Tuesday, 30 September 2014

Artwork : TRAPPED

Assalamualaikum.


Cewah, dah lama aku tak buat benda ni. tiba-tiba rindu menjelma pulak lah nak buat benda ni.
Sila hala cursor anda ke arah gambar
untuk mendapatkan warna yang sebenar. Sekian. Lols. 

Hoho, aku dah melting tengok laki tu. Aumm. Sangat comel. hensem, hot. melting berganda. ouch. ouch. *penyakit sawan kembali*

Okay. bye. 

Do comment. Buruk baik ku terima seadaanya. haha. XD Sekian.


CPUV : SENHENG Online Store & Sime Darby LPGA 2014

Assalamualaikum! ^^


Check Nuffnang 2-3 hari, ada 2 CPUV baru. Alhamdulillah.


1. Sime Darby LPGA 2014



2. Sengheng Online Cash Voucher


Aku salute sama lu SengHeng. 25 tahun berlalu dan anda berjaya membuka hampir 100 cawangan. :)


Btw, jika anda nampak iklan-iklan itu berjoget.. jemput klik ye~ ^^


SentapSelasa#2 : Kalau kau benar-benar orang beriman.. buktikan.

Assalamualaikum.



Orang beriman, dia tak perlukan couple, bf/gf, dan ajnabi untuk nak hiburkan hati dia.

Cukup bagi dia, rakan-rakan sejantina yang soleh. Dengan BERUKHWAH dengan mereka, hati akan hidup!


Kebiasaannya, orang biasa akan senyum dan ketawa sorang-sorang bila chat/mesej/call awek pakwe bagai.

Tapi orang yang beriman, dia mampu ketawa, senyum sorang-sorang, menangis kegembiraan dan rindu, bila bersembang dengan rakan sejantinanya.

Percayalah.

Kebanyakan orang yang couple ni, kerana mereka tak jumpa betapa NIKMATNYA BERUKHWAH dengan sesama jantina.

via - Tarbiyah Sentap


p/s : Anda mampu mengubahnya, andai benar dalam hati anda sayang akan Allah dan Rasulnya. 

Monday, 29 September 2014

Terpaksa tidur awal..

Assalamualaikum.



Malam ni.. aku tidur awal. Haha. Dah lama tak rasa tidur awal. Poyo gila. Ye, awal lagi pada aku kalau pukul 11 : 53 pm. 

Sebab aku biasa pukul 2-3 pagi baru tidur. Sebab tu kadang-kadang masa anda tidur bangun pagi esok blog aku berubah wajah. Sebab aku akan duduk depan lappy sambil tenung Photoshop, Coding Blog , Coding colour dan seangkatan dengannya. 

11 : 55 

Have a nice dream awak. Good night. Dream me. :P 

Freebies : Double Line Background {2}

Assalamualaikum. 




Dark Grey + Light Grey
http://i.imgur.com/sM90h6g.png




Light Grey + Not so Dark Grey. [luls]
http://i.imgur.com/AL0DCEC.png




Yellow + Red 
http://i.imgur.com/IwK5F5B.png



Yellow + Brown(Chocolate)
http://i.imgur.com/HFxOkFn.png




Pink + Brown
http://i.imgur.com/cLoQNTh.png




Blue Pastel + Brown
http://i.imgur.com/9YlKKj6.png


Do comment kalau nak ambik. 
Don't re-freebies without my permission. 
Please, kesian aku buat doh. luls. XD


Tutorial Double Line Belakang Sidebar Title

Assalamualaikum.


Sebenarnya dia cuma background titlle tu je, cuma tambah dengan gambar line sendiri. Faham tak? 

1. Dashboard > Template > Edit HTML

2. Cari kod ni

h2 {

3. Pastekan code ni di bawah kod yang di cari tadi.

background:url(URL GAMBAR ANDA);
background-repeat: repeat;
background-position:left center;

4. Preview. Jadi? Save kan,

Nak background double line? Boleh ambil sini [ TEKAN ] [ TEKAN ]

Sekian, do comment. 


Freebies : Double Line Background {1}

Assalamualaikum.






Grey + Pink Pastel


http://i.imgur.com/C0Jf4K0.png




Red + Black


http://i.imgur.com/BA5gMrh.png




Blue Pastel + Pink Pastel


http://i.imgur.com/5mH54oe.png




Blue Pastel + Grey


http://i.imgur.com/UGTHx5j.png




Purple + Blue pastel


http://i.imgur.com/S8d0s6I.png




Light orange + Blue Pastel

http://i.imgur.com/Vqk8L7y.png



Do comment kalau nak amik. 
[Jangan nak re-freebies tanpa kebenaran,]




Ole-ole dari KL.

Assalamualaikum,




Khamis minggu lepas si adik kembar aku tu Kuala Lumpur sebab ada rombongan sekolah. Pergi 3 hari 2 malam. Tapi aku rasa macam dorang pergi sehari je luls. T_T
Cepatnya masa berlalu.

Hantar dorang dekat sekolah pukul 6 petang, bas sampai pukul 7. Good. Dengan masa tu hujan lebat semuanya. Adik aku pulak boleh main aci kejap masuk kereta kejap keluar kereta. Mujur tak demam. Alhamdulillah.

Trip dorang pada hari pertama, kiranya tidur atas bas je lah ye. Dorang ke KL naik bas dan balik naik flight. Ini aku jeles, sebab aku dulu rombongan pergi balik naik BAS je. Sedihh wuu~

Okay apa-apa pun adik kembar aku dah selamat pergi dan pulang ke rumah. Alhamdulillah.

Nak di jadikan cerita, dorang beli hadiah dekat Si Alya tu sampai dua. Dekat aku tak ada. Sedih gila kot. Aku menangis. Haha.

Memang aku boikot budak berdua tu. Geram gila. Aku jalan tak pernah lupa beli apa-apa dekat dorang, sekali droang jalan tak ada beli apa-apa dekat aku. Sob.. sob.. Memang lebat lah air mata aku.

Bukan nak ngungkit, tetiba rasa macam tak disayangi oleh adik-adik sendiri.

Sebabkan si Alya tu dapat dua hadiah, satu baju satu jam. Jadi dia bagi dekat aku jam dan dia ambil baju.

Sedihhnyaaa! Dapat hadiah bekas orang.  T___T

Inilah jam yang di ceritakan.. haha, hot pinkk uolss~ Hahaha, over benoo pinknya. 

Nak merajuk lebih-lebih aku tak sampai hati. Ambil je lah walaupun tak suka. Bukan tak suka jam tu, tak suka dapat hadiah bekas orang..

Pujuk je hati ni sebab kenangkan dorang tu baru 10 tahun.. Hahaha. Tak baik berkira kan.. Tahun depan dorang pergi rombongan lagi.. Aku paksa beli yang mahal-mahal. HAHA. 



Awesome Home Theater [12 Pictures]

Assalamualaikum.

Tadi jenguk Facebook, pergh terjumpa gambar-gambar yang ohsem gila ni.

1.


2.








3.

4.


5.

6.


7.


Ini aku tengok yang aku paling berkenan. XD. Penataan dia klasik mewah. Rasa macam dalam filem pulak!
 8.

9.


10.


11. 

Ini pun aku suka, mode design, tapi kurang best sebab kedudukan dia sama jee. Ceh, macam lah ni tempat hang Aina. T_T
12.


Haoaha. Dah habis tenung? Bilik mana yang korang suka? Ini kalau dapat bilik ni feeling habis layan drama Korea. Kalau angkut kawan-kawan pompuan. Hahaha. Sudahnya depan tu je lah melepak.  Kan? Kan? Kan?

Setakat TV dekat asrama yang kecik tu pun ramai nak layan, ini kan pula home theater..

Sob.. sob.. mampu tengok je lah sekarang.. Huahhh!


First Time "Segmen : Blog Review"

Assalamualaikum.


Klik untuk join. ^^



Monday Reminder : Jangan Jadi Manusia yang RUGI

Assalamualaikum


Tenang hati tengok senyumannya. :)


"Orang yg datang ke majlis ilmu tetapi tidak bawa pen untuk mencatit umpama orang yg berjihat tetapi tidak membawa senjata. Walau tak mampu miliki
kitab kurang2 bawa lah pen atau kertas untuk mencatat apa yg di sampaikan.

Berkata Al Imam Syafie ;

Ilmu itu umpama mangsa yg sedang diburu, maka kalau dapat mangsa hendaklah kamu ikat. Untuk mengikat ilmu itu hendak lah kamu mencatit. Sungguhlah tidak layak dilakukan seseorang susah payah dapat mangsa dilepaskan begitu sahaja tanpa di ikat. Umpama itu lah orang mendapat ilmu tidak di catit.

Demikian perumpamaan yg di berikan oleh Al Imam Syafie.

Dan orang yg dalam belajar tentang ilmu itu di dalam sabarnya itu mencari ilmu susah payah dan juga sabar bila menghadapi orang lain yg memperli kepadanya atau memperlekehkan dia.

"Awak apa nk jadi, nk tunjuk awak ini alim ka?" 

Menyingkapi dengan orang seperti ini. Jangan dihina, jangan merendahkan, jangan memaki kepada orang tersebut.

Jaga lah adap ilmu melalui perkataan yg kita ini diberi lidah untuk berkata dengan kata2 yg baik. Bila mana tidak mampu berkata baik, sebaiknya kamu diam.


Al Habib Ali Zaenal Abidin

Sekian.


"Manusia sentiasa berada dalam kerugian melainkan orang-orang berpesan dengan kesabaran dan kebaikan."

Akhirnyaa, Aku Ke Bulan..

Assalamualaikum. Jawab ye ehh awakk. Hehehe.



Aku jeling jam laptop dah pukul 4:44 AM. Wahh, lawoonya dia punya timing! Pinggang aku dah sakit gila. Mengadap lapyy dari pukul 10 malam tadi sampai sekarang, dan still belum tidur. Kepala pun dah mabuk - mabuk ni.

Tapi aku puas, sebab blog dah ke bulan. Yeah! Berada di galaksi gituh. T__T Hahaha.


Aku sangat suka dengan gif Salji ni. Hahaha. Asalnya nak buat header, tapi kalau dalam size besar lebih kurang 1.3 MB. Gila besaq! Aku lupakan je lah hasrat aku yang tu. Sob sob. 

Aku ubah sebab aku pening dengan gambar Upin-Ipin semalam. Serius tak tau kenapa. Mungkin sebab dia berada dalam space yang agak kecil. Kalau size besaq macam tv mungkin okay kot. HAHAHA.

Aku kalau tak nak guna je freebies orang yang cursor tu. Tapi tak jumpa yang berkenan.. terpaksa jugalah aku buka Photoshop, design yang simple je. Sangat simple. 

Aku puas dengan hasil editing aku. Aku sebenarnya plan nak ubah muka lagi sebulan, tapi semalam punya blog dah serupa TADIKA. Jadi aku lupakanlah sebulan lagi tu. Aku pening, aku tak boleh ngadap lama-lama. Aku sakit kepala. 

Bila tengok sekarang ni nampak comel pulak. --' Haih. What daaa fisshh betoi hang ni Aina. 


Okay, aku sebernarnya tak tau natang apa nak cakap dah. HAHAHA. Tudiaa hang. 

Esok petang aku rajin aku buat tutor. Haha. Freebies sekali yaa~ Ok baii.



Sunday, 28 September 2014

FREEBIES : [HOME] [NEWER] [OLDER] GALAXY RED ICON {2}

Assalamualaikum,


Ada yang minat? Haha.

Just untuk follower aku je ye. Siapa nipuu. Hahaha, kau jawab dekat akhirat nanti. Satu lagi, jangan re-freebies ye. Aku jumpa, memang sakit kauu kena nanti. HAHA.
*gelak serius*




http://i.imgur.com/jhccxsU.png



http://i.imgur.com/H5ZV9Wy.png



http://i.imgur.com/FfzvUgN.png


Sorry ye aku dah pernah guna, bukan apa dari aku simpan tak guna, baik aku bagi orang pakai kan? :)

Mohon comment kalau nak ambil ye~ Sekian.
Tak amik pun komen. HAHAHA. -_- Papai~


Freebies : [Home] [Newer] [Older] Upin Ipin Icon {1}

Assalamualaikum,

Ada yang minat? Haha.

Just untuk follower aku je ye. Siapa nipuu. Hahaha, kau jawab dekat akhirat nanti. Satu lagi, jangan re-freebies ye. Aku jumpa, memang sakit kauu kena nanti. HAHA.
*gelak serius*


http://i.imgur.com/kMPcSJY.png

http://i.imgur.com/OSLo9MP.png

http://i.imgur.com/XP62ait.png

Mohon comment kalau nak ambil ye~ Sekian.

Tak amik pun komen. HAHAHA. -_- Papai~

Peningg dengan blog sendiri. Haha.

Assalamualaikum,

Aku tengah pening lalat dengan aku punya rupa blog sekarang.


hahaha, akhirnya bejaya aku buat gif ni. :3

Okay, back to the topic. Huaaha. Blog aku dah macam blog tadika. Actually, lama-lama aku tenung blog aku pening dengan warna blog aku sendiri.

Asalnya, konon-kononnya upin ipin ni nak gambarkan si adik kembar aku tu lah. Perangai pun dah nak semacam upin ipin je keje. Aku pula kak ros. Hahaha. Itu adik-adik aku cakap lah. Aku memang dah nak serupa Kak Ros, garang tapi baik. Hahaha.

Maybe sebab dia anak sulung dia rasa dia big boss. Siapa kakak mesti rasa apa aku rasa. HAHA! :P dan siapa adik mesti rasa apa upin ipin rasa. 

Blog ni saja-saja aku hias untuk raikan besday dorang kononya. Tapi bila aku sendiri dah pening dengan warna blog ni. =_= Lebih baik aku tukaqq ja. Tapi bukan sekarang lah. Seminggu ni aku tak buka blog dah, setakat post entri je la kot. 

Konon. Hahaha, tengah malam satgi aku ubah balik rupa blog aku macam tadika ni. Aku tak tahan tengok warna kuning tu. SAKIT KEPALA AKU DOHH. T___T

Aku sebenarnya tengah geram dengan adik kembaq aku tu. Tapi aku buat-buatlah tak marah dengan edit jadi blog aku ceria. Haha, ceria konon. T___T

Mohon comment rupa blog budak tadika ini. Sekian.  

Awak masuk blog budak 6 tahun bukan 16 tahun. HAHA

Ahad Sepi : Mood Down 100%

Assalamualaikum.



Abaikan background blog aku macam budak tak matang. Aku sebenarnya nak ubah blog aku jadi hitam sebab mood aku tengah down dan tak seceria warna blog aku warna pink. Abaikan header bengong aku tu. just a test aku dengan PS. 

BYE.