Sunday, 31 August 2014

Relevankah Cara Sambutan Kemerdekaan Di Malaysia?

Assalamualaikum.

Dah petang merembang macam ni, baru aku nak update entri. Ye, setelah sepagiaan aku mengedit blog dari warna biru ke warna pink. Sorry jangan marah aku ye. Please. Hehehe. Aku ni manusia yang jenis akan berusaha sampai mendapat kepuasan diri yang maksimum.

Even semalam aku dah buat warna biru, tapi still aku tak puas hati. Hati aku meronta-ronta supaya aku buat blog aku jadi warna pink. Now, dari atas sampai bawah semuanya warna pink. Yayy! Ada benda aku tak siapkan lagi. Tapi tak apalah.


Actually, pengakuan jujur aku ye. Aku tak minat nak sambut merdeka ni semua. Tak ada feel pun. Sikit pun tak ada.

Aku rasa aku lebih semangat kalau majlis ni di sambut dengan majlis kesyukuran atau Qiamullail. Apa salahnya kita tukar cara sambutan kita.

Malaysia bukannya baru merdeka, Dah lama. Cukup-cukup lah dengan majlis yang melalaikan umat Islam Malaysia dan yang membazirkan wang rakyat.

Apa kata kita ubah kepada..


  • Adakan ceramah sementara tunggu detik 12:00 malam. Sekurang-kurangnya tidaklah membuang masa dan hati pun di sirami dengan ilmu. Inshaa-Allah majlis akan di penuh dengan malaikat dan Allah pun redha. Duduk dalam salah satu Taman RAUDHAH, tak akan tak nak kot?

  • Qiamullail Perdana maybe? Sujud kepada Allah kerana Allah beri kita nikmat bernafas atas bumi yang agak sejahtera walaupun hakikatnya ada masalah sosial yang agak teruk.

  • Majlis Kesyukuran/ Tahlil Dari kita baca sajak dan menyanyi, better baca Yaasin untuk pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu. Bukan kata baca sajak salah, tapi mana yang lebih AFDHAL dalam ISLAM? Mana yang lebih di tuntut dalam Islam. 


Memang kita berbilang agama dan kaum, aku hormati itu. Biarlah agama lain nak sambut macam mana. Kita sambut cara orang Islam. Jangan lah jadi dungu. 

Ke korang nak cakap,

"Setahun sekali je. Bukan selalu."

"Mati sentiasa tunggu kau. Kalau kau mati dalam keadaan yang tak ingat Allah masa tu.. kau nak cakap apa?"


Agak-agaklah kan, dalam tengah-tengah konsert ada ke yang nak berselawat? Malaikat pun tak ingin jejak tempat setan macam tu.

Tak salah nak sambut Hari Kemerdekaan, Yang Salah macam mana kita Sambut Hari Kemerdekaan tersebut.



So, Relevankah Cara Sambutan Kemerdekaan Di Malaysia?
Tepuk hati, tanya Iman.



Anak Kedah,Malaysia
Aina Akmal

"Bloglist Kerana Kau Ada"

Assalamualaikum. hehe. entri keduaa pulak. yay! Jom join ramai-ramai! ^^

klik banner untuk join. :)


Berakhir pada  9 September 2014 

Meh Join BlogList CikAyue

Assalamualaikum, :) 
Entri segmen pertama untuk hari ini. hehehe. ^^

klik banner untuk join, :)



Senarai Peserta Segmen Blogwalking : When I Was A Kid

*TAMAT*

Senarai peserta Segmen Blogwalking : When I Was A Kid



Happy Blogwalking! ^_^ Thanks sebab sudi join, hehe.

1.http://fionamauricefaith.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
2.http://norshamimi.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
3.http://karyamahirah.blogspot.com/2014/08/segment-blogwalking-when-i-was-kids-by.html
4.http://syazdanny2329.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
5.http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

6.http://dianeeya.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
7.http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
8. http://amieznuown.blogspot.com/2014/08/18-segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
9. http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
10. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

11. http://the-astraphobia.blogspot.com/2014/08/segem-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
12. http://umikasum.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
13. http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
14. http://hijaukoko.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
15. http://mama3farhanah.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

16. http://adna2029.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalkingwhen-i-was-kid-by.html
19. http://mrs-ohsehunnn.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid.html
20. http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

21. http://nurulhidayahpeace.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
22. http://ehtejakettew.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
23. http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
24. http://aisyaieyka.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
25. http://syahirahvaliant.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

26. http://cikhanicruzier.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
27. http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
28. http://jindrisska.blogspot.de/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
29. http://sayasukala.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid.html
30. http://cikayuekechik.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

31. http://aunidenovella.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid.html
32. http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html
33. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html


TAMAT





Saturday, 30 August 2014

Khawin. khawin.

.Assalamualaikum dan selamat petang.
 ^^v

Aku ni tengah on the way nak ke kenduri yang kedua untuk hari ini. Kenduri yang first tadi 3 pasangan terus khawin. Terima 3 menantu perempuan terus kawan mama aku n.

Ni sekarang nak ke kenduri yang kedua. Tapi tak jumpa jalan pulakk. Hahaha.

Sekarang kitaorang macam dah nak keluar Kedah. Haha. Sadis. So. Kenduri yang kedua ni tak jadi pergi.



Dalam mood nikah khawin ni aku belanja korang satu kata2.

Okay. Aku nak kaya. Nak nikah sekarang boleh? Heehe. gurau.

Cakap pasal nikah kahwin ni.. Kawan-kawan aku semua aim nak khawin awal. Paling awal umur 18. Hahaha. Aku pun tak tau nak cakap apa.

Ada sedara aku khawin umur 17 dah nikah dengan ustaz dia. Fuyohh. Aku kalau di suruh nikah dengan ustaz.. InshaaAllah aku nak. Hehehe.

Okayy. Papai. Hehe. :) Kak Nadya.. Esok nikah jangan lupa jemput. Hahaha. _(o´ω`o)ノ


Bertukarr wajah lagii~ Hahaha.

Assalamualaikum,

Semalam kann aku kejelasan tengok blog kak Nadya yang comel warna pink gituhh. Jadii aku pun tukarr warna biru. Kak Nadya cakap. Blog aku menjadi ispirasi dia nak bertukar. Lols. hahaha. -__- Bangga tauu. Hahaha


Jadi aku dah tukar header aku yang di tambah dengan own made doodle. ehe, comel tak doodle ustazah aina tu? Yaayy! Baik korang puji comel. kalau tak. hahaha. jagaa korang. :P

Ini rupa lama blog aku. Ehehehe. :)



Hahaha, macam orang sakit.

Beberapa perubahan telah aku lakukan dalam blog ini, terutama sekali iklan!

  • NUFFNANG VS 8SHARE

Kenapa aku buang ads nuffnang? Sebab yang utama adalah, IKLAN Perempuan SEKSI GILA. 

Serius demi menjaga pandangan mata pihak terutamanya lelaki, aku buang dan tak nak tambah dosa. 

Well ianya satu pilihan bukan kewajipan.

Aku gantikan dengan 8share, yes. Tu yang dekat sidebar aku tu. "20 sen untuk Aina"

Bila orang klik inshaa-allah aku akan dapat 20 sen. dengan syarat dia loading penuh lah.

So iklan 8share ni boleh letak ikut kretiviti. Tak macam nuffnang. :) 

Jemput klik-klik ye. Nanti aku belanja korang balik dengan klik iklan korang, eheh. ^^


  • Footer

Aku ada tambah foooter yang tak comell tuu.  Hahaha. Kfine.


Itu je lah aku rasa yang lain tu macam biasalah. hahaha.


By theee wayy..


AKU NAKKK PROMOTE NOVEL YANG AKU tengah tulis sekarangg.

Klik untuk baca~ feel free untuk comment. :) thank you. babai.


Friday, 29 August 2014

Artwork : Please Be Mine

Assalamualaikum and selamat petang semua.

Lately idea aku nak update tak ada. Nak update apa-apa aku akan kena fikir beratus kali. Hahaha. Over je.

By the way., hari ni aku belanja korang artwork aku yang tak seberapa ni. Lols. Nak tengok takk? Sila tepuk tangan. Yaayy! Hahaha. Mengada. Lols.


Tadaaa~ takk lawaa kan? Hahaha. Feel free to drop your comment. My pleasure. Hehe.

So, ini adalah throwback edit. Yehaa! Ade ke? Tak de pun.. Tak pe.
Hahaha. Aku buatkan. Aku dah edit ni lama.
Soo. That's all for now. Nak cari idea nak edit blog. Sakit mata tengok warna blog ni. Lemah dan tak bermaya. Hahaha.

Papai~ 

Thursday, 28 August 2014

Wordless Thursday

Assalamualaikum. ⊙ω⊙

#MuhasabahDiri

Sentap. Makan dalam. Selamat Petang. ~

p/s: Bila boleh bw entah lah. Mamaa pakai lappy. TmT

Wednesday, 27 August 2014

Segmen I Love Malaysia Bersama Cik POP

.Assalamualaikum

Entri kedua aku untuk hari ini. Hahaha, so. I join segmen lagi. Lately ni, memang aku selalu join segmen. Dulu time aku mula-mula blogging malas nak join-join ni. Tapi sekarang dah terjebak sekali. Best pulak. kenal blogger-blogger lain.

Actually, aku rasa dari facebook kan, best lagi blog, Sapa setuju? Angkat tangan! Yayy~


Aku orang Malaysia dan aku LAHIAQ kat KEDAH bak kata Mat Lutfi. Eheh,

So, ada siapa-siapa tak tahu aku orang Kedah? Hahaha, ni aku nak habaq la ni. Well~ gaya aku cakap selalu bunyi belah-belah selatan kan? Tak bunyi utara. Bukan cakap, I mean taip. Hahaha.

Aku memang dah terbiasa cakap macam tu. Serious, janggal nak cakap Kedah dalam alam maya. Kecuali bila jumpa kawan-kawan dalam dunia realiti.  Cuma kadang-kadang ada perkataan lagi best tulis dalam bahasa Kedah. 

Dulu kakak angkat aku sembang dengan aku macam aku duduk dekat Selangor. T___T Then, aku cakap.. akak saya duduk Kedah kak. Hahaha,dia cakap dia lupa aku duduk Kedah sebab cara cakap aku. Sebab cara cakap aku jee. Hahaha. T___T

Bahasa Kedah setakat yang simple-simple je aku tahu.

Yang susah-susah. Haha, sorry. Kurang tahu. Sebab family aku. Mostly stay belah Perak, KL , Selangor, Johor. Mama dan ayah pun bukanlah asal Kedah. Jadi? Kampung aku esok dekat mana? Dekat mana weh? T___T

Mama aku dia cakap bahasa standard sikit. T___T. Terpengaruh dengan mama la kiranyaa ni. Hahaha. 

Tapi bahasa aku bercampur. Semua bahasa negeri Malaysia aku hentam. Yang simple-simple je lah. Hahaha. 


Panjang pulak entri aku ni. T___T 

Salam kenal semua. Muahaha. 


Klik banner untuk join~ Jom joinn ramai-ramai. Heheh



p/s : Aku rasa macam benda nak cerita hari ini. Serangan entri dua tiga biji hari ni, Eh? Hahaha.

Sekian. 

Proud with myself,
AinaAkmal


Kakii ku Berdarah.

.Assalamualaikum dan selamat pagi korang.

Hahaha, semua orang busy kerja dan study, dan aku di rumah mengupade entry. Yaayy!

Tajuk aku tu tak over kot. Sebab kaki aku benar-benar berdarah. T__T

Semalam aku nak mengusik adik aku yang si Aisyah. Dia baru darjah 4. Adik aku yang ada twin tu.

Konon-konon aku nak peluk cium dia lah semua. Aku acah-acah dia dekat bilik dia, lepas tu dia lari keluar bilik. Aku pun konon nak lari. Konon je.

Lepas tu memang aku tak nampak dekat pintu bilik tu ada ubat stapler. Eh tau ke ubat stapler? Aku tak tau korang panggil apa. Tapi aku panggil ubat stapler. Mehehe.

Yang satu bar. Ya Allah, Sakit weh. Sebabkan aku panik aku jerit suruh Aisyah tanggalkan. Hahaha, dia gelak-gelak dekat aku. Dia kata padan muka ka apa tah. Sebab dia tak nampak. Dia lari masuk bilik aku.

Nak tak nak aku terpaksa cabut sendiri, aku pusing tempat dan aku cabut. Sakit? Tak lah sangat. Cuma rasa ngeri. Hahaa, darah pun mengalir. Itulah, main time maghrib-maghrib. Dapat habuan dia. T___T

Imagine lah sendiri satu bar tu terlekat dekat tapak kaki aku. Sadiss betul.

Lepas tu aku cari adik aku. Haha, what a manja kakak. Hehehe,

"Adik tengokk ni.. Sakit.."

Manjaa kann aku? Hahaha. Actually masa adik aku gelakkan aku kena tu, dia terlanggar katil. And aku balas cakap dekat dia

 "P.A.D.A.N M.U.K.A" jahat aku. Hahaha.

Lepas dia tengok kaki aku, adik kembar aku yang sorang lagi datang. Azizah. Dia cari minyak gamat. Aisyah pergi amik kain dan cuci darah. Sweet Twinn~

Adik aku yang Alya tu buat muka tak ada perasaan. Padahal aku suruh dia tolong aku. Siap tu semua adik aku si Aisyah tu balut kaki aku.

And masa tu aku cakap, 

"Macam mana kakak nak solat?"

"Kak semayang duduk la."

"Tapi kaki dah berbalut. Camne nak amik wudu?"

"Olohh."

Aku pun gelak je la. Lepas tu aku buka balik, dan tak pakai dah balut-balut ni. Rimass~ 

Hahha, tak boleh nak tayang kaki den. Aurat doe. Aurat. Hahaha.

Aku jalan pun dah terjengket-jengket. 

Sakit kifarah dosa hang la Aina. Okayy. ^^

Till then. Papai~

So In Pain,
Aina Akmal

Tuesday, 26 August 2014

Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya

Assalamualaikum.

Segmen lagi. Hahaha, cepat sapa nak ajak aku join segmen tu. ;p



\Ya Allah, bagilah aku kekuatan nak update post yang award apa tah tu. Lols. Hahaha. Thanks sebab tag Aina. Ingat ye kat budak hingusan ni. sob sob./

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

Assalamualaikum.

Hahaha, aku dapat pegang laptop akhirnya. //laptop mak. T__T



Jom joinn ramai-ramai. klik banner untuk join. 





Wordless Tuesday

Assalamualaikum.

Jangan lupa kita adalah khalifah. Khalifah untuk diri sendiri dan khalifah untuk ummah.

Jangan pandang sebelah mata sahaja.
Manusia yang beriman dengan Allah hidup dengan tanggungjawab.

Saidina Umar kurang tidur pada waktu malam kerana bimbang urusan denganAllah belum selesai. Dan kurang tidur siang kerana bimbang ursan dengan manusia belum selesai.

Hablumminallah wa hambulmminnas.

Jaga hubungan dengan allah dan manusia .

Have a nice Tuesday. (´ε` )♡

Monday, 25 August 2014

Masih Wujud rupanya..

. Assalamualaikum dan Sobahalkhoir!

Hahaha, apa motif aku letak gambar ni? Ni saja aku nak tayang dekat mana aku ada sekarang. Hok oloh macam korang peduli kan? :3 Ahaha, aku tak kira korang peduli ke tak.. aku nak citer juga.

Aku sekarang ada dekat kolej mak aku. Bila sebut kolej ni.. ahaha, Paham-paham je la ye. Hahaha. Banyak student yang lagi tua dari aku ni. Banyak abam-abam hensem ni. Astaghfirullah. *low your gaze AINA* // Aku tengok sekilas je k. Sekilas halal. 2 kilas yang harom. Hoho.

Okay, okay. Apa yang masih wujud?

Rupanya wujud lagi lelaki yang baik-baik. Aku nak amik gambar grup tu. Tapi. Hahaha, segan weh, Kantoi aku ambik gambar dorang karang. Menangis aku berlagu-lagu. T____T

Kenapa aku kata dorang baik?

Okay, ini first time kay. Eh tak actually dah banyak kali. Sebelum ni aku jumpa laki baik versi budak sekolah. Sekarang aku jumpa budak versi dah habis sekolah. Versi matrik. 

Selalu aku dengar je mama cerita ada student kaya, baik. Okay, kali ini aku nampak sendiri. So. Ehem, mama boleh sedekah student mama satu dekat kakak? XD

Pastikan yang kaya dan pandai dan baik dan hafal quran. Hohoho.

Kenapa aku cakap dorang baik?

Pepagi macam ni dorang dah pasang Quran. Aku mula-mula dengar macam pelik. Bukan apa, macam dengar tak dengar je. Lepas lama-lama.. oh ayat Quran. Siap dorang ikut baca lagi sambil study. T___T 

Malu aku dekat diri sendiri. Hmm. Kenapa? Hahha, adalah. MALU nak cakap. ><

Itulah, nak jodoh baik. Baikkan diri dulu. Jodoh cerminan diri kita.
Tak caya? Pergi lah tanya orang yang dah khawin. Tak pun usha je mak ayah korang. Korang akan dapati mereka banyak persamaan. Serius. 

Pepagi dah bermotivasi jodoh semua. Uhuk!

Mama pesan dekat student perempuan beliau.

Cari yang bangun subuh dekat SURAU.
Okay mama, Roger! :)

Tapi.. jangan berubah kerana nak jodoh baik K? Berubah sebab Allah. Inshaa-Allah.. Everything gonna be okay. 

Please lah jangan couple. Dosa weh. Dosa. Haram tau dak? T___T 

Boikot le sekali perangai SYAITAN tu. Pleaselah. Tak sweeet kay. Rimas je aku tengok. 



''Wala taqrabu al-zina (Janganlah mendekati zina)'' (Q.S. 17:32).

Familiar dengan ayat ni? Allah cakap k, bukan aku, bukan ustaz, bukan mufti. ALLAH. 

Tuhan aku, tuhan kau.

Allah dah pesan, dekat pun tak boleh. ini kan pula buat? 

Beri aku seribu kebaikan couple?

Tak jumpa kann? 

Kalau khawin? Hahaha. Aku tau, semua expert. Tak yah citer. ^^

Okay, till then. 

p/s : Ada prof dari University Technology Sydney datang. Cerita pasal Engineering. Nak pergi join boleh takk? Haha.

Feeling Ohsem,
Aina Akmal

Novel : Sky Love part 4






Hafiz mendongak ke langit. Hela nafas berat di lepaskan,seberat rasa bersalah yang menggunung dalam dirinya . Rambutnya yang jatuh di ke depan di biarkan. Walaupun dia sudah meminta maaf dengan Elya, tapi dia masih tak tenang. Terasa bersalah.

Tak terlintas di hatinya untuk menghina Elya. Mesti Elya terasa sangat dengan mulut celopar dia. Semuanya berlaku sebab hatinya geram dengan bahasa Elya.

Hafiz menutup sliding door yang terbuka. Badannya di henyakkan di atas tilam empuk.

Matanya mulai memberat. Baru sahaja dia hampir tidur,

Lagu mesej bernyanyi riang, Hafiz merengus. Matanya di buka kembali.

“Jangan lupa solat isyak.”

Hafiz sekali lagi menghela nafas berat.

Solat. Satu ibadah yang telah lama dia tinggalkan sejak tamat zaman sekolahnya.

Mata Hafiz mencerah semula. Dia mengeluarkan jari dan mengira-ngira,

Hampir 8 tahun. Hampir 8 tahun dia meninggalkan ibadah wajib itu. Itu belum di kira yang dia ponteng secara sengaja.

Ah, pedulikan lah!

Hafiz menarik bantal di sisinya dan menekup mukanya.


* *

“Mama.baba...Elya dah nak khawin.” Tangannya menyapu pusara yang di penuhi dengan daun kering. Di cabut-cabut rumput yang bersaing untuk memunculkan diri mereka.

“Mama nak tahu, bakal menantu mama tu tak solat. Bukan sengaja Elya terima dia, Elya dah istikharah. Itu sebab El terima. Mama, El tak tahu apa akan jadi akan datang nanti. El takut, El akan jadi seperti masa silam El. El rasa ini cara Allah nak uji El, sekuat mana El.”

“Mama, kalau mama ada di sisi El kan best? Tolong pakaikan inai. Tolong hias bilik El. Tapi El tahu semua tu tak akan terjadi. Baba, El teringin baba yang jadi wali El.”

Selesai membersihkan kubur mama dan babanya, Elya duduk dan membaca Ya-Sin buat mereka berdua. Rindu mencengkam dirinya,

Mama dan babanya ketika usianya baru 12 tahun. Kemudian dirinya di ambil menjadi anak angkat makcik Maziah kerana suaminya meninggal dan dia tidak mempunyai anak.

Perancangan Allah sangat hebat.

“Mama, makcik Maziah kata dia sedih. Nanti El dah tak ada dekat rumah tu nak teman dia. El pun sedih nak tinggalkan makcik. Mama.”

Elya bangun menyapu debu yang melekat di jubbah hitamnya. Elya mengenakan cermin mata hitam.


Baru sahaja dia mahu membuka langkah, Hafiz muncul.

Dari planet mana dia turun ni? Elya mengurut dadanya terkejut.

“Apa awak buat pagi-pagi dekat sini?” soa Elya,

“Cari awak.”

“Eh? Asal cari saya pulak?”

“Makcik suruh.” Bohong Hafiz.

“Oh, kenapa?”

“Dia suruh awak balik dengan saya.” Ligat bibirnya membuat cerita.

“Eh? Kenapa pulak?”

Hok oloh perempuan ni banyak tanya pulak.

“Awak memang suka banyak tanya eh?”

“Yelah, kalau tak tanya nanti sesat jalan. Kalau sesat jalan dengan orang lain tak pe. Kalau dengan awak. Ish! Nauzubillah.” Elya mencebir. Apa kaitan ayatnya dengan soalan Hafiz ye. Lantak,cikgu dulu cakap jawab je. Jangan kisah betul ke tak.


“Awak ingat saya teruk sangat ke?”

“Memang pun.” Balas Elya pendek.


“Ehem.” Suara garau menegur mereka. Mereka mencari dari mana datang arah suara tersebut.

Hafiz dan Elya menelan air liur sendiri. Tiada orang? Sudah.Masak kali ni.


Elya sudah menonong ke depan. Tak kuasa dia nak duduk di sini lama-lama. Elok lah sangat akhlak macam ni, bertekak dekat kawasan kubur. Kan dah ada yang menegur?

Makcik!


Hafiz mengikut rentak Elya.

“Penakut awak ni ye?” usik Hafiz.

“Awak berani sangatkan? Pergilah bertapa dekat kubur tu. Awakkan hero?”

Hafiz mencebik.


“Awak nak balik naik apa?”

“Saya tunggu makcik.”

“Asal tak drive?”

“Tak pandai.”

“Ambillah lesen.”


Ya Allah mamat ni. Asal banyak cakap sangat ni? Sakit kepala!

“Tak nak.”

“Kenapa?”

“Sebab saya tak nak.”

“Kenapa?”

Ini yang buat dia nak meledak ni.


“Kenapa awak banyak tanya?”

“Sebab kalau tak tanya nanti sesat jalan. Tapi saya tak apa kalau sesat jalan dengan Cik Elya, saya okay je. Tak kisah.”

Hafiz memulangkan ayat Elya.

Elya memalingkan wajahnya. Malas dia layan.

“Makcik awak tak datang lah sebab makcik awak suruh saya ambil awak.” Hafiz mengeluh.


“Mak cik saya tak akan izinkan saya naik sekereta dengan lelaki. Berdua pulak tu. Eish.”

“Kita bertiga lah, ada driver saya.”

“Serius?”

“Ye lah serius.”


Beberapa minit kemudian kereta Mercedes Mak Cik Maziah memunculkan diri.

Elya pelik. Dia merenung Hafiz tajam.


“Liar!”


Makcik Maziah menurunkan tingkap keretanya.

“Eh, Hafiz pun ada dekat sini. Hafiz melawat siapa?” soal makcik Maziah telus.

“Melawat kawan, kebetulan pula jumpa Elya dekat sini.” Pandai Hafiz berhelah.


Elya merengus geram.
Geram sangat. Sangat geram.


“Makcik, boleh saya nak pinjam Elya kejap?”

“Nak bawa ke mana?”

“Mak cik jangan risau. Ada benda nak cakap dengan dia sikit.”

“Hmm, kalau macam tu tak apalah, Jangan lama-lama sangat.” Berat hatinya membri keizinan.

Elya menonong berjalan masuk dalam kereta. Tidak di hiraukan permintaan Hafiz itu.

“Eh, kenapa ni El? Bukan Hafiz nak bawa El keluar ke?”

“El nak balik makcik. Tak nak ikut dia.”  Moodnya mati.


“Kenapa ni?”

“Makcik please..”

“Hm.. yelah.”


“Hafiz, maaflah. Si El ni pula nak touching-touching.” Usik Makcik Maziah.

“Tak pe. Saya faham.”

Hafiz masuk ke dalam kereta.

“Mana aweknya?” soal Pak Amin pelik. Beria-ria Hafiz meminta dia menjadi pemandunya hari ini. Surat khabar di tangan di lipat dan di letakkan di sisi.

“Dia marahkan Hafiz.” Hafiz bersandar di kerusi belakanng.


“Kenapa?”


“Hafiz tipu dia. Dia marah.”


“Hafiz tipu apa?”


Mulutnya mengomel bercerita. Dengan Pak Amin semua benda dia kongsi. Tapi dengan ayahnya? Sorry sikit.


“Kesian la anak teruna sorang ni. lain kali terus terang. Sia-sia je cuti hari ni.” Gelak Pak Amin. Tanpa rasa bersalah dia mengetawakan anak majikannya itu.

Begitu rapat dia dengan Pak Amin sampai mampu bergelak ketawa.


“Alah. Pak Amin janganlah gelak.”


“Yelah-yelah. Macam-macam.”


Niat baiknya mahu meminta maaf terpaksa di batalkan.


 Sorry kali ni sedikit pendek. Hehehe. T___T Thanks kepada sesiapa yang sudi baca.
Do comment. Eheks.
Sayang korang.

Andai Aku Mati.. apa yang MAHU ku TUNJUK Pada Allah

.Assalamualaikum dan selamat tengah malam semua.


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (QS. Al Ankabut : 57)

Pernah tak kita terfikir bila kita akan mati?

Kematian memang sangat hampir dengan kita.

Aku selalu fikir..

Esok.. aku mati.. apa aku nak tinggal dekat dunia.

Blog yang penuh dengan benda yang melalaikan diri dan orang lain?

Facebook dan Twitter yang di penuhi dengan status yang membuang masa?
Luahan perasaan?

Tiap kali aku fikir semua tu, aku jadi kecut sendiri.

Aku pernah terbaca satu ayat..

" Kau fikir aku suka dengan follower yang ramai? Aku bertanggungjawab di atas mereka semua nanti. Kau tahu? Makin ramai follower makin susah aku nak ke syurga. "


Yup, lepas aku baca ayat ni. Aku tak kisah siapa nak follow aku nak Twitter dan sebagainya. Aku lebih takut orang follow aku.

Aku bukan manusia yang bagus dan baik. Aku cuma manusia yang lemah dan hina.

Mama cakap dekat aku..

" Bayangkan diri dalam posisi sujud tanpa seurat benang. Hina tak masa tu?"

Tapi dalam hina itulah.. Keadaan kita paling dekat dengan Allah.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (QS Ali Imran : 185)

Tepuk dada tanya iman,

Andai Aku Mati Hari Ini.. Bersediakah aku? Apa yang mahu aku tunjuk kepada Allah?

Mini Merdeka Giveaway

Assalamualaikum.

First time ni aku join giveaway. Hahaha, sebab hadiah dia bestt sangatt! Hehehe,
Aku tengah cadang nak beli powerbank semua, since dorang tanya nak hadiah apa, aku suggest benda yang aku nak. Lol, macam lah memang dah sah-sah aku nak dapat. T____T

So, tanpa melengahkan masa...




Tag : '
         


Haha, tak dapat powerbank.. monopod pun jadilah. :P

Papai~

Sunday, 24 August 2014

Requested Edit Blog from Alia Liyana

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Malam baru aku boleh update blog. Yelah nak update pagi-pagi mak dah usung laptop ke kolej. Jadinya aku dekat rumah online guna phone je lah. Nak update entri pun tak semangat guna phone. T___T

So, aku di request untuk mengedit blog, selalu edit header je kan? Hehehe, kali ini aku edit full. Actually aku ada benda nak tambah. Tapi nantilah. Owner dia pun tak online. So payah sikit,

Aku tanya nak theme apa.

GOLD AND BLACK.

Woohho. Aku tak pernah buat warna blog aku warna ni. Lepas ni nak try lah. Wuhuu. Ala-ala divaa you~ XD

So, jom tengok blog beliau setelah berubah wajah,

|
|
|
v

Jeng- jeng

Aku lupa nak amik gambar sebelum edit.. Hahaha. tapi lebih kurang macam ni asalnyaa..


Ini templete dia yang aku download. lepas tu aku upload dekat blog eksperimen aku.

Tak tahu dia puas hati atau belum. Kena tunggu esoklh. Huhuuhu. 


Korang berminat? Hahahaa, boleh contact aku dekat Personal Facebook. Just klik tab dekat atas tu. Atau page aku dekat tepi yang tergantung tu.

Nak header sahaja pun boleh. ^^/  


p/s: Jangan risau. Semuanya free. Kalau nak sedekah kah aku top up pun boleh. Hahaha. Kbai.

Jom makan maggii~ :3




Tired, 
Aina Akmal


Segmen Bloglist Mrs. Mustache

Assalamualaikum. Selamat paagi. Jam sekarang pukul 4 pagi dan aku still tak tidur.

Update entri join segmen pepagi buta. Haha.

Nak join? 


Tag : Kak Nadya
          Cik Mimie
          Kak Syaz

Papaii~><

Terimalah Daku

Assalamualaikum kesayangan semua. 

Muhasabah diri kita sebelum tidur. Maafkan segala kesalahan. Doakan untuk semua muslim agar terus bercahaya iman di dada..



Kan tiba satu hari,
kau ditemukan olehNya akan suatu jalan,
yang dihujungnya kau melihat terdapatnya janji-janjiNya yang benar.

Namun begitu,
engkau melihat jalanNya yang itu,
penuh duri dan batu-batu yang tajam lagi menyakitkan.

Dan engkau tersenyum bahagia,
mensyukuri nikmat kurniaanNya.

Engkau berlari dengan penuh semangat,
meredah duri dan batu-batu yang kian merobek tubuh engkau-engkau,
berlumuran darah engkau membasahi bumi yang ditinggalkan.

Tapi engkau tetap tersenyum,
kaki engkau berderap di atas bumi,
tetapi engkau seolah-olah sedang terbang tinggi,
dan tinggi dan tinggi lagi,
menuju ke arahNya Yang Maha Kekal.

Dan di penghujung jalan itu,

engkau rebah tersenyum,
kerna engkau tahu,
inilah tempat rehat engkau yang sebenar.

Aku sudah pulang, wahai Tuhanku,
terimalah daku


p/s: Aku tahu memang susah, jalan yang telah aku pilih. Tapi syurga itu mahalkan? Pengerasnya RAHMAT Allah.
Nak Rahmat Allah?
Kena abadikan diri sebagai HAMBA  di HadapanNya.
 
Afiq Sazlan

Credit to : Omma Byhah

Lot Of Love,
Aina Akmal


Saturday, 23 August 2014

Resepi-Resepi Mudah (Gambar)

Assalamualaikum kesayangan semua. Hehehe,dah makan malam ke?

Aku nak share resepi yang simple-simple untuk buat kudap-kudap. Sedaap je tengok.

Nanti nak try hehe.














Semuanyaa nampakk sedappp~ Lappoo la pulakk malam-malam macam ni.

Tak de nak tolong masakkan untuk aku ke? T___T 

p/s :Esok nak suruh ayah beli bahan-bahan. Korang kalau dah try, send dekat aku sikit. Hahaha. 

Papai.

Yang Lapar,
AinaAkmal :3


When I Was A Kid. ^_^

.Assalamualaikum kesayangan semua. Hehehe. Selamat pagi. Semoga korang semua sihat-sihat time-time hujung minggu ni.

So.. ehem. Aku dapat request dari Kak Amiez.. Beliau minta aku ceritakan pulak sejarah kanak-kanak aku. Hahaha. Baiklah, ini sebagai langkah mempromosikan Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal. Macam poyo je. T___T Okay-okay jangan marah. Hahaha.

So entri ni memang akan panjang sebab.. aku sangat eksaited nak cerita time aku kanak-kanak dulu. Kalau tak suka.. apakan daya hamba nak memaksa. Cewah!




Mama aku cakap, aku memang menikmati gila zaman aku kanak-kanak. Sangat-sangat menikmati.

1. Basikal

Racing dan aku berpisah tiada. Di sebabkan rumah aku ni adalah tempat mengaji. (Ayah ustaz anak perangai macam !@#$%^&U*I). Maka sangat ramailah insan-insan yang berkumpul dari ceruk rata taman. Yehaaa! Rumah aku ni.. jalan dia tak selalu kereta lalu. So.. bila malam.. jalan tu.. macam kami yang punya. Aku jadi tak takut sebab yang racing mostly Lelaki. Hahaha, tapi selalunya aku lah champion. Muahaha. Paling best sebab basikal aku ada gear. Yuhhuu. Jatuh basikal adalah benda biasa.

Yang best ayah aku pun tak kesah. Hahaha. Biasalah, kecik-kecik kan.

Mak aku kata.. budak kalau dia nak main biar dia main. Jangan bagi dia diam. Kalau tidak jadi bodoh. Haha, sebab tu mama panggil aku GENIUS. -_-'' Lols.

/Google Image\
Macam ni lah gaya aku dan member-member bila nak start racing. Ada awek litar lagi weh. 

Aku ada satu perangai SANGAT SUKA MENCUBA.

Al-kisahnya..sewaktu aku berumur dalam 6 tahun aku dapat basikal baru. So, rasa nak try tu macam-macam ada. Aku dah pandai naik basikal tayar dua dah masa tu.

Masa tu waktu Maghrib. Mama dan ayah solat dalam rumah. Aku ni manusia yang tak reti duduk diam pergi naik basikal.. aku nampak longkang. Then.. masa tu aku fikir satu benda..

"Kalau jatuh dalam ni jadi macam mana?"

Then, aku pun main la tepi longkang tu.. aku main acah-acah last tertonggeng masuk dalam tu. Huahhhh! Menangiss berlagu-lagu aku masa tu weh. Ayah aku pulak, macam dengar orang nangis. Lepas tu ayah aku kata.. "Macam anak aku..." 

Hahaha, ayah. XD. Ayah aku pun lari keluar cari aku, tengok-tengok duduk dalam longkang dengan basikal landing baik atas aku. T___T

Longkang masa tu bersih tak ada air, sebab masa ni baru pindah. :3


2. Masak-masak

Aku dulu main masak-masak mula-mula pakai barang mainan je. Tapi itulah. Bila dah suka kawan dengan geng jantan dan kawan perempuan pun tak macam perempuan.. Adalah aktiviti MEGA yang kami rancang.

So..kami jumpa benda ni.. heheh yang dah tak guna. Dah nak buang, kami kutip balik. Hehe. Kayu tu dah tak ada. Tinggal dia punya penyedok sahaja. Kami jadikan dia kuali.

Aku balik ambil Planta dekat rumah, kawan-kawan cari rumput. Dan kitaorang masak. Ya Allah Sedapnya bauuuu masa tu. Dah la bulan puasa. T___T Aku nampak macam kangkung goreng je sayur tu. Laparr gilaa. 

Kitaorang masak betul-betul kay. Ada api bawah tu dan bakar bawah pokok mangga. 


3. Mandi Longkang.

Masa kejadian ni berlaku.. longkang masih suci dan murni. Air yang mengalir pun jernih sangat. Sebab.. rumah baru. ^_^

So, macam biasalah mestilah mula-mula kita mandi hujan kann? Lepas hujan dah renyai-renyai kami pun carilah port nak mandi. Air longkang pun dah tak berapa nak laju.  Berani la kami masuk. Kalau laju macam lepas hujan tu. -_- Maunya tak ada dah aku sekarang ni..

Aku ikut jiran aku yang lelaki. Seorang tua dari aku, seorang sebaya dengan aku. dan kawan aku yang perempuan tu.. tua setahun dari aku dan adik. 

Bila dah mandi manda semua. Ayah aku keluar. OMGG. Matilah aku kena rotan karang. 

aku sembunyi dalam longkang dengan adik aku. Haha. Kawan aku yang perempuan tu. Dia tak nak mandi. -_-; Aku ajak banyak kali dia tak mau. Aku main dekat longkang cetek je. Adalah air sampai paras buku lali. Budak laki main longkang besar. Haaha, perempuan lagi aku rupanya. Masih ada rasa takut tu. Lols.

Then ayah aku makin menghampiri. Ingat ayah aku nak marah. tapi yang keluar..

"Kakak.. adik.. jom balik." 

Lembutnya suara. Aku macam tak percaya.. woo. Ayah . TAK. MARAH? Serius? Hahaha. Aku pun keluar dari longkang dan ikut ayah Balik.. dengan bahagianya. Serius ayah aku tak marah sampai sudah. 

Sekarang ni aku nak tengok longkang pun tak lalu. Geli weh. Kootoor gila kot. Dulu suci macam air sungai sebab air hujan kan jernih.

Okaylah itu je dari aku. Panjang sangat dah rasa ni.

Mesti penat korang baca. T___T Gomenasaii. Sorry, hehe.


Jemput-jemput join segmen aku ye. Hehe. Seronok baca pasal korang. Kita lebih mengenali antara satu sama lain. Happy Blogwalking ebelibadi. Memang itu niat aku buat segmen ni, :) Mengimbau zaman dolu-dolu. Eheh. 

Lots Of Love.
Aina Akmal

p/s : Bahagia kejap dapat pinjam laptop Mama. :3