Friday, 31 October 2014

Ohhhhhhhhhhhhhh Nooo!

Assalamualaikum.

My feeling now... *flips table*


Tadi.. tadi.. tadi.. tadi.. tadi.. tadii... aku.. aku.. aku... aku.. 

TERDELETE KOMEN!!

Sorry Kak Sha~ (Tunsha Ayunie)

Aina check komen guna phone... masa nak scroll tu tetiba dia tersalah letak jari terus dia delete.. tanpa rasa bersalahnyaa. BLOGGER. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. T.T

tengokk lah screen besarr mana.. T__________________T tengoklahh. 



Dulu Mama3Farhanah pun pernah terkena jugaaa. Tskkk.

Tu lahh gedik nak guna phone sangat. Masa mama3farhanah dulu aku tertekan delete. Aku tick semua komenyaa. Lepas tu nak tekan publish.. entah macam mana..aku tertekan Delete.. delete?

Dat moment aku rasa macam nak


Kbai. Aku rasa macam nak telan diri aku hidup-hidup. 


Sabooo je lah aina. :(


Foreword : 10 Posters / Graphic Challange







Assalamualaikum gais, setelah mood aku di bawa pergi tadi.. ahaha, kauu ayat. Mood aku sekarang dalam separuh sedar. Jadi aku nak tunjuk challange apa yang aku nak buat. Hahaha


Dah sebulan aku dok merancang nak buat. Tapi asyik postpone. Postpone je, inshaa-Allah aku akan cuba buat challenge yang unik ini, lain dari yang lain. Hahaha.


List 10 biases [korean/japanese/others]

  1. V BTS
  2. Leeteuk
  3. Lee Joon
  4. Jungkook BTS
  5. Ryeowook
  6. G.O
  7. Rain
  8. Lee Min Hoo
  9. Woohyun
  10. Donghae

Tasks
1 : Introduce yourself or your interests using bias' 4 photo. Make it as a romcom poster/graphic
2 : Make a light angst/romantic poster using bias' 8 photo
3 : Make a romcom poster/graphic using bias' 1 photo with 4 different colors
4 : Make a romantic/angst poster using your otp of bias' 5 with 3 colors only [black.white.other]
5 : Make a dark angst poster using bias' 7 photo with another optional character [black background]
6 : Make an action/thriller poster using bias' 10 photo
7 : Make a romcom poster using bias' 2 photo in grayscale with colorful background
8 : Make a gif poster using bias' 3 photo and his/her group members
9 : Make a or more than one 100x100 px icon using bias' 6 photo with the use of coloring PSD
10 : Make a horror poster using bias' 9 photo


Rules
1 : You can add any other characters in the poster (not more than four) [unless the number of characters has been stated]
2 : Use 550 x 700 px [optional]


Good luck too me! Hahaha. // lepas tengok muka jin terus aku lupa aku bad mood. Haha. demm~ T^T


Quote {2}

Assalamualaikum.

Lukisan daku sangat lah amatur. T_T

La takhaf wa la tahzan. Innallahamaana. :')

Nota : Soorry aku spam quote hari ini. //moodd 0%

Quote {1}





Watermark : Sys BUDAK

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas kak Budak minta aku buatkan watermark. So inilah hasilnya.


Kak Budak excited sampai dia buat wallpaper untuk phone lagi. Hahaha. Waa punyaaa bangga dah melangit sampai ke langit cakap lu. Huahaha.

Tak caya. jap aku cari.. haha


Ituu je, sekian. 



Salam Jumaat : Tudung.

Assalamualaiku, 


// Soo Agree! 

Moh Kahfi~


Siapakah insan ini? T.T

Assalamualaikum.

Aku check Ask.fm selepas dapat email dari ask.fm kata ada soalan.

Dan soalan ini buat aku tersengih. Bukan soalan pun sebenarnya, lebih kepada permintaan.


Gambar berbicara..




Okay, demi awak yang anon tu. Saya akan cubaa yee. Seminggu. Okay. Seminggu akan cuba bertahan. T_________T Seksanyaa. 


Hahaha. tapi hati kuat mengatakan ini budak Nazurah punya kerja. Haha. Kbai.


Apa yang bermain di minda korang? Haha.Macam stalker jer diaa ni. Lols.

OCTOBER 10 DAYS CHALLENGE BY SITI YANG MENAIP #10


Assalamualaikum. Alhamdulillah berjaya juga aku tamatkan Challange ini.. Ini hari yang terakhir. Cewahh, dramatis gila kau ayat. HAAHA.


10 RANDOM FACTS ABOUT YOU.


1. Student.

Aku masih lagi seorang pelajar sekolah menengag yang bersekolah di Malaysia. Tanah air yang ..... pandai lah korang sambung sendiri.

//aku rasa fakta ni buat korang nak penampo macam buaya.


2. Suka memasak.

Aku memang suka masak. Tapi kena ikut mood aku lah, kalau aku malas.. suruh lah aku macam mana pun. Aku akan buat derk je. 


3. Penyimpan rahsia terbaik.


Aku akui aku memang penyimpan rahsia yang agak baik. Sebab aku rasa banyak rahsia besar kawan-kawan aku ada dalam kocek rahsia aku. Masalah family dan segalanya. Kiranya aku ni selalu menjadi bahan rujukun kawan-kawan. 



4. Tak suka orang yang tak reti nak menghargai.

Bila aku tolong orang, aku tak harapkan apa-apa. Jujur aku ikhlas. Bila orang bagi, kita terima. Rezeki namanyaa kan? Rezeki jangan di tolak. Musuh jangan di cari. Hahaha. 

Tapi 1 benda ja bila aku tolong sesorang, ucaplah terima kasih. Terasa 6 jam menolong tu hilang. Inshaa-Allah.  


5. Tak suka orang yang tak reti minta maaf.

Aku bagi situasi ye.

"Boleh tak tolong buat ni.. ni" - Ayam
"Tak boleh sorry ye." - Itik
"Oh. Ok." - Ayam


Situasii ini cukup-cukup menyiatkan hati wa yang sado macam Siwon Suju. Terus jiwa wa melting macam cheese yang baru di bakar. Kalau jiwa wa boleh di makan rasanya dah lama wa jadi zombie. Heartless. 

Pada aku sekurang-kurangnye jawab '" tak pelah, maaf menganggu atau terima kasih." 



6. Mesej tanpa emoticon. 

Okayy orang macam ni memang aku rasa macam aku tengah sembang dengan tiang tau dak?!. Sakit hati gila aku bila cakap dengan aku jenis makhluk macam ni. Aku ada kawan yang macam ni. Haaaah. memang la besfren aku. Tapi bila di alam maya dia kureng. Ceshh. Sungguuhh bosann. HAHAHA. 

Tambah hat jenis suka tulis macam ni.

oh ye ke... 
Ada dot 3 biji kat belakang tu.. rasa macam orang tu macam nak tak nak cakap dengan aku. K, aku ni jenis manusia kalau reply penuh dengan muka comel dan segalanya. Tak caya p tanya Kak Budak, Kak Nanad, Kak Wana, Kak CT, Kak Ayu dan lain-lain lagi. Aku kalau orang hantar 1 chat. Aku balas 5. Tak caya. P tanya depa semua ni.


Aku boleh kata wassap dengan Kak Budak dan Kak Nanad agak selalu juga. Sebab mereka tak ada keja. HAHAHA. Kak Ayu tak berani kacau. Segan. HAHAHA, Gedik. :P Kak Wana pun cakap kalau ada urusan sebab segan. Hahaha. Kak CT pun saama. Lols.


7. Suka typo.

Bukan aku suka, tapi terselalu. jadi suka. ergggh, ayat hindustan sungguh. T^T Hahaha, Ini kak budak suka bahan aku kalau dia jumpa typo. T_T sebab aku ni suka taip laju-laju. Kadang-kadang aku typo sampai aku tak faham. Serius. Bila aku baca. Gelak guling-guling. Huaaaaaah.  Kak budak? Lagi best dia gelakkan aku. Sobbbb~


Aku rasa sampai sini je kot. Hahaha, tak boleh expose banyak-banyak. Rahsia untuk yang tersayang sahaja. Okay, gedik. Mengada.mengada.loya tekak aku tulis ni. Yang baca terus muntah depan lappy. 



Nota : Terima kasih kepada Kak CT yang sudi menganjurkan challange ini. Aku manusia yang mula paling awal. Tapi antara manusia terkahir yang siapkkanya. Hahaha, Ini semua gara-gara terlupa. Kononya busy gila. 

Walaupun aku tak berjaya tamatkan dengan jayaanyaa. Harap korang tak adalah menyampah dengan jawapan-jawapan aku yang kadang terlalu emosi. Ini semua aku seorang manusia yang punya perasaan. Maka jawapan aku juga kena ada jiwa. 


Soo, sekian. Syukran Jazilan. ^^


Mulai esok atau petang nanti, aku akan join satu lagi challange lagi. Apakah challenge itu? Tunggu! Hehe

Thursday, 30 October 2014

OCTOBER 10 DAYS CHALLENGE BY SITI YANG MENAIP #9

Assalamualaikum


10 Things That You Want To  Do



1. Berubah 

Aku ni dalam proses memperbaiki diri. cuma kadang-kaadang tu terbabas. Tergoda pada nafsu dunia.

Teringat umi nazeera cakap,

dunia ni macam makanan, sedap lama-lama menyakitkan. //lebih kurang macam tu lah.


2. Kaji sejarah dunia.

Aku minat untuk kaji sejarah dunia. Atau lebih tepat lagi,belajar sejarah dunia. Dari satu zaman ke satu zaman. Sangat teringin. Tak kira negara apa.


3. Memahirkan diri dalam bidang yang aku minat.

HMTL/Javascript/CSS dan sebagainya aku bukan belajar sangat. Aku cuma godek-godek macam tu je. Try and error kata orang. aku teringin nak jadi web designer sebenarnyaa. Hahaha. Banyak cita-cita aku T^T. dan juga dalam bidak grafik. Aku nak belajar yang lain pulak, aku nak belajar flash, aku nak belajar aku nak belajar, tapi lappy ini bukan milik aku, jadi aku takut crash pulak kalau aku download bukan2.


4. Buka Bisnes sendiri.

Okay ini adah benda yang dalam perancangan aku. Aku seboleh-bolehnya tak nak kerja kerajaan. dan tak kerja dengan orang. Memang susah tapi tak mustahil kalau Allah izinkan. Betul tak? Aku nak buka syarikat yang mengutamakan syariat Allah. Dari segi pengurusan kewangan hingga ke pakaian. Inshaa-Allah. 

Ada juga niat nak buka hotel bertaraf 5 bintang tanpa arak.


5. Jumpa Ulama.

Aku teringin sangat nak jumpa Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan lain-lain lagi. Bila jumpa mereka ini buat aku rasa teringin nak jumpa Rasulullah.



Alulama warasatul ambiyya
Aku teringat lagi perasaan nampak tok guru nik aziz masa satu ceramah. Sangat syahdu sangat rasa. Tup-tup dah menitis air mata aku.



Soo itu je keinginan setakat ini. Aku tak tau apa lagi aku nak buat . Till then, syukran jazillan. :)


Art Trade : DiaaneyA

Assalamualaikum.

Aku sebenarnylupa yang aku ada minta dengan adik DiaaneyA ni. Tadi dia cakap dia nak buat sama. Hahaha, kalau adik tak komen.. memang akak tak ingat langsung sayang oi. Lupa sungguh. Huhuhu. Terus aku pergi design..

Ini first time aku berart trade bagai ni. Okay. Salah dan silap harap diampunkan. Muahaha


Cak? Hahaha. Just for you wahai adik akak... Akk rasa cam nak sebut je nama awak ni. Huaaah. Saba je lah. 

Selepas diedit dan di warnakan aku masukkan ke dalam Photoshop untuk proses melawakannya. Hahaha, K perasan. Harap Yaya suka lah. //nama baru awak. HAHA Terima je akak panggil cam ni. atau akak tarik balik doodle ni. Hahaha. [kuasa veto kakak menjelma]


Aku tak tahu kenapa doodle aku nampak gemok. Oh pleasee. Tak apa, gemuk itu comel. Tak nak lah dengar gemuk. Panggil chubby. Hahaha. Okayy sangat chubby. 

Aku dah lama tak buat doodle. Tahun ni baru sekali je. Aku edit doodle ni lagi susah dari edit blog. Lols. Serius. 2 jam hangg buat benda ni. T^T 

Tadi design yang ini aku ada design satu lagi.. tiba-tiba blackout! 

I like asdfghklgsdjfnalkduafahdadaadkakfaujoeifje. 

Sabar jelah. Dengan tak save bagai lagi. Mujur baru lukis sampai dress dia jee. Kalau aku dah siap colouring semua. Agaknya tahun depan baru aku buat doodle ni. FRUST! 


Soo itu jee~ Sekiaan. 


Tangankuu terlalu sadoo seperi Zul Arifin makanya artwork ini terlahir. HAHA.kbai.


EDIT BLOG : SHADOWSTIN

Assalamualaikum semua.

Hahaha, akhirnya setelah beberapa hari aku pakai warna pink.. Aku bertukar ke warna hitam putih kehidupan dengan awan mendung kelabu asap.

Byee Heart Kiss Theme!

Holla Shadowstin Template.


So, blog aku kali ini aku terpaksa letak wajah Donghae, sebab aku rasa gambar dia je aku rasa ohsem sangat. Esok lusa aku tukar pulak. HAHAHA. Tengoklah kalau rajin. 


Apahal nama theme ni Shadowstin? Okay, ini sempena nama Austin Marhone dan juga lagunya Shadow. Tapi.. tapi.. nape aku tak letak muka dia? Hahaha. Aku memang lah minat dia. Lagu dia, cuma kasih sayang aku pada Donghae lebih sikit. Sebab tu lah.

Sebenarnyaa tak siap lagii.


Aku sangatt sukaaaa header aku. Lols. 

Sekian. 

Kbai. 

Hahaha.

Hang tak habis-habis edit blog. T^T 

Wednesday, 29 October 2014

Tutorial : Gambar Atas Blog Archive //Style Me.


Assalamualaikum .




Ada someone tanya aku macam mana nak buat buat gambar tu dekat atas throwback tu.

1. CTRL + F  code ini

<h2><data:title/></h2>

2. Copy code ini dan pastekan bawah code yang di cari tadi.

<center><img src="http://s3.favim.com/orig/39/-beautyfantasy-clock-delicate-girly-Favim.com-323438.jpg"  height="auto" width="200"/></center>

3. Preview, Save.


Jadi tak? Hee~ Sekian. 


OCTOBER 10 DAYS CHALLENGE BY SITI YANG MENAIP #8

Assalamualaikum. //


10 Dream Places to Visit


1. Japan
Teringin nak pergi masa musim bunga. Hiks. 

2. South Korea
Hahaha, pengaruh drama korea. T^^T

3. Vanice
Naik gandola, dengan hasben. //GEDIK SEKETIKA. HAHA

4. Sabah
NZ malaysia katanya. ><

5. London
Hahaha tak tau nape nak pergi. lols. Pengaruh sherlock holmes kot. lols.

6. Jerman
Hahaha, aku nak belajar dekat sana.. tapi rasa macam malas pulak.

7. Paris
Aku tak tu nape nak pergi. LOL.

8. Dubai
Haaaaaaah, ini memang nak pergi gegila. Nak tengok kereta mewah, rumah mewah, pulau mewah. Aku nak tengok kemewahan negara arab ni. Hoyeah! Mak sedara aku ada dekat sini. Huhu. jadi nurse. Dia single, so duit dia berkepuuk. haha. //mak sedara ku yang lain lah kata, daku tak tahu.

9. Scotland
Entah lahh napee. Lols.

10. Lautan Pasifik.
(Okay ini aku gurau. HAHA.)


Sekian. T^T

Resepi : Chicken Chop

Assalamualaikum.

Semalam kan, aku tak update blog dari pagi sampai ke petang, sampai ada orang  rindukan kiteeww. HAHAHA. Siapa lagi kalau bukan madu ku yang daku sayangi. Hahaha. Kak Nanad.

Aku saja tag kak Nanad chicken chop yang aku baru belajar masak sendiri. Hahaha, k. Saja nak tayang supaya dia meleleh.Kahkah. XD

Silaa Meleleh.


Nervouss kay aku nak menulis resepi ni. Haha. Resepi cam biasa aku korek la dekat google hasil penulisan blogger-blogger yang menjadi ibu-ibu. Hehe. Ayam ini sangat simple, macam aku buat ayam goreng selalu je, cuma tambah sos black papper. 

Ayam

Bahan-bahan :
6 keping bahagian paha (dibuang tulang) // aku punya bahagian paha ayam di belah 2 jadi dapat 12
3 kotak Tepung Goreng ayam adabi //ikut kesesuaian kuantiti ayam.
2 biji telur (di ambil putih telurnya sahaja)


Cara-cara :1.Bersihkan ayam-ayam comel itu. 
2.Buang tulang ayam tersebut.
3.Panaskan minyak yg agak banyak. 
4. Celup ayam kedalam putih telur 
5. Goreng dalam api yang sederhana.




Sos Black Papper

Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Tepung jagung (bancuh air) [aku tak ingat aku letak banyak mana]
Air rebusan ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
2 sb mentega

Cara-Cara:1.Cairkan mentega ke dalam kuali,tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3. Masukkan tepung jagung yang di bancuh dengan air.
4. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.
5. Sejukkan sekejap, blend untuk dapat teksture yang halus.
Kalau tak cukup pekat masukkan tepung jagung lebih sikit.
Kalau nak warna gelap, boleh masukkan lebih kicap.

Mashed potato esok aku share pulokk. Hehe. Inshaa-Allah. ^^ Semalam aku rasa macam nak pengsan buang tulang ayam. HAHA. Aku rasa kalau ayah tengok mesti dia gelak guling-guling dekat aku. Sobb~

Sekian, sila lah try and error ye semasa masak. itulah yang aku selalu buat. 

Aku punya sos black papper untuk ayam kurang menjadi. cesh. T^T Warna pucat.

Ayah aku biasalah, kalau aku masak tu, kritikan dia banyak betul. Haha. Macam aku jugalah. Bila ayah masak,aku pun pengkritik hebat. Like father , like daughter betul.

Aku dan ayah kalau sembang pasal resepi macam makcik-makcik bergosip. Kalau dengan mak aku, sembang pasal hal politik, hal masa depan, hal bisnes,hal agama dan segala macam hal. termasuk pasal CRUSH AKU. HAHA. My parents are sooo unique! Hehe. 




Wordless Wednesday : Me

Assalamualaikum.



Nah belanja muka guaa yang macam comel. Kbai. 

Wa bukan ustazah okay. 

Bak kata ustaz,
Biar pakaian ketinggalan zaman,
jangan pakai baju umat akhir zaman. 

Sekian.


Tuesday, 28 October 2014

SEGMEN: Saya Suka Makan by Cik Oren

Assalamualaikum




    Ini lahh favv waa. Dan paling best waa masak sendiri hokeey. Semua sendiri. Inshaa-Allah. 

    Esok aku akan up entry pasal resepi ni. AHAHA. Esok chef aina akan bersiaran di channel aina akmal blog pada jam tak tau. Sila update. AHAHA. kbai. Aku dah mereepek. 


    OCTOBER 10 DAYS CHALLENGE BY SITI YANG MENAIP #7

    Assalamualaikum, ^^



    Hari ini aku sangatlah busy. HAHAHA. Mianhe, tak ada masa nak update blog. Ada pun je auto publish. Lols. So hyee, selamat malam semua. Hehehehe. 

    10 thing to do when you are bored.


    1. Edit Blog.

    Hahaha, aku boleh rasa korang dah agak jawapan aku ni kan? Bila aku dah bosan edit blog sendiri maka aku merajinkan diri menolong blogger lain untuk mengedit blog HAHA. So kalau time bosan memang sekali 2-3 rupa aku tukar.T^T Because I soooo bosan. 


    2. Jenguk peti ais. 

    Okay ini habit sebenarnyaa. AHAHA, walaupun aku tau dalam peti ais tak ada apa. Aku akan ulang alik depan peti ais dan buka dan tutup. Cari benda yang aku tak pasti akan muncul. HAHA. Sadisnyaa ayat hang Aina. T^T


    3. Memasak.

    Ini pun kalau ada bahan. Selalunya susah nak jumpah bahan masakan sebab ayah aku jenis style beli apa yang dia nak makan hari itu. Kirannya hari ini ayam, esok udang, esok sotong, cam tu. Tapi ayah aku suka beli ikan banyak-banyak. Mentang-mentang dia tau anak dia ni tak berapa minat ikan.. makan beliau pun membuli patik dengan membeli ikan banyak-banyak. HAHAHA. Tapi kalau 
    ayah dah masak, aku sapu je.


    4. Sepahkan rumah.

    Hahaha, ko biar betul aina. You are sixteen. bukannya 6 tahun. Okay. Listen to me. 

    Aku suka main dengan adik-adik aku. Mean spent time dengan mereka. Sebab tu walau garang mana aku dengan depa.. depa still dengaq cakap aku. HAHA. Aku akan buat lah apa-apa origami dengan adik-adik aku atau pergi kucar-kacirkan rumah. Oh, aku main dengan adik aku yang 10 tahun dan 4 tahun. HAHA. Jadi imaginasi aku sekarang bukan berusia 16 tahun. HARAP MAKLUM. 

    Adik aku yang 14 tahun tu, tukang bebel dan mengemas. Sian dia. HAHA. // Since dia style mak aku. Nerd. HAHA. (ini kalau adik dan mak aku baca, mau penuh mulut aku dengan kasut)


    5. Layan Drama / Filem.

    Okay, ini ikut mood aku. Aku manusia jarang tengok drama. Tapi sekali aku tengok aku akan stick dengan cerita tu. HAHA. (Aku ni manusia yang setia. Kbai)


    6. Stalk Social Media. 


    HAHAHA. OKAYY FINE. I'M A GOOD STALKER. OKAY. 


    7. Buat poster. (Puihh.)


    Okay. apa benda poster tuu? Boleh ke sini >>> Klikk <<<


    8. Tidur.

    HAHAHA, Aku tau, semua orang buat ni bila dah bosan + penat + malas semuannyaa. HAHA.


    9. Mandi.

    Okayy, aku akan mandi lama-lama-lama-lama. Biar sampai kecut jari jemari comel aku dan lepas tu baru aku sedar aku tak gosok gigi , sabun . lepas tu ayah aku menjerit.

    "HANG BUAT APA DALAM BILIK AYAQ! DAH SEJAM! TIDOQ KA APA?!"
    Masa tu baru lah tergedik-gedik nak nak menyabun semua. Ini selalu aku buat bila aku dipaksa bangun pagi. HAHA. Nak elak mengantuk sebenarnya.


    10. Layan Variety Show.

    Ini pilihan terakhir. Bila dah bosan-bosan-bosan-bosan + tak ada mood ini. HAHAHA. 

    Kbai.

    Sekian.



    Projek : Aina Akmal Gallery

    Assalamualaikum dan selamat _____________(sila isi sendiri)

    Eyyy-oo!

    So apa projek aku sebenarnya? Gahahaha. saja bikin suspen je. Padahal tak ada apa yang special pun untuk korang. Yes, bukan untuk korang. Untuk aku. Special untuk aku seorang sahaja.

    Sejak lepas pukul 9 aku rasalah, sampai sekarang, di saat entri ini di tulis, (3:40 AM). Alhamdulillah aku berjaya realisasikan nak buat gallery sendiri.

    Tapi bukan Gallery betul lah. Gallery blog. Rasa macam nak pengsan edit blogskin khas untuk Gallery ni.

    Mula-mula rasa macam nak give up je, sebab tak betul coding untuk comment. Dat time I feel like a want tooo kill myselff. Ergh.

    Tapi lawan juga perasaan tu, demi mendapatkan hasil yang macam aku nak kan.

    Kalau korang jenis stalker blog aku. Kalau korang stalk.. kalau korang tak stalk memang korang tak tahu. HAHA

    Actually aku dulu memang dah ada artwork gallery, cuma... aku tak offically launch kannya. AHAHA. NGADANYA NGADANYA NGADANYA


    Aina Precious Gallery's 

    Cak, okay ini design lama. Tanpa sebarang editing yang besar. Cuma tambah music player dan letakkan apa-apa yang patut. Cuma itu je. Blog ini akan di privatekan. Di privatekan untuk di jadikan bahan aku belasah apa-apa yang patut. HAHA. 


    So selama 8 jam aku mengedit..




    BASECODE : OMMA WANA
    FULL EDITING : AINA AKMAL
    Okay, ini gallery hasil editing aku selama ini. Aku buat gallery ni sebab banyak artwork aku dulu hilang gara-gara simpan dalam lappy dan hard disk dan segalanya. Jadi aku simpan dalam gallery ni supaya boleh aku nak throwback sorang-sorang sambil layan lagu-lagu tacing. HAHAHA. 

    Di ingatkan blog ini aku tak tau berat ke ringan sebab blog ni bukan blog daily update. Just untuk suka-suka je. Jadi berat tak berat last kali punya cerita. Yang penting aku suka. Dan lawa. HAHAHA. Kbai. 

    Jadi boleh jemput singgah ke Aina Akmal Gallery (Menyampah pulak aku baca. HAHA) dan boleh lah cuba komen di kotak komen yang di sediakan. Nak komen apa-apa pun boleh.

    Kutukun sangat-sangat di alukan. ^^

    Sekian,

    Jangan lupa jenguk. MUAHAHAHAHAHA. 

    Monday, 27 October 2014

    Teaser : Projek

    Assalamualaikum.


    Cewahh, acah-acah pulak kali ni yee~


    Doakan. HAHA. 

    Sekian.

    OCTOBER 10 DAYS CHALLENGE BY SITI YANG MENAIP #6

    Assalamualaikum. 

    Dah berapa hari aku tinggal benda challange ni, so meh la kita buat balik. Nanti taching pulak Challenge ni. huhuhu.

    10 Things You Want To Buy.


    1. Galaxy Note 4



    Haha, please buat GA yang ni. akuu nakk sangat. Huhuhu. Tapi tak apalah, bersyukur dulu dengan apa yang ada. 

    2. Sony Xperia Z3 


    Haha, aku memang makhluk Allah yang sangat sukakan gadget. T__T Ini cuma keinginan nafsu jee. Muahaha. Sakit hati tengok iklan dia menggedik dekat Youtube. 


    3. Macbook 


    Ini 2 tahun lagi aku nak beli. HAHA. Ini lebih penting dari phone. Sebab ni banyak kegunaan dia. Masuk universiti esok lagi la nak guna kan? Hehe.






    4. Aku Hamasah As-Syabab 


    Sangat teringin bukuu inii. Huaah. T____T . Tak apalah.

    " Kenapa sungguh-sungguh sangat berkongsi? Because everyone deserves Heaven." - Afiq Sazlan -

    5. Cerita Cinta Ahmad Ammar 



    Aku rasa semua tahu kisah ni kan? Aku tau kawan aku ada buku ni, tapi aku nak beli sendiri. Tapi sampai sekarang tak terbeli sebab tiap kali pergi shopping aku selalu lupa nak bawa beg duit. HAHAHA. 

    “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”



    6,7,8,9,10 tak dapat di fikirkan, sebab aku tak tahu apa lagi nak di beli. Huuhu. Ini je keinginan yang aku nak buat masa ni. Penat aku perah otak aku nak beli apa. LOLS. 


    Sekian. 

    Edit Blog : Blushing Dust Template For Kak Nadya

    Assalamualaikum 


    Semalam selepas aku tukar template aku, aku menggedik offer diri nak mengedit blog Madu aku yang kedua. //Jangan tanya sejak bila aku dengan Kak Nadya di madukan. HAHA.

    So ini adalah wajah blog maduku sebelum di edit.






    Dan ini adalah selepas. 



    So selama 6 jam juga lah aku mengedit. Part lambat sikit, 2 kes. Ada coding header yang aku cari tak jumpa. Hahaha sebab coding dia lain sikit. Huuuu. Yangg kedua, sebab aku tak ada idea nak design header. 1 jam lebih asyik delete-delete-delete je semua header. Satu pun tak ada kena dekat jiwa. Huaahh.

    Dan benda yang agak rumit sikit tu. Menatang diamond dekat footer tu. Nak kena susun seketul-seketul. Tapi tak apa, yang penting aku puas hati. Hahaha. Kak Nadya pun puas hati. (harapnya)

    Kenapa nama template ni Blushing Dust?

    Blushing stand for Pink and Dust stand for Grey. Dari nama PINK GREY, lebih sedap bunyi Blushing Dust yang dengar sangat comelkan? Mohon iyakan. HAHA.


    Soo sekian. ^^



    Sunday, 26 October 2014

    Hadiah dah sampai! [First Time Segmen :Blog Review]

    Assalamualaikum.




    Asyiik tertangguh je nak update pasal hadiah ni. Huhuhu. So sepatutnya Sabtu hari tu dah dapat. Tapi aku tak de kat rumah. So dapat notis je dulu. 

    Beberapa hari kemudian, ayah aku pun pergi ambil dekat pejabat pos. 


    Yang aku geram, adik aku dah koyak dulu. Kuang hasam betul. Mana p privacy aku. HAK aku di cabuli. Oomeen, 

    By the way, thanks to http://nurbaiyahsyaeran.blogspot.com/ sebab sudi pilih blog Aina yang cikai ni,


    Ini rupa blog aku masa aku join contest ini. HAHAHA. Akuu tetiba rindu theme ni. Boleh nak pakai balik tak. // aina hang baru pakai template kiss heart ni tak sampai 24 jam. T___T kfine.


    Aku screen capture dari Insta aku je




    Aku dapat shawl half moon kot rasanya. Sangatt sukaa! Lawaa


    t...

    ta...

    tap...

    tapi..

    tapiii...


    Aku tak boleh pakai. T_T Sebab size dia agak kecil. Huaahhh, Baru berangan nak acah-acah jadi Felixiap Yeap. Aku ni manusia pemakai tudung labuh bidang 60. HAHAHA. Ajet-ajet ustazah gitewww~ //habaq siap-siap. Supaya mudah orang nak kasi hadiah dekat aku. Kahkahkah. Perasaan ewwww.


    Apa-apa pun terima kasih sangat. Mujur aku ada adik perempuan. Maka, hadiah ini diwarisi oleh adik aku. Muahahaa.

    Kad ni je boleh aku simpan sebagai kenangan.


    Sekian,

    Maaf kalau ada salah silap. T^T

    Tutorial : Mini Tab di Sidebar

    Assalamualaikum.



    Tutorial ini request oleh adik DianeeyA dan juga Miss Balqis.


    Okay harapnya betul lah ini yang korang cari.

    ini rupanyaa diaa~ 


    1. Copy code ni dan pastekan di Add gadget

    <style type="text/css">
    .tabber {
     padding: 0px !important;
     border: 0 solid #bbb !important;
    }
    .tabber h2 {
     float: bottom;
     margin: 0 1px 0 0;
     font-family: Calibri;
    font-size: 12px;
    letter-spacing: 2px;
    text-align:center;
     padding:3px 5px;
     border: 1px solid #FFD5D5;
     margin-bottom: 1px; /*--Pull tab down 1px--*/
     overflow: hidden;
     position: relative;
     background: #FFD5D5;
     cursor:pointer;
    }
    html .tabber h2.active {
     background: #D8D8D8;
     border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
    }
    .tabber .widget-content {
     border: 1px solid #bbb;
     padding: 10px;
     background: #fff;
     clear:both;
     margin:0;
    }
    .codewidget, #codeholder {
     display:none;
    }
    </style>
    <script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
    <script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
    <script type="text/javascript">
    $(document).ready(function() {
     $('#codeholder').bloggerTabber ({
      tabCount : 5
     });
    });
    </script>
    <!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
    <div id='codeholder'><p><a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank"></a></p></div>

    XOXO : Ubah warna ikut kesukaan anda.
    XOXO : ubah berapa gadget nak diletakkan bawahnya.


    2. Susun macam ni. 


    Nampak bulat merah tu tak? Make sure letak dekat atas gadget yang korang nak dia masuk dalam Tab tu.

    Faham tak? Boleh tanya.


    Sekian. 
    //Code are not mine.



    Tutorial : Border Background


    Assalamualaikum.

    Hollaa~ I'm back with tutorial. Dah lama aku tak bekerja. Hahaha. Okay, stop membebel.

    Request by Sys Nadya.



    Info : Background  ni akan lawa kalau korang punya blog tak ada coding transparent header. Arasso?

    1. Cari kod ni

    .content-outer { 


    2. Copy code ni

    background:url(http://3.bp.blogspot.com/-KzxxUj7LD5A/VEoajUnHM7I/AAAAAAAAFTw/kjIpS-bViCk/s1600/beach-burnett-headsfsfsfsfsfsfs.png);
    padding:10px;

    3. Preview. Jadi? Save kan. ^^

    E-Card Birthday for You.


    Assalamualaikum.


    Ini bukan segmen ye, bukan nak niaga ke apa ke.

    Aku cuma nak cakap, korang berilah tarikh lahir korang untuk aku buat e-card. Hadiah dari aku untuk korang.

    Aku nak bagi hadiah memahal memang taklah. T_T sebab aku tau buka Photoshop je. Yang lain tuu. Aku mana hadoo dueeet. Lols.

    So, tinggalkan tarikh lahir anda dan Inshaa-Allah ada rezeki aku akan buatkan e-card khas untuk besday korang. Mehehe. So Happy Besday untuk yang lepas akan datang dan hari.


    Tak paksa. Hehehe.

    ini khas untuk cik mimi masa hari jumat hari tu. [entri penuh]



    Saja nak mengeratkan ukhwah. Tapi untuk PEREMPUAN sahaja. Sekian. ^^


    Lamanyaaaaaaa aku tak pakai warna pink~ T^T Templatee baruu lagii. Kbai 

    Overdose Kasih Sayang.

    Assalamualaikum.

    Since aku tak boleh nak tidur lagi. Dan tiba-tiba Kak Nur As update post dekat blog dia buat aku yang nak pergi paksa tidur tercelikk mengalahkan Hantu Burung.


    Ini entri semalam.

    Ini special entri, aku acah-acah merajuk ja sebenarnya. HAHAHA, tak sangka Kak Nur sudi melayan perangai aku yang aku rasa tersangatlah annnoyyingg. Yang ini aku tak berapa nak buka mata luas sangat. Sebab aku tak minat beto. Miahaha. So sorryy. 

    Tapi orang kata kalau nak bagi benda kita kena bagi benda yang kita sayang kan? So ini special, Kak Nur kasi bagi orang yang dia sayang dekat aku. Hahaha.






    Korang ada orang up entri untuk korang? Hahaha, tak ada kan? Tak ada kan? So mohon jeles

    Dan sekali lagi kak Nur As up entri dekat blog diaa.. aku terus tergedik-gedik. *serius*

    .
    Ini post hari ini. Hehehe. 

    aku suka muka donghae dekat huruf 'A' yang last tu. Nampak sangat memeltingkan jiwa wanita kuu. Kbai. 
    Unnieeeeeee, choomalll saranghaee! Chommal kamsahamida. 


    Sebaik sahaja aku nampak wajah Donghae aku yang tersenyum bagai tengah menunggu aku itu buat aku tersengih-sengih macam kerang wangi. Oh please. Aku suka tengok senyuman mamat ni. Susahh gila nak buang. 

    Ini lah jadinya bila Ter-Overdose Kasih Sayang oleh Sys Nur As. Dapat 2 artworkk diaa. Miahaha. 

    Kau, dua kali dia buatt untuk aku. Sayang akak ketat-ketat, rapat-rapat. Hahaaha. 

    Serius. aku terasa sangat-sangat lah dimanjakan. Since semua blogger yang selalu singgah di blog aku majoriti adalah yang tua dari aku. 

    Sooo, thank you soo much Kak Nur. Hahaha, Thank you my beautiful. Nah lagu Donghae nyanyi untuk akak. Wajib tengok. Kalau takk.. aina nak merajuk balik. XD


    Please stay beautiful my dear lovely Sys Nur As. Ada jodoh kita jumpa, tak kat sini kat syurga kelak. Inshaa-Allah. 

    With Love,
    Aina Akmal Comey-loteey. 

    p/s : Makaseh Bini Sulung. XD. Habis semua 3Madu dah curang. Haha. Madu ku sorang lagi pun dapat juga. Haha.

    Untajuk. Again.

    .Assalamualaikum. ^^


    #ThrowbackMalamNakBalikKampung

    Saturday, 25 October 2014

    Siapakah MTAS?

    // To Mr The All Shared, sorry kalau ada maklumat salah dan ambil apa-apa tanpa kebenaran. -_- cek segan nak PM akhi-akhi sekalian. Hahaha.

    So Assalamualaikum.

    credit : MTAS Fan Page

    Ramai yang asyik dok tanya aku ni. Siapa MTAS, yelah aku ni kalau orang tanya video wajib tengok. channel wajib tengok mesti tak miss perkataan MTAS.

    Siapa MTAS? MTAS tu apa? Menetas eh? Bukan. Hesh. Tak baik hampa ni. -_-

    MTAS adalah singkatan kepada perkataan MR THE ALL SHARED.

    So apa kelebihan mereka ini? Mereka adalah Vlogger yang buat video secara berjemaah. Kalau macam Mat Lutfi dan lain-lain tu buat secara Solo kan? So mereka debut ( Hahaha, aku pakai bahasa macam depa artis Korea. T^T ) Aku tak tau berapa actually member dalam grup ni. Tapi yang pasti mereka bergerak secara berjemaah dan agak ramai.


    Mereka adalah pendakwah muda belia lagi. Dan bestnya dorang ni dorang ni semuanya berkawan sejak dari kecil (kalau tak salah) dan sekolah asing-asing. Tapi time cuti semuanya lepak sesama. So sekarang dorang semua ni dah sambung belajar ke Universiti.




    Ini aku copy paste dari Facebook Page Mereka. [Klik Gambar untuk ke Page]

    ASSALAMMU'ALAIKUM..kitorang hanya sekadar menyampaikan cara penyelesaian dalam isu2 yang melibatkan para remaja dan juga menyeru seluruh remaja agar kembali mengamalkan gaya hidup ISLAM yang sememangnya indah, kitorang menggunakan kaedah lakonan n multimedia untuk menyampaikan mesej kitorang. Kitorang berpandukan kepada ALQURAN dan HADIS dan juga pendapat2 yang berdasarkan hukum ISLAM..IF WE ARE GETTING WRONG SOMEWHERE, HOPE U ALL CAN HELP US TO GAIN MORE KNOWLEDGE ABOUT ISLAM..INSYAALLAH..WALLAHU'ALAM


    So? Ada faham mengenai mereka sekarang? Mereka semua ini dan termasuk awak dan saya adalah pendakwah, cuma bezanya cara kita bergerak. Tabarakallah.

    Dah jangan tenung lama-lama. Ni semua member MTAS. Aku kutip dekat blog depa. HAHAHA. Maaf~ XD Credit kat depa balik. Aku cuma collage kan gambar ni. uhu. 

    Boleh follow mereka di sini.

    ______________________________________________________________

    Untuk latest news, aku tau dorang join satu video contest untuk dapat RM 5000.

    So,

    Selepas undian telah dilanjutkan sehingga 26 Oktober 2014 ini  !
    Beginilah nasib kedudukan kami sekarang ! (sekarang jatuh no 5 dengan perbezaan undi yg jauh, takpe2 Allah kan ada  )
    Jemput lah untuk terus mngundi !
    Ajak agi ramai2 untuk mengundi !
    Kalo lah kami dpat menang kategori Video Paling Popular dlm prtandingan ini !
    Duit kemenangan tersebut dapat kami miliki !
    oh... betapa besar manfaatnya utk usaha dakwah kami 

    ************
    macam mana nak undi?
    ok follow je step ni

    1. tekan pada link ni untuk sign up dulu,
    http://ffp11.my1content.my/Account/My1Register.aspx

    2. Lepas siap sign up,
    tekan pd link ni pulak untuk undi, (kene sign up dulu baru boleh undi)

    ini link ke video Hijab Makes You Beautiful
    http://ffp11.my1content.my/videocontest-details.aspx...

    ini link ke video hop3ill
    http://ffp11.my1content.my/videocontest-details.aspx...

    so undi kedua2nya sekali. 

    ************
    " This Is My War ", sebuah full action short film berkenaan jihad is coming !
    Sangat2 mngharap duit kemenangn dlm prtandingan ini.

    faham2 jerlah kami, ,
    semua nya masih student  , takder sumber kewangan sendiri  ...

    may Allah Bless You 

    _________________________________________________________________________
    Ini aku copy pastee juga ye~





    // ps dalam ni bukan suara depa yee. HAHAHA. nanti hampa melting pulak dengaq ni. depa miming je,suara sebenar adalam suara Voice of Men.









    “Hijab Makes You Beautiful”

    You're secure, i know what for
    lower your heads when you walk through the thro-o-o-ongs
    Don't need make-up - to cover up
    Being the way u hijab that's eno-o-ough
    Everyone else with imaan can see it Everyone else but you
    oh girl you light up the world like nobody else
    The way you hijab your self gets no overwhelmed
    the way you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know Oh oh
    You don't know you're beautiful!

    If only you saw what I could see You'll understand why GOD wants you care of it
    Right now HE's looking at you and you have to believe
    You don't know Oh oh You don't know you're beautiful! Oh oh
    Hijab makes you beautiful!
    so c-come on!! you got it wrong! To prove I'm right I put it in a so-o-ong
    cause I know why, you're being shy

    And turn away when they look into your eye eye eyes
    Everyone else with imaan can see it Everyone else but yo-ouuu
    oh girl you light up the world like nobody else
    The way you hijab your self gets no overwhelmed
    the way you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know Oh oh
    You don't know you're beautiful!

    If only you saw what I can see You'll understand why GOD wants you care of it
    Right now HE's looking at you and you have to believe
    you don't know Oh oh
    You don't know you're beautiful! Oh oh Hijab makes you beautiful!
    Na na na na na na naaaa na na, Na na na na na na.

    Na na na na na na naaaa na na, Na na na na na na
    .oh girl you light up the world like nobody else
    The way you hijab your self gets no overwhelmed
    But when you smile at the ground,
    it ain't hard to tell You don't know Oh oh
    You don't know you're beautiful!
    oh girl you light up the world like nobody else
    The way you hijab your hair gets no one overwhelmed But when you smile at the ground, it ain't hard to tell
    You don't know No Oh oh You don't know you're beautiful! If only you saw what I can see You'll understand why GOD wants you care of it
    Right now HE's looking at you and you

    have to believe You don't know No Oh oh
    You don't know you're beautiful! No Oh oh
    You don't know you're beautiful!
    No Oh oh Hijab makes you beautiful!

    Lyrics by :
    Mr The All Shared, Azfar Ibni Hamzah, Aisyah Shakirah
    So dah kenal sekarang? Ini salah satu video yang di pertaruhkan dalam contest tersebut. Moga Allah permudahkan urusan kalian. So, jom undi untuk bantu mereka. ^^ Fyi, video parady ni sangat lah mahal belanjanya. T___T , tapi demi dakwah mereka bersusah - payah , pergi shoot sana sini. (aiwahh ayat den)

    Nota : Semoga suatu hari nanti tercapai impian anda untuk buat filem untuk di tayangkan di cinema. Ada rezeki nanti nak pergi tengok juga. (budak tak pernah masuk pawagam. HAHA. )

    Sekian,

    Harap korang kenalah lah ye siapa ENCIK MTAS yang aku selalu sebut yee~