budak 99 line ni kan femes dengan experiment yang exam dekat dorang. Dorang lah batch yang paling kontroversi sekali. Kejap PMR ada. kejap tak de. Nak kasi budak-budak tu mabuk pitam pengsan. Cesh, kesian gila aku tengok adik-adik aku ni. Aku ni kan kakak yang punya ihsan yang tinggi. MUAHAHA *gelak kejam versi sopan* K., tak lawak.

So, sekali lagi batch 99 akan di beri soalan berformat baru. Huahahaha. Tahniah untuk aku sekali. Mujur aku tahun lepas tak semangat nak beli buku rujukan KOMSAS bertingkek tingkek. Kalu tak menganga buku aku tu jual dekat apek surat khabar. Hehehk. 

Dan aku ni dah ditakdirkan untuk ambil SPM berformat baru dengan Soalan HOTS nya memang 50%-70%. Haahh kau, budak bijak lah aku lepas. Hahahaha. Otak yang bersawang mula beroperasi balik. Imagine macam otak patrick baru tukar otak tu. Eh korang tengok ke Spongebob? Lols,. mana korang layan citer budak matured macam tu. Nak layan mesti la citer yang tak matured macam kisah kemerdekaan ke. HAHAHA.*ROLL EYES*  //Sila tafsir ikut fahaman masing-masing. Hanya fahaman Ahli sunnah wajaamaah saja. Yang lain.. terima kasih. Ok. dah. 

Aku baru teringat pasal ni masa penerangan subjek BM, dengar cerita CHEMIS, BIO, PHYSICS pun penuh dengan HOTS. ERKK. Addmath tak de ke? Kalau ada boleh juga buat hentam kromo je kan. Tengok camne nak fikir.

Actually,... aku tak tahu. hots tu macam mana,. hahaha, \

Kfine. 

Dah la.,, aku suka membebel tanpa arah tujuan, Lain kali ada masa aku memekak lagi ye.\
\

Sekian.



Quotes?

Assalamualaikum.

Since aku dah tak da idea nak menulis apa. hahaha. Aku bedal letak quote je lah kan?

Have a nice day.



Banyak manusia yang kita jumpa.. bukan semua baik. Kerana manusia terlalu banyak ragamnya. Termasuk aku sendiri.


Sekian. 

Friday, 30 January 2015

Dunia Baru

Assalamualaikum. Sehat ke korang semua?

Aku di sini sihat je. Semalam baru sampai rumah. Rabu ni balik sekolah balik. Karang nak revision mathematics. Buka sekolah ada quiz math and orentasi again. T.T aku rasa life aku sangat sibuk pada tahun ni.

Biasalah orang dah biasa relaks setahun tak buat apa kan? --' Life aku dekat hostel.. Ada veramah dekat dewan kuliah sampai pukul 1. Lepas tu balik pergi lunch sampai 1:30 ptg Solat and mandi ... Turun dari hostel then pergi ke dewan kuliah balik. Routines are too boring. Tapi itulah displin. Nak tak nak kena hadap.

Nak enjoy menghadap semua tu kena ada kawan.. Kalau kau tak ada kawan. Memang kau meraung macam anak panda nak susu. Huahaha. First day aku kat sana.. Not so toughh.. Maybe sebab aku the only one yang budak baru dalam batch tu.So.. I get full attention from them, and also from form 5. I've told them that I'm also 17... But I've to repeat form 4 for some personal problems.

They felt sorry for me because I've to friends with 'adik-adik'. But i don't mind. It's not a big deal. I ask the adiks to call me Aina. Not Kak Aina. But few of them call me kak aina. Just because she felt uncomfortable. And I'm just okay with it. As long as you respect to me. I'm fine.

So.. Alhamdulillah. I got a bestfriend! We share same passion . I'm just shocked because we totally have same taste in almost everything. I felt like she is my twin. I trust her with my heart. It seem like we have a really good chemistry. She share her secret that her friends never knows. Bucause she trust me. I feel so glad to know that. Hahaha

Pehal aku cakap bahasa asing ni. Lols. Tak pelah. Aku kalau dah start memang susah nak stop. LOL.

Tapi seblum nak biasakan diri dengan semua tu.. Memang aku jalan ke dewan makan pun sendiri. Ke surau sendiri. Banyak alone lahh. Seminggu sebelum nak balik ni.. Aku rasa.. Everything makin smooth. Aku pun dah ada geng sendiri. Hahaha. Kira yang ngam dengan aku sangat.

Itulah cerita dunia baru aku di sana. Satu keburukan korang stay hostel. Korang akan menjadi manusia yang ketinggalan zaman dan seperti baru bangun dari tidur. Itu apa yang aku rasa.

Kalau nak baca surat khabar.. Hahaha. Kau kena berebut dengan budak-budak lain. Kau kena sado duduk hostel. Okay tu je aku nak citer.

Sekian.

p/s; nak ubah rupa blog. Tapi aku rasa nanti lah kot. Busyyy~ tunggu cuti Sem 1 ke. Haha. Kalau tak sabar sangaat.. Esok lusa. T3T  tengoklah camnee keadaannya nanti. Kbai.

Tuesday, 6 January 2015

Air yang tembak dan dicincang tak akan putus.



Assalamualaikum gaiss!




Sorry aku tak dapat nak pergi blogwalking blog korang dan juga balas komen korang. Aku kedekut data. Sorry tau. Thank you very much yang sudi jenguk blog aku ni. Tanpa korang blog aku ni akan sepi..dah la memang sepi.. bertambah sepi lagi. Sadis kan? Kan? Thank you kepada yang setia singgah ke blog aku ni. Inshaa-Allah bila ada masa akan datang.. ada rezeki aku melepak pulak kat blog korang.

Sorry eh? Meoowww~ ><


Soo.. dalam kedekut-kedekut aku.. Aku ubah juga rupa blog aku ni. Okay memang tak banyak. Aku ubah header, letak footer sikit, theme aku blueberry. Eheh?! Purplee+grey pulak menjadi theme aku kali ini. Aku nak cepat..sebab tu aku ubah sikit je. Sebab aku dah jemu dengan rupa blog aku yang lama. Walaupun aku tak buka.. hahaha. --'' Jangan marah kan saya.

Okay.. cukup mukaddimah yang panjang menjelaaaaa. Aku nak ke topik.

So Hello sekolah!

Aku baru dapat surat 13 Januari 2015 ni.. aku akan pindah sekolah ke sekolah xoxo dan di tempatkan di asrama. Aku sangat terkejut. Bermakna seminggu dari sekarang lah kan? No wayyy! Aku punya barang sekolah memang dah prepare. Cuma.. orang yang nak sekolah ni lah tak berapa nak prepare lagi. Huk huk!

Esok aku baru nak pergi holiday, melepak dekat tepi pantai. Mak aku cakap mulai malam ni.. mak aku dengan adik-adik aku nak tidur dengan aku.

Aku ni biasalah.. nama pun anak manja. Cakap nak jauh sikit dari family.. mulalah bergenang air mata macam tangki air. Haih. Hati mau sado Aina. Cakap nak kerja dekat oversea. Ini baru kena keluar dari daerah sendiri.. pindah ke daerah lain je. Nak menangis macam kena seksa. Nak pergi belajar oiii!

Tambahan aku ni anak sulung. Sebab tu mak ayah aku ni.. sedih sikit. Cewah!! Sembang macam aku tak sedih. Lols. --''

Hari tu ada sekali aku tanya adik aku yang bongsu,


Aku ; Adik, kalau kakak tak ada dekat rumah.. adik sedih dak?
Adik : ......
Aku : Adik, adik sayang kakak berapa?
Adik : *Angkat 5 jari*
Aku : Sayang 5 ja?
Adik : *Angguk* Muka sedih
Aku : Kakak sayang adik sepuluh.
Adik aku diam.

Lepas tu adik-adik aku yang lain tetiba menangis. Aku tanya kenapa? Depa cakap depa sayang dekat aku. Lepas tu adik kembaq aku menempel duduk dekat paha aku. Sorang kiri, sorang kanan. Adik aku yang no.2 tu menangis juga, tapi sebab tak ada ruang dia menempel dekat adik aku yang duduk dekat paha kiri aku. Aku masa tu tahan menangis. Huahhh. Mak aku masa tu duduk depan pintu.. mak aku pun menangis tengok kami. Hadoiiyaaii.


Ayah aku? Tak ada beliau ke masjid. Hehehhe.

Mak aku pernah tak lalu makan seminggu sebab aku tak ada. Aku ni anak mama dengan ayah. Tu yang aku jadi macam tu.

Aku dengan adik-adik memang sangat rapat. Even dorang dah besar panjang macam ni, kadang-kadang aku yang suapkan mereka makan. Ataupun.. kalau aku mengada.. aku suruh adik aku suapkan. Manja tak payah ceritalah. Bergaduh macam mana pun kami.. Inshaa-Allah akan baik semula.

Sebab tu.. Air yang tembak dan dicincang tak akan putus. Macam tu kasih sayang aku dan adik-adik aku. Aku harap selamanya macam ni.



Nak adik-adik hormat dan sayang kan kita ;


  • Rajin-rajin memasak untuk dorang. Kan orang cakap nak pikat hati kena pikat perut. Orang pakai petua tu untuk tackle lakikan? Tapi aku tak khawin lagi. HAHA, Jadi aku pakai petua ni untuk tackle dorang.


  • Solat jemaah bersama. :D Solat itu tiang agama. Ecewah.


  • Makan bersama, lagi elok sekali-sekala bersuap-suap. Berkat kasih-sayang
  • Sambil masak, baca selawat dan doa 

Aku rasa itu antara sebab kami rapat dan selain mak ayah aku yang juga memainkan peranan.. seperti memarahi aku supaya aku melepak dengan adik-adik dari terperap dalam bilik. HUAHAHAHHA. Perangai yang suka menyendiri ni lah yang buat kita kurang persefahaman dengan adik beradik dan suka nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Dan bergaduh. 

Yes, dalam urusan adik beradik ni.. mak ayah sangat memainkan peranan. Kadang-kadang aku tengok mak ayah buat dunno je dengan anak sorang ke selatan sorang ke utara. Yang penting dorang tak buat bising dan tak bergaduh. Lepas tu bising.. anak renggang lah apalah. Dah tu kalau setakat marah apa barang, cuba sekali sekala rampas kejap gadget-gadget tu. 

Bawa bercuti? Offkan data bagai. Family time! 

So itu jelah aku nak share. Sekian.


p/s : Doakan aku supaya sentiasa dalam lindungan Allah. Thank you kepada yang sudi beri hadiah kepada aku untuk tahun ni.. Hehek. XD Nanti besday aku.. send lah satu. Siapa yang ada alamat rumah tuu. Ahaks!





Friday, 2 January 2015

Aku Nak Membebel.

Assalamualaikum gais. Cakkk! Hello 2015!

So.. It's 2015 already. Woahh. Cepatnya masa berlalu. Aku tak sangka aku dah berusia 17 tahun. Tuanya aku. Ohh. Dah nak mati dah rupanya aku ni. Tak lama dahh. sob.. Sob.. Okay. Let me mention awal-awal. Aku tak amik SPM tahun ni cik abang adik akak. Kepada nak wish.. Sila wish tahun depan. Ya. Aku amik exam masa aku umur 18. ╥﹏╥


Jangan tanya aku kenapa. Sebab aku malas nak menjawab dan kepada yang dah tahu. Just.. Keep silent. ecewawaah; (ΦωΦ)

Okayy.. Post ni akan jadi sangat panjang maybe. aku tak tahu nak agak sepanjang manakah esei aku ni.. Tapi.. Aku nak lepaskan kegerama aku nak menulis ni dah lama. So.. Sila sediakan popcorn dan juga coke. Oh maybe korang boleh ambil roti cabai bersama dengan teh tarik untuk dijadikan ubat tidur semasa membaca entri aku ini. Ohhhhhh yeahh!

Macam yang korang baca tajuukk ni.. Aku akan membebel.

1. 2015.

Ohh. Sorry. Aku tak akan wish... Happy new year gaiss~~ (¬‿¬)  Hahaha. Jangan fikir aku akan wish. Tahun baru adalah bermakna usia aku kau.. Kita... Semuanya bertambah.. Dan semakin banyak dosa yang dilakukan. Tambah-tambah aku ni. Isk. Cakap nak insaf. Tapi sampai sekrang perangai macam toyol. Huahhh. ┬─┬ ︵ /(.□. )

So tahun ni.. Azam aku? Ahahhahaa. Malas nak cakap. Bosan lah. Asyik azam je. T.T macam budak-budak. Puii. Macam lah hang dah dewasa sangat ainaa oiii. /(;-_-) . aku tahu orang mesti cakap.. Aku nak jadi lebih baik.. Nak result elok..bla...bla... Blaa.. Blaa.. Siapa nak sambung? Cikgu pulak masuk kelas. Jadi apa azam kamu. Ohh. .. Mula lah jawab jawapan skema SPM. Pfttt~~ (▼皿▼#)

Okay. Azam aku tahun ni nak beli Meserati sebijik. Harley Davidson sebuah. Beli Mansion dua tiga biji sekat US, Brazil, German.. Pasang pakwe Korea. Hahahahhaa. Okay. Aku gurau. (´▽`)ノ♪


2. Sedih.

Okay. Pehal nak sedih ni? ☆⌒(>。≪)
Al-kisahnya..kawan baik aku dah mula calling-calling dengan lelaki. Okay.. Aku sangat sedih k. Laki tu call masa aku dengan kawan aku tengah lepak kot. Depan aku.

Masa dia cakap dengan laki tu.. Aku rasa macam nak menitis air mata tauu dak? Kalau macam urusan penting ke .. Apa ke.. Aku tak kisah.. Tapi ni.. Just nak bermesra-mesra. Dia memang lah kawan je. Tapi aku tak suka. Pada aku perempuan yang call macam tu...macam letak maruah dia di hujung kaki. Sorry to say. It's forbidden. Tak boleh. Allah dah berfirman dalam quran. Dan jangan lah kamu mendekati zina.

And.. She did. Aku tahan air mata. Aku cakap.. Aku tawar hati nak cakap dengan dia masa tu. Aku tanya dia.. Berapa lama dia kawan. Dah lama ke calling bagai ni. Aku soal siasat semunya. Aku just boleh doakan je. Aku cakap aku sayangkan dia.

Dan kawan aku masa sekolah rendah. Dah keluar dengan girlfriend pegang tangan. Aku macam tak tau nak cakap apa. Kawan-kawan aku kenal dah banyak berubah. Aku sedih sangat dengan dorang.

Dan diriku sendiri. Aku sedih dengan diri sendiri..

3. Hostel

Goodbye home sweet home. Hello hostel. Okay. Aku malas nak fikir. Hahahaa. Malas nak fikir pasal sekolah. Pasal cikgu baru. Kawan baru. Hostel baru. Sekolah baru. Omgee. It's gonna be a long year. \(-___________-;)


4. Musibah

Aku sedih tengok bencana-bencana yang timpa Malaysia dan seluruh dunia. Pandang dengan mata orang beriman.. Ini semua kifarah dosa. Ada hikmah besar di sebalik kejadian ini. Aku nak cakap. Tapi.. Aku rasa macam tak sesuai dekat sini. Tapi aku rasa macam nak cakap juga... Kerosakkan Kelantan lebih kurang 1 billion. Mungkin Allah nak berikan hak Kelantan yang di tuntut oleh mereka dulu dengan cara halus. Faham tak? Tak faham sudah. Hahaha.

Moga Allah merahmati mereka yang pergi selamanya dalam musibah ini.


5. Who miss me?

Ahaha. --'. Okayy. Aku nak tanya pendapat korang tentang cara penulisan aku. Yelah. Blog aku ni bukan ada apa sangat pun.. Lagha lalai je semunyaa. Jujur lahh. Korang menyampah ke tak baca blog aku ni. Yelah. Cakap pun gedik-gedik kan? Sobb.sob.. Nak wat camna aku ni bukan boleh cakap sado macam Zul Ariffin. T.T  korang ceritalah apa yang buat korang jenguk blog aku. Maybe tak setiap hari. Tapi jenguk jugalah. Hehe. Korang rindukaan aku takk? jujur ehh. Tak mau tipu-tipu. Wajibb jawaabbb soalan aku ni.


Till then. Sekian.

Sory.. Entri panjang. Aku tulis guna phone je.. So kbai. ヘ(´o`)ヘ

Muahhh~~‿♥