Saturday, 26 July 2014

Raya dan Smartphone dan Problems.

Assalamualaikum`~ //jawab cepat. Tak jawab berdosaa~ aiyook! 



Sudah beberapa hari blog ini dibiarkan sepi di sebakan rasa malas yang menggunung di dalam diri. Walaupun hakikatnya idea aku sangat melimpah ruah sampai tak muat blog. Over kan? 

Seminggu yang lalu telefon kesayangan aku telah meninggalkan big boss dia yang comel ini. Sob..sob.. sedih kot pada saat tu. Rasa macam jantung nak terkeluar je. Aku tak kisah dia rosak. Maksud aku, aku tak adalah terkesan sangat dia rosak. Sebab telefon tu memang sudah nazak. Jadi aku dah prepare. Hahaha. Yang jadi buat aku nak tercabut jantung tu. Aku takut ayah marah aku.

Beberapa jam sebelum telefon tu rosak, aku sempat keluarkan segala gambar dan sebagainya ke dalam laptop. Dan beberapa jam sebelum itu juga, hati aku sangat tak tenang. Aku tak suka perasaan hati aku yang tak senang ni. Selalunya bila aku mula resah dan gelisah, maknaya ada satu yang buruk bakal terjadi. Selalunyalah. Bukannya betul pun.

Aku anggap ini kebetulan sahaja. Tapi ayah aku cakap, itu semua TAKDIR. mana ada kebetulan. Baik ayah. Takdir. Takdir ini, kita tak tahu kan? Allah saja yang tahu.

Bye Samsung Galaxy Y

Seminggu kemudian, mama dan ayah menghadiahkan telefon baru buat aku. Setelah aku membuat muka comel di kedai telefon. Patut panggil hadiah kah macam tu? Jahat sungguh aku ni. Tapi aku doa, sebelum raya aku nak telefon satu. Nak jugakk~ Alhamdulillah.

Parents aku kasi aku.. Lenovo A850. Tak adalah canggih gila. Tapi aku bersyukur dari tak ada. Mama dan ayah beli dua biji sekali.  Untuk adik aku yang ke dua. :) Adik aku yang ketiga dan ke empat tak ada. Sedih! T___T Menangis dorang seminggu ni. Hahaha.

Casing phone aku sama dengan warna dengan kasut raya aku tahun ni. Woahh. Berjoddohh gila aku dengan warna terqoise tahun ni. ^^


Esok akan bershopping untuk saat-saat akhir. Baju mama dan ayah tak beli lagi. Tahun ni aku sedikit excited beraya. Sebab aku beraya di Kedah untuk pertama kalinya~ Selama ni aku beraya di Perak. Well, rasa sedikit sedih jugalah tak balik Perak tahun ni.

Sebabnya?

-Sebab tak dapat banyak duit raya. Hahaha. Kay. Jahat niat tu. =_=''

Cuma rasa entah. Unsubscribe feeling? Hmmph. Agaknyalahh kan??

Even aku adalah orang Kedah tapi Mama dan Ayah orang Perak. Macam mana tuu? Mana ada saudara mara disini. Macam mana raya tahun? Hahaha. Aku rasa tetap meriah. Sebab suara aku dan adik-adik aku akan membuatkan rumah ni macam raya tiap-tiap hari. Riuhh gilaa~

By the way, untuk semua bloggers here..


Kad raya yang di design oleh diri sendiri. Maaflah tak comel. Haha. Donghaee tu membuatkan kad aku bertambah comel. Aww~ Sebab kad ni kalau tak ada mamat tu mesti tak lawaa. Hahaa. 

Jemput lah amik. Buat entri, dan komen disini. Nak baca~ Hhahaa. Kalau sudii.. *wink*

Terimaa kasihh. :)

Comeel tak header raya akuu? --'' // Kenapa pinky aku tahun ni menjadi-jadiiii~ 
Doodle tu kredit to google. :)





Tuesday, 22 July 2014

Tutorial : Header + Freebiess [Photoshop]

Assalamualaikum..

Hari ini aku akan buat tutorial dan kasi freebies sekali. Ini memang hasil kerja aku sendiri. Aku nak elak mengantuk selepas sahur makan Nasi Ayam tadi. Kekenyangan macam ular sawa. Hahaha. –‘ Dulu aku kecik-kecik tak macam ni pun. Bangun je tak lalu makan… hmm. Kenapa? Kenapa? Nandaska? Wae? Why?  Okay, hang kalau dapat merepek Aina.. macam bertih ayam jagung. //Tiba-tiba nak makan pop chickeen~  Oukayy, melampau. *flips laptop*

First step.. You olls, perlulah ada PHOTOSHOP.

 Wajibunn! Bukan sunat eh?

Tapi kalau ada GIMP pun okay kot. Tapi.. okay, nanti aku buat tutorial untuk yang tu pulak.

Maju setapak lagi.

Sila download gambar di bawah..

Tekan url di bawah gambar tu.. (Sorry, sebab blog aku disable highlight dan right click.)









Dah?

Okay step yang ketiga, bukalah Photoshop anda… (Tak kisah lah korang punya Photoshop ni CS berapa.. sebab ini basic sahaja. ^^)

Tekan  [FILE > OPEN > Folder yang korang save gambar tu.]

Ada keluar macam ni? So press okay, atau pun double click je ^_^

Bila dia dah keluar.. biarkan dia tepi kejap.. // cewahh, macam nak buat kuihh pulak~ XD
Now buka, [FILE > NEW]

Then dia akan keluar macam gambar dekat bawah ni, ^^

Kotak hitam : nama file korang lah. –‘ Abaikan nama file aku yang gediikk tuuu. Huahaha Y___Y

Kotak Merah : Itu size dia. Ikut lah berapa saiz blog korang sesuai. Selalunya blog aku besaqq tu ja. Tapi aku cadangkan height tu jangan lahh panjang sangat. Kelak belog hampa berat^^.

Kotak Hijauu : Okay, itu unit ukuran. Itu style aku.Dah biasa pixels. Korang nak pakai inci ke cm ke, terpulang. Tapi aku tak retii. So jangan tanya aku. Hahaha.

Kotak Terquouise : Itu penting, make sure dia transparent~ Okaayy?

So klik [OK].

Maka akan keluar beginilah..

Tada~! XD



Bila dah keluar macam ni.. korang buka gambar tadi..

Nampak kotak merah dekat atas tu? Tekan yang tu supaya dia naik arrow dan tekan gambar dan drag masuk ke dalam layer transparent tu.

Okay? Bila dah okay.. gambar tu nak pangkah ke, nak minimize ke, terserah. ^^ Kalau aku tekan [X] je.

Cari ikon macam dekat bawah ni.. pemadam atau bahasa Ingerrisnya eraser. –‘
Right clikk dan tekan  [MAGIC ERASER TOOL]


Dah? Okay step yang keberapa dah ni weh?? –‘ Kira sendirlah kay. Sterussssnyyaa~




Just letak dekat layer putih tu.. dan dia akan hilang. Well nama pun magic kaan? Masih ada warna putih dekat dalam tu kan? Tekan juga sekalli dekat dalam dia. Supaya dia jadi kosong macam gambar bawah ni..



So ulang step yang tadi. Iaitu [FILE > OPEN> Carilah folder gambar selfie korang ke, pakwe ke. Ops! Pakwe haroomm lah. Suami ke, anak ke, kucing ke, suka hati korang lah..]




Aku letak gambar adik angkat aku dekat Korea lols. ^^, Laurenn~~ Comeeelllnyyaa! // gedik


Still macam cara tadi, just drug masuk. Eh, drag masuk. Okay. Tak lawak. Pfftt~



As the result..







Lepas tu, korang boleh RESIZE mengikut suka hati korang..  



Nak kecik lagi pun bolehh.. ^_^ Jangan lupa kalau dah siap tu tekan benda dalam kotak merah tu. Kalau tak tekan tu, beenda lain pun tak boleh tekann. Knapa? Buat jangan tanya aku. HUHAHAHA. *evil laugh*

Lepas tu.. boleh lah korang drag layer macam.

So dia akan jadi macam ni..


Nampak tak perbezaan dia dekat situ? Layer 3 ada dibawah layer 2.



Jadi.. dia akan jadi macam ni..



Korang adjustlah sampai muka dia masuk dalam benda bulaatt tu~

Jadi macam ni..   


Untuk memadam lebihan di tepi gambar tu.. korang boleh cari ikon pemadam tadi, dan right click dan tekan ERASER TOOL.

Padam lah, oh make sure, pemadam dia bunya brush tu..

[RIGHT CLICK UNTUK DAPAT MACAM NI.]



Yang pemadam bulat macam BULANN tuu~ XD. Supaya senang nak padamm.. size dia? Ikut suka korang lah.


Dah dapat macamm ni?

TIPS : Kalau pemadam korang tu Naik macam tanda plus off kan [CAPS LOCK] inshaa Allah dia akan naik rupa BULAN atau apa-apa bentuk yang korang nak.

Tekan  [CTRL],Then.. click. Layer  2 dan Layer 3, Kalau nak gerakkan dua layer tu serentak.
Nampak macam tak centerkan gambar tu kan so. Bila dah tekan serentak tu. Korang boleh adjust dan gerak sesuka hati untuk nampak lebih kemas.

PASTIKAN ANDA MENEKAN IKON MOUSE DI ATAS. BARU BOLEH GERAK.^_^



Now step yang seterusnya, kita akan letak warna dalam frame yang berangkai-rangkaii tadi tu Okay?

Tekan button new layer yang dalam bulatan biru. So dia akan keluar macam bulatan merah tu. Done?

Cari ikon ni..

Kalau korang jumpa ikon di sebelah kiri itu, dia berada dalam mood  [GRADIENT TOOL]
Kalau jumpa yang di sebelah kanan tu.. dia dalam mood [PAINT BUCKET TOOL]

Just right click kalau nak ubah. Dia akan naik..

So, aku choose [PAINT BUCKET TOOL] .

Then ubah warna dia kepada warna korang suka..



Tekan benda yang aku tanda dengan arrow tu. Adjustlah warna yang anda suka okay?

I’m pinkyy~ *w* Huhuhuhu.



Tuanglahh cat anda ituu seperti kanak-kanak RIBENA. Okay, kidding.

Oh, make sure memang tuang atas layer 4 okay? Macam mana tau dia dalam layer 4 ke tak, tengok dia macam di highlight sikit kan? ^_^

Bila dah jadi macam gambar di atas tu.. Anda boleh [RIGHT CLICK] dan cari [CREATE CLIPPING MASK]

Tadaaaaa~~

Dah siaapp.


Dah jaddii macam ni kan? Hoyyeahhh! Tepuk tanggan untuk saya. Okay gurauu~ Kita tepuk tangan berjemaah. Hehehe.

Okayy belummm siappp lagii sebenaaqqqnyyaa~ Ohh. Janganlahh marahh. Panjangg tauu tutorial . Soorry ye tuan-tuan puan? I ni dari pukul 8 tadi duduk depan laptop buat tutor ni. Jangan merungut ok! ^_^ Okkay kita sama-sama jangan merungut okay? ^^

Tekan Layer 2 dan [RIGHT CLICK] dan tekan [BLENDING MOOD]

Dah jumpaa? Lepas tu tick dekat kotak [STROKE]

Tekan Perkataan [STROKE] untuk edit. Macam ni..



Bulatan merah tu, ubah lah kepada warna putih. Kalau nak warna lain.. terpulang..
Bulatan  biru, size dia. Terserahh andaa juga.

So, nak effect yang lagi cantik tekan [DROP SHADWOW] lepas tu ubah lah sesuka hati andaa..

Dah puas hati ? Boleh klik ok.

Now, kalau nak letak perkataan or ayat apa-apa yang korang suka..

Cari button [T] dan lepas tu klik atas layer. So tulislahh sesukaa hati anda..

Untuk nampak cantik boleh juga buat teknik stroke tadi. ^^

Okayy..

Cara nak Save.. Tekan [FILE > SAVE AS ]

Tukar format kepada PNG. Wajibb! Kalau tak dia tak akan jadi. Menangis korang. Bila dah tekan tu akan keluar satu kotak lagi dan just click okay.

Siaapp~
Sekain untuk hari ini. –‘’ Sekian lols. Kan dah typo? Typo. Malas padam. Biaqq p kat hangg~ Ada apa-apa boleh tanya di komen. Nak request tutorial apa lagi. Kalau aku rajin.. aku buattt. Hahaha. Okay.


Bye-bye!


klik link untuk download yee~ :) 

Okayy, ini hasil yang dah siapp~ Nak amikk, amik lah. Tapi WAJIB KOMEN + LIKE PAGE + FOLLOW BLOG. Okay, kejam. HAHA. Aku serius. Aku buat untuk yang sudi follow aku je. T__T

Sekiann.
Any question? Sila google. Kayy kejam. Gurauu jee. Boleh tanya di cbox or pm me or suka hati koranglah. :)

Farewell.