Saturday, 24 February 2018

Nasi ayam untuk adik


Assalamualaikum

Happy weekend gais. Semalam adik kembaq aku call suruh datang mai tengok depa dekat asrama.

Ayah tanya nak bawa apa kat depa ni, sebab depa nak makan-makan. Hari ni ayah aku beli bahan-bahan untuk buat nasi ayam, aku dah pesan siap-siap dekat ayah jangan kacau kakak dekat dapur. Sebab aku dah tanya nak masak nasi ayam resepi ayah ke, nak nasi ayam resepi internet je.

So ayah tak boleh kacau kakak dekat dapur yee!

Hehehe.

Jadi inilah hasilnya selepas beberapa jam bertarung di dapur...


..
..
..

cak!


 

aku tak tahulah sedap ke tak kan, hehehe tapi boleh lah untuk first time aku masak tanpa guide ayah. Pernah je masak nasi ayam, tapi selalu ayah akan datang kacau, so tak rasa 100% usaha jaya tu. hehehhee.

masa aku menulis ni, aku tengah tunggu ayah beli cili merah dan kicap sebab nak buat sos cili dan kicap untuk nasi ayam.


Ada lah rupaa kannn hehehehhe. :D


tapi adik aku yang baru lega demam tu makan cakap sedap, harapnya sedap betul lah. Makan sampai kenyang tau dik! Hahahaha, tak sabaq nak tunggu semua orang rasa nasi ayam gueeee. hehehehe.

so bye nak pergi sambung masak!


update//

nasi ayam licin semua habis sampai siap tapau bawak balik asrama lagi. hehehhee. imma happyyyyy.


Saturday, 17 February 2018

Diet 404 error.

Assalamualaikum

2 hari berturut-turut aku langgar diet aku. Sebab both day my parents pergi beli laksa dengan mee kari. Selalu fav aku adalah mee kari tapi entah macam mana mee kari dia kurang menepati selera aku, tapi laksa dia memang sumpah sedap!

Bagi seorang yang bukan peminat laksa, dia berjaya buat aku jatuh cinta dengan laksa dan kuah dia memang buat aku sampai teringat-ingat lah pagi ni. Dulu kalau nak laksa sedap kena balik Perak dulu, sekarang bila-bila je boleh sebab dekat dengan rumah.

Sebab the only laksa yang aku suka adalah laksa Perak dekat Kuala Kangsar. Kalau balik sana memang tak beli la sebungkus sorang makan tu. Beli 2-3 kilo bawa balik Kedah. Sedapp kot. Sebab laksa dia pakai laksa tepung. Meleleh air liur aku pagi-pagi buta ni.

tapi tulah...

sedap makan sampai bila pergi timbang naik 1kg. Menangis melalak kejap lah kat rumah ni. Lepas tu dengan adik aku bawa balik donut lagi. Walaupun aku tak berapa suka sangat pun makan makanan yang manis ni, tapi donut J.CO ni macam-macam topping dia. Ada yang too nice je. Jadi aku rasa hujung je.

Lepas tu malam adik-adik aku masak maggi pulak. Ya allah. Dugaan gila. Rasa macam nak nangis.



Pagi ni tak timbang sebab aku takut aku menangis lagi.

Pagi ni nak pergi picnic pulak.. plannya nak buat ayam guring. MashaaAllah. Kuat sungguh dugaan nak diet ni. Fav aku tu. HUKS.

Rasa bersalah makan tapi tulah sedap, kalau tak rasa nanti strees. Hmmm ni kot orang panggil guilty pleasure.

Doakan saya kuat. Saia tak kuad awak. HUKS!

don't forget to drop comment below, share lah kot-kot awak ada pengalaman yang sama. hehe.


K. adios.


Friday, 16 February 2018

Giveaway :Travel Totebag by Ana Suhana

Assalamualaikum

Heheh dah lama tak join giveaway. Selain nak meraikan rakan blogger boleh lah cuba mana tau ada rezeki join pagi pagi macam ni.


http://www.anasuhana.com/2018/02/giveaway-travel-totebag-by-ana-suhana.html 

jom join ramai-ramai, lambat lagi tu nak habis. :) nak join boleh klik banner / sini

Sakit pinggang..

Assalamualaikum ♥ 

Semalam aku cuba betulkan sejadah, tapi aku malas nak tunduk untuk tolak guna tangan..

so aku loncat la atas sejadah tu nak bagi ke depan sikit,

sekali dengan aku kedepan. sebab sejadah tu licin.. aku hilang imbangan dan

BUK!

Ya allah, aku syak jiran aku ingat semalam mesti ada gempa bumi lah. 

masa kejadian berlaku, tak de sapa kat rumah. Jadi mengaduh sakit sensorang je lah. Sedap jugak bontot aku hentak kat atas lantai. Rasa macam nak terseliuh pinggang aku ni. Jerit tak bersuara jugaklah sekejap. huhuk.



 Lepas tu pagi ni nak solat subuh, sakit gila pinggang aku. Aku dah agak mesti side effect dia lambat sikit.

Aku tak delah sapu minyak ke apa ke, tadi teringat nak sapu lepas tu lupa balik. 

Hahaha, sekian drama aku untuk solat zohor semalam.. 

Thursday, 15 February 2018

Patut delete ke tak?

Assalamualaikum ♥

I just wondering, either I should delete my music folder or not. Ever since Spotify exists, I rarely use open my music folder. But deep down in my heart, I feel like sayang. I always download an album. It means the size of folder always extra size and it also in high-quality music. 

and 50% of them I never listen to, actually. It kind of wasting right?




 

DELETE? YAY OR NAY?