Friday, 28 November 2014

Random time!

Assalamualaikum.

Seminggu aku tak menulis apa-apa dekat blog ini kan? So ada sesiapa yang rindukan aku? Aku pun dah jadi pelik kejap nak membebel pelik-pelik dekat blog aku ni. Tetiba aku rasa macam matang je aku menulis. Hahaha. kejap je. lepas tu merepek macam ayam. =.='

So.. aku akan cakap random je lah ye. Sebab aku nak update memang jarang lah. T_T


1. Invitation to collaborate with ZALORA Malaysia



Yoheeee! Aku macam terkejut. Okay. Saje check email. Okay. Alhamdulillah. Aku tak tahu nak cakap apa dah. Aku tak inform dekat mak aku lagi. Huhuhu. Nanti aku tanya mak aku. Yehehehe. Rezeki. Rezeki. T_T


2. Pelik. 



Aku rasa pelik bila membebel dekat blog aku.


So sekian. Nanti kalau ada masa aku akan buat comeback. HAHAHA. Siapa rindu aku? Tak de? K. *walk away* AHAHAHA, kau pehal taching tetiba. --' Dah. kbai. kbai. kbai. 



Friday, 14 November 2014

Artwork : Poster/Graphic Challange : Task [3]

Assalamualaikum.

Haii uolss. Hahaha. Masa aku tengah nak taip entri ni tetiba blackout. Mujur masa tengah nak taip ni. Buatnya masa aku tengah buat editing.. Aku menangis meraung bergolek sampai ke rumah Rain. Lepas tu tinggal dia, happy ending.


Gilaaanya kauu Aina.. lepas berminggu-minggu baru hang update task yang ketiga. T_T

Nak wat macam mana... 

Masalah utama dan pertama dan selamanya adalah. IDEA. Hang ingat senang nak korek Idea yang berkubur di dalam otak ni. Jenuh aku google cari idea.. tapi satu pun macam tak menjadi. Jadi last kali lepas try and error.. maka lahirlahh poster ni..

Meh tengok task 3 untuk Challenge ini ialah.. 



3 : Make a romcom poster/graphic using bias' 1 photo with 4 different colors

3 : Make a romcom poster/graphic using bias' 1 photo with 4 different colors 
Romcom stand for romantic comedy. Buat poster guna bias nombor satu dengan 4 warna yang berlainan. HAHAHA. Nampak macam seketul. tapi sebenarnya 4 keping poster. tapi warna lain-lain. T_T

Sorrylah aku tak blogwalking. Mood malas aku setinggi gunung Everest.. dan aku letih buat benda ni. HAHA. 

Komen-komen-komen dan kritikan sangat di-alu-alukan. hehe. :D

Throwback Task [1] [2]

Salam Jumaat.




Penyakit Kronik.

Assalamualaikum.

Lately, otak aku memang kering idea nak menulis. Selang 2-3 hari baru aku menulis. Trafikk aku tak payah cerita lah. Merundum-dum ke bawah.. Sedihnya. Nampaknya blog ni pun dah sampai ke penghujungnyaa. Ekekeke. Gurau je. Mungkin pun ada. Hahaha. Aku ni gurau ke memain? T_T

Dah la malas aku nak cakap pasal blog ni. Aku nak sembang pasal laki aku. --''

Hahaha. siapa tak suka boleh pejam mata dan tekan pangkah. Nak shutdown lappy pun boleh. Nak restart phone tak apa. Terserah.


Okay. Seminggu ni, aku dah diagnose dah simptom pelik aku tu. Jadi aku buat kesimpulan..


Nama pesakit : Aina Akmal
Penyakit : Angau / Jatuh Cinta 

Faktor utama terkena penyakit : Rain EFFECT

Miahaha. Aku terima juga pendapat mengatakan hormon tak stabil, hormon baru nak stabil.. tapi kurang terima aku GILA BAYANG. Sorry to say. Ia kedengaran agak kasar dan aku kurang suka mendengarnya.

Aku sampai setiap kali bangun tidur mesti tersengih sorang-sorang. Dan sebelum tidur aku akan berangan jumpa Rain dulu. --'' Dan paling best, aku baru je mimpikan diaa~ Walaupun aku kurang ingat.. hahaha, tapi tak pe.. aku harap malam ni mimpi lagi. Yaay!

Dan kalau boleh aku nak dapat mimpi macam aku kena lamar dengan member Super Junior dulu. Aku tak ingat siapa yang lamar aku.Hahaha, it quite romantic propose. Hahaha. Aku pakai dress hitam dengan member Super Junior semua ada dan pakai Tuxedo dan juga kena lamar bawah cahaya lampu jalan. Hahaha. Romantic ke cam tu? --'' Yang best sekali.. muka aku pun dah macam Korea. --''

Itu part paling nipu sekali dalam mimpi aku. Macam mana aku yang ada darah CR7 boleh ada darah Kim Woobin? Haihss. Musykil aku. Tapi yang paling best.. hotel tu sangat romantik. Pasang lilin je.. awww.  Kalau aku ingat boleh buat aku menduakan laki aku. Hmm. Tsk. tsk. --''

Dah abaikan pasal Suju. Aku nak citer pasal penyakit aku ni.

Sebenarnya penyakit aku dah ada nampak penyurutan sebanyak 1%. Ya. 1%. Banyakk tuu!

Thanks to Kak Budak dan Kak Nur As yang memahami perangai tak senonoh adik akak-akak yang solehah ni. --''

Bila aku baca balik conversation antara aku dengan Kak Nur As, memang melampauu gilaa. Hahaha. Aku nak cerita balik pun aku tak sanggup. T___T Tapi.. memang aku perjuangkan hak aku lah. sebab kak Nur As nak bermadu dengan aku untuk laki kedua. Haaah. kononnya nak sokong brand tempatan seperti Hafiz Hamidun. Last-last siap voice text.

"Nak Rain.. nak Rain." dengan suara COMEL. 

Hahaha, salah orang lah, dia wat camtu. Aku ni mana melting dengan perempuan. HAHAHA. Lain la kalau Rain.

Kak Budak? Hahaha. Aku agak serius talk dengan dia. LOLS. hahaha. banyak lawak sebab ketypoaan aku. Tsk, tsk.


Dan penyakit aku ni macam roller coaster. Kejap aku boleh rileks sikit. Kadang macam tak boleh tahan langsung. Hish. Aku memang dah JATUH CINTA dengan RAIN.

RAIN,lemme be your CLOUD.
Hmm.. Hmm.. Hmm.. hm.. 
Sekian.



Wednesday, 12 November 2014

Malaysia yang suka mengundang bala.

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari isu ini hot dekat Facebook, dan aku buat tak tahu je untuk dua-tiga hari ini. Tapi setelah banyak orang up pasal ni dekat Facebook aku nak up dekat Blog je. 

Yes, Malaysia memang suka mengundang bala. So jangan tanyalah kenapa tanah runtuh, puting beliung dan sebagainya. Allah murka tahu tak? Permainkan hukum Allah. Kadang-kadang aku tak faham macam mana orang nampak Allah tu sebenarnya.

Bila sebut Allah kita ni sebenarnya ada feel tak? Contohnya macam korang sebut nama orang yang korang suka, baru sebut dah rasa nervous jugak. 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..." ( Surah Al-Anfaal, ayat 2 )

I guess orang-orang yang berani lawan hukum Allah ini lah yang sebenarnya menghina Islam. Pada aku kalau non-muslim hina tu aku boleh terima lagi,sebab depa tu bukan ada iman. Ini orang Islam sendiri ye yang mainkan hukum Allah.

 Malaysia sebenarnya dah lama rosak. Kilang arak. Judi di genting. Haaha. Hebat.

Aku cuma buat-buat tak faham orang jadi macam ni. Walaupun aku faham kenapa manusia berani lawan hukum Allah. Iman di dada, apa khabar? Sedang nazakkah dia? atau 50-50 ?

Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah at-Tiin ayat 4)
Orang tak bersyukur. Orang yang tak takut Allah. Orang yang tak nampak kehidupan akhirat itu adalah kehidupan selamanya. Orang angkuh.

Jangan risau, yang penting Malaysia masih aman. Besyukur. *tangan di bahu, mata ke atas*  


Melayu tak semestinya Islam. Islam tak semestinya beriman. Beriman confirm Islam. ^^

Tuesday, 11 November 2014

Bosan.

Assalamualaikum.

Aku tengah rasa macam nak tanam muka aku dalam tilam je. Gila bosan. Aku asyik refresh blog je dari tadi. Lepas tu jenguk facebook. Buka Youtube dan cari cerita best dan I end up tak menonton pun. Malas.

Kena pula bulan mengambang. Sengugut yang tak pernah datang pun tetiba buat serangan dekat aku. Arrgh. Makin tension aku. -_-

Aku nak duit. Aku nak duit. Hahaha.

Aku edit blog RM 50? Ada sesiapa nak? Lols. percayalah aku sangat bosan dan malas buat kerja dengan percuma dah. AHAHAA. Mungkin ini satu langkah baru?

Lols. Anyone? Add aku dekat fesbuk nanti boleh kasi nombo untuk wasap . Hahaha. Aku rinduuu kak Budaaaaaaak. T_T Cepat lah online. Huhuhuk. Dia mengerti perangai aku yang tengah gilakan RAIN. Aaaa~~ Kak Nur pun. Aloooo. Kan best boleh wasaap dengan Kak Nur.. hiks. hiks. T_T

Edit Blog : Dr.Shikin

Assalamualaikum.

Selamat petang semua. Aku sekarang ni tengah blank-blank otak lagii ni. Korang dah makan? Hmm. tadi aku ada edit sebuah blog yang aku rasa semua orang kenal kan? Kan?


Kenal kan? Hehhe.


Sorry otak aku agak blank tahap gaban ni. Jadi ayat yang keluar semuanya macam nak buat sidang media. Lols. Aku yang mengofferkan diri aku untuk tolong editkan blog sys ni. Hehehe. Setelah beberapa hari di postpone. Maka dengan izin Allah.. hari ini terlaksana juga hajat aku nak tolong sis ni.




Aku belanja header je. Nak tengok rupa baru boleh klik header ya awak-awak semua. Okay aku suka tengok kepala anak-anak akak ni. Botak je semuaa. hehehe. comel-comel. Geram lols. -_- rinduu nak main budak kecik. Hahaha. even aku dah ramai adik. Kononnyaa. lols. 

Payment? Hahaha. Adalah rahsia sulit keraajan AA. :p 

Nak mai cari den. :P tu pun kalau den tengah rajin lah. den ada lagi satu blog ni. lols. 



Edit Blog : It's Raining

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.


Guess what? Whole night aku habiskan masa mengadap laki aku. Siapa laki aku? Hang p la cari sendiri. Kalau malas, just lekatkan mata dekat laptop dan baca aku nak bebelkan . Faham?

Aku ubah sikit design blog aku ni. Tak ada perubahan yang besar sangat pun. Cuma benda yang aku tekankan dalam ni adalah header aku. Hahaha. Korang nampak tak perkataan λΉ„ (RAIN) . Perkataan tu dalam tulisan hangul atau lebih mesra di sebut bahasa korea. Hahaha.

Aku pada mulanya nak letak gambar laki aku. Tapi aku rasa tak boleh.. nanti makin aku tengok.. makin melarat simptom pelik aku. Tapi selepas beberapa jam aku buat luahan perasaan pasal simptom pelik tuu..terus aku punya kepelikkan menjadi tahap separuh-normal. Kiranya tak ada la nak teruk sangat. Haha.

Nampaknya jiwa aku memang menulislah. Kalau aku pendam sesorang macam orang gila jadi. Asyik tak betul je jadinya. Bila dah lepas semuaa perasaan tu. Hahaha. Rasa relaks sikit. Seriously.

Aku still kekalkan warna hitam dan putih dan sedikit campakan warna grey. Aku rasa addict aku dengan warna hitam dah kembali. Sebenarnya dua warna utama aku merah hitam.. tapi aku rasa dekat blog lebih sesuai warna hitam putih sebab dia untuk pembacaan. Kalau nak letak merah betul kena ruang yang besar. Kalau nak aplikasi dalam blog kena warna merah hati. Tak boleh merah terang. Haaaah. sudah aku membebel lagak pakar. Lols.

Sebenarnya template ini terinspirasi dari RAIN sendiri. Siapa Rain? Hujan lah kan? ehh, Hujan biasa tuu tak hensem ni. Ini special RAIN. Aku suka quote NO RAIN NO RAINBOW. It really meaning for me.

Faham tak maksud dia?

Without my Rain.. my life will not colorful like RAINBOW. So Rain lah menceriakna hidup aku dua tiga hari ini dan juga bikin hati wa kelang kelibut macam di landa taufan. -_-'' Haihh. Lols, My Ji-Hoon became 30sexy already. He really sexy. Boleh tak nak nyanyi dekat dia lagu Eyes,Nose, Lips? Aihh.


Jung Ji-Hoon. Nan chommal sarangghaeyoo oppa. 
Dah. jangan tenung lama-lama.

Ohh jangan cakap.. korang pun minat dia. Minat dia? Senyap. Biar aku nak dia sorang-sorang. Siapa sebut aku delete komen dia. Faham. // Aku serius. 


Simptom pelik.

Assalamualaikum.

3 hari aku tak menulis blog, ada orang rindu aku tak? Hahaha, jangan cakap korang rindu kalau setakat nak pujuk hati. Simpan rindu tu untuk orang lain. Jangan nipu. Aku tak suka.


So, Hye aku sebenarnya dah bosan sangat. Ngadap Facebook yang bosan. Twitter pun aku dah delete. So.. apa yang aku nampak hanyalah blog. Jadi aku buat comeback secara tak rasmi. Boleh tak?

Sebenarnya aku sambil menulis ni aku tengah layan lagu Kim Tae Woo- Only You. 3 hari berturut-turut aku dengar lagu ni. Ketagih gila. Dan yang pelik. Setiap kali dengar lagu ni.. hanya satu manusia yang muncul dalam otak aku.



Dia makin sexy. dia makin hensem, denggan killer eyes, lips dia tu. Haihh. Apa masalah aku ni. Aku minat lee min hoo tapi tak de lah sampai macam entahla.. aku tak tauu nak describe macam mana perasaan aku ni. 

Aku minat Lee Donghae.. tapi tak adalah nak taching bagai.Tapi kalau mamat ni  senyum aku senyum. Kalau dia nanges aku nanges. Yang pelik hati aku pun sakit. Kenapa eh. Kenapa. Macamlah dia suami aku. -_-

Dan paling teruk aku boleh bergolek seharian atas katil sebab asyik teringat dia. GILA. Simptom apa ni? Banyak je mamat lain yang hensem.. tapi dengan diaa.. adoyaii. Gedik? aku rasa ya. Tapi ni perasan aku. macam bodoh je. AAAAA.. Macamlah dia kenal aku. Haihh. Please.

Dan.. lately aku hantu emo jugak. Jadi.. aku pelik dengan diri sendiri. So jangan nak buat lawak tak kena tempat... kena aku tersentiff kangg. Memang masak lahh jawabnya. 

Kbai. 



Friday, 7 November 2014

HIA-TUS


Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum.


Dear readers, stalker, silent reader dan sebagainya.. firstly Aina nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjengah blog Aina yang tiada apa.

Yang sudi komen, yang menjadi kawan aina.. yang menjadi madu aina.. yang sudi jadikan aina adik(dikna). Awak tahu kan siapa?

Atas sebab-sebab yang tak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah dan aku. Aku akan kurang berblogging untuk seketika. Aku tak pasti seketika atau selamanya.

Semua entri aku sebelum ini sudah di drafkan semula. Hanya post mengenai tutorial dan freebies sahaja di biarkan dan beberapa pos berunsukan dakwah.

Selepas ini.. nama Aina maybe dah tak masuk pengomen tegar dah.

Maybe sekali sekala aku akan update. 2 benda je aku nak update sekarang ni. Poster Challenge dan juga novel. Inshaa-ALLAH.

Take care ye awak semua. ^^
With love, 
Aina Akmal

Hadiah dari Mama3Farhanah~

Assalamualaikum.


So ini hadiah sempena apa ye.

Mana ada mama3farhanah buat GA kan?


Hahaha ini hadiah special untuk aku sebab tolong editkan blog beliau.

So thank youu sangat. ^^



Aku dapat masa tengah hari semalam..

hari ini baru nak update. hehe. 

Soo thank you kepada kak mama3farhanah. ^^

Guess apa hadiah aku dapat?

Hehehe, aku dapat wide shawl dengan keychain. Tunggu la esok g lepak dengan kawan lama... aku nak sarung shawl ni. ahaha. ><

Sekian. 




SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA


klik untuk join :)

Wednesday, 5 November 2014

Keyword

Assalamualaikum.


Aku sebenarnya ada benda nak buat.. tapi hold jap. Saja nak share..



Hahaha, okay ff ni singkatan kepada perkataan Fan fiction. Novel menggunakan watak-watak artis korea.

Wordless Wednesday


Headshot. 

Special Artwork : Fatin

Assalamualaikum.

Semalam aku tak tahu apalah yang buat aku ajak Kak Fafa bertukar artwork. Selalu orang buat art trade guna doodle kan? Kali ini kes aku lain sikit. Pakai Photoshop.

Untuk mengasah skill yang ada. Buat pengetahuaan semua ini adalah first time aku guna muka orang melayuu dalam artwork aku rasanya. HAHAHA. Nak tengok hasilnya?


Kenapa panggil Mama?

Assalamualikum gais.



Tiba-tiba aku nak buat entri flashback time aku kecik-kecik dulu.

Time aku kecik dulu memang aku jenis manusia yang suka tengok drama agaknya. Okay ini cerita aku masa umur 4 tahun. So harap maklum. Hahaha.

Aku selalu tengok dalam drama orang pangill MAK diorang dengan panggilan MAMA dan PAPA.

Kan aku ni anak sulung, merasalah kejap astro sebelum astro aku di gantung tak bertali pada usia aku darjah 3 kerana aku terlalu obses melayan TV. Hahaha. Padan muka hang aina.

Nak di jadikan cerita...

Novel : Sky Love Part 7


“Saya tau la saya lawa, tak payah tenung saya macam tu.” Usik Elya.

Freebies : Tab Menu [1]

Assalamualaikum.

Ohmaaaaaay. Whyyy soo cute? 

Tuesday, 4 November 2014

Tutorial : Insert Jump Break

Assalamualaikum.

Apa tu Jump Break?

Okay kalau kata entri korang panjang sangat. Korang masukkan jump break ni untuk bagi tunjuk sikit je. Tak semua.


1. Tulis lah apa yang korang nak denkat post.

2. Tengok gambar yang aku petakkan dan arrowkan tu ye.

Entri Khas : Thank you.

Assalamualaikum.

Baru lepas check email dan jenguk blog adik Yaya kesayangan aku tu. Hehe. So hari ini aku buat entri khas untuk orang sudi memberi sedikit cenderahati gitu kepada top commentator di blog mereka. Dan alhamdulillah, melekat juga nama beta dekat beberapa buah blog akak-akak blogger dan juga adik blogger.

Soo layan gambar-gambar yang telah diberikan kepada aku sebagai tanda penghargaan.

1. Cik Mimie



Quote [3]

Assalamualaikum.

Since aku tak ada idea nak update apa sejak dari pagi tadi. Hari ini aku agak kebluran yang tinggi.


I feel like want to share something..but..nevermind. Fi hizzilah. 



Monday, 3 November 2014

Artwork : Poster/Graphic Challange : Task [2]

Assalamualaikum gais.


Hahaha. Sorry hari ini aku menyemakkan dashboard anda dengan gambar pelik-pelik. Sorry. Sebenarnya hari ini aku tak ada mood nak jenguk blog orang. HAHAHA. Sorry eh. Aku tengah menyibukkan diri aku dengan challenge aku.

Sobb. T^T


2 : Make a light angst/romantic poster using bias' 8 photo
Hahaha, aku tak tahu jadi ke tak light tuu. Sobbb.  hahaha. Aku kena buat light poster angst guna gambar bias yang kelapan.

Hahaha, kena pulak gambar Lee Min Hoo. Soo. Kak Ayu renung lah lama-lama ye. Mana tauu turun rupa lee min hoo kat anak akak. Hahaha. Lols. Aku tak tau nak cakap apa.

Kritikan membina sangatlah di alu-alukan. Miahaha.

Kbai. Aku dah letih ngadap

Sekian..


Artwork : Lee Donghae

Assalamualaikum.

Hari ini aku memang mood nak layan Photoshop je. Since dah lama aku tak mencuba tutorial. Kali ini aku ikut tutorial oleh Encik Kasut. Hahaha. Okay lepas ni sila ajar lagi macam-macam ye.

Saja aku nak try, hehehe.

Okaay ini inchee kasut punyaa. 


Yang ini aku punyaa.



Hahaha, macam jadi tak jadi pun ada. T^T, Cikguu,jadi ke saya punya ni. Lols. 

Beza aku punya dengan senpai, aku punya gedik sebab pakai laki korea. Kbai. 
HAHAHA. 

Memula tengok macam pening juga. Sobb. Lepas dua tiga kali try. Oh, senang je rupanya. Cesh. kenapa beta tak tahu. Tulah buat kerja tak bismillah. Okay. I eksaited untuk buat ni. Hehehe. Kak Amy J punya tutorial aku tak try lagi. Nantilah. 

Aku tengah stuck otak ni. 

Kbai. 

Encik Kasut, mohon komen. Lols. 

Sekian. 

Challenge aku tak buat lagii.. Huhuh.


Laziii..

Assalamualaikum





Good luck untuk budak-budak SPM. kbai.

I sooo lazy todayy. Bye. ^^ Hahaha



Sunday, 2 November 2014

Edit Blog : It's Najihah

Assalamualaikum.

Soo semalam aku ada janji nak editkan sebuah blog dengan seorang kawan baru aku. Since dia pun minat menulis, jadi aku berniat nak tolong editkan blog dia supa nampak mesra pembaca. Moga awak berjaya jadi novelis nanti ye. Saya ni tak tahulah bila nak rajin update novel. Kelaut je semua.

Asyik ngadap blogg design je. T^T


So apa-apa pun meh nak tayang sikit.




Dan yang ini adalah selepas.




Klik Header untuk ke blog diaa. ^^

Soo thank youu. Hehehe, selamat menulis ye jie. 


Tutorial : Background Follower Gadget

Assalamualaikum gaiss.


Soo beberapa hari lepas ada yang requesst. soo. nahhahaha aku nak baru nak ajar. mood aku kelaut 2-3 hari ini.


1. Template > Edit HTML

2. CTRL + F code ni

]]></b:skin>

3. Copy code ni dan pastekan di atas code yang di cari tadi.

#Followers1 .widget-content{
height:auto;
width:auto;
background:#FFE4E4;
padding: 5px;
border-radius: 8px;

4. Donee? Preview. If tak de error boleh Save.

Okayy tu je, Adios.

Ubah  yang di boldkan sahaja.

Sekian.




Tutorial : Ubah Read More kepada Icon/Gambar

Assalamualaikum gais.

Waalaikumssalam. ^^


Nampak yang di anak panahkan dengan panahan arjuna yang merah tu. Okay itu yang aku nak ajoo hari ini.


1. Template > Edit HTML

2. CTRL+F dan cari code ni.



<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>

3. Okay kemudian dekat bawah code yang korang cari tu, akan jumpa anak-anak code dia cam ni.

<b:if cond='data:post.hasJumpLink'>
<div class='jump-link'>
<a expr:href='data:post.url + &quot;#more&quot;' expr:title='data:post.title'><data:post.jumpText/></a>
</div>
</b:if>


4. Delete itu semua.

5. Gantikan code tadi dengan code ni. Copy code ni dan pastekan .

 <b:if cond='data:post.hasJumpLink'>
<div class='jump-link'>
<a expr:href='data:post.url + &quot;#more&quot;'><img border='0' src='http://4.bp.blogspot.com/-24ReX-JGeZU/TaRJA8Ay29I/AAAAAAAABgc/Ymu8bwvPFcE/s1600/ikon-readmore-5.png'/>
</a>
</div>
</b:if> 

Gantikan bold merah tu dengan url gambar kesukaan korang yee~ ^^

6. Preview, kalau tak ada error, boleh save.


Nota : Tutorial ini hanya menjadi kalau post anda sudah di 'Insert Jump Break'.  
Warning//Please do not re-tutorial.//

Boleh amik dekat sini icon tu. Hahaha. sorry lah kalau tak lawa. T_T


Freebies : Read More Icon.

Assalamualaikum.











CTRL+CLIK untuk amik URLnyaa~ 

//Komen ye kalau nak amik ^^

La Adri.

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya tak ada idea nak cakap apa ni. Hahaha. Buka facebook jumpa lawak sengal. Nah nak share sikit.


La Adri - Saya tak tahu (maknaa dia haha)

Saturday, 1 November 2014

Artwork : Poster/Graphic Challange : Task [1]

Assalamualaikum.

Hehehe, setelah beberapa jam aku melepak depan Photoshop.. Alhamdulillah. Akhirnyaa dah siap juga akhirnyaa!

Hoyeahh.

It should be Seungri Big Bang, tapi muka diaa nampak cam tua walaupun umur dia lagi muda dari Donghae. So aku amik keputusan, campak buang nama seungri dan masukkan Jongkook BTS. Hahaha.

Hasilnya?



Hari ini aku punya task ialah ;


Introduce yourself or your interests using bias' 4 photo. Make it as a romcom poster/graphic

Perkenalkan diri aku atau minat aku mengunakan gambar bias yang ke 4, dan jadikannya dalam bentuk romantic comedy grafik.

SHY-SHY CAT. -- MALU-MALU KUCING. Hahaha. aku dapat idea ni, masa kawan aku cakap dekat aku pasal apa tah. merepek bukan-bukan dekat wassap. Biasalah. Hahaha.

Task ini agak simple. Makin lama makin susah. Huaaah. Tak apa.. itu baru namanyaa challenge kan? Dah lama tak buat benda cam ni.

Gomawooo oppa. Kerana menghiasii poster den yang lawa. Ni. HAHA. //penampo ko nak tak aina? Haha

Hahaha, pertama kali aku rasa poster komedi aku sangat comel. Haaha. Aku sukaa! ><

Till then, Sekian. Syukran Jazilan. ;)