Just wanna say anneyonghaseyoo :3

01:10:00



Assalamualaikum ♥


Fuh kiri!

Fuh kanan!




Pergh dah lama gila aku tak menulis kat sini. Seriously, makin lama aku rasa semangat aku menulis semakin di mamah di telan oleh sifat pemalas dan writer block yang teruk teramat sangat. Bukan aku tak nak menulis. Beberapa kali dah aku tulis and asyik padam balik dan aku save dalam draft je.

Bila aku baca balik apa yang aku tulis terus aku tulis and padam and padam lepas tu draft kan lepas tu biarkan dia mereput tanpa sebarang tindakan selanjutnya. Hmm

Seriously aku ada banyak benda nak cerita, tapi end up selalu krik krik dan kehambarannya je.

Aku selalu jugak jenguk blog aku berharap ada yang sudi jenguk blog aku ni. Hahaha. Kawan aku cakap dia rindu aku dia akan baca blog aku. HAHAHA. Terharu ai tau. Bukan senang nak dapat kawan yang macam ni. HAHAHA, support habis tu. Kadang ada je member aku yang suruh update sebab teringin nak baca benda yang aku merapu dekat sini.

Aku sebenarnya rindu zaman blogging dulu-dulu. Aku kurang kenal sangat blogger sekarang, atau lebih tepat lagi aku tak blogger sekarang. Salah aku juga sebab bila orang pay visit dekat blog aku, aku buat dunno je. Bukan sebab sombong,  serius. Aku tak ada mood gila. Serious. Sorry sangat.

First sebab mood aku jadi down sebab, internet slow. Kau bayangkan lah wifi kat rumah ni bukannya laju sangat. Seketul manusia buka youtube, habis internet orang lain freeze and loading. Bayangkanlah kalau 2-3 ketul manusia dalam rumah ni main youtube? HAH. Aku tinggal apa? So bila nak blogwalking selalu sangat terganggu. hmm.

Second? Aku rasa tak ada kot. Tu main reason aku tak berapa nak buka blog. Ohhh. Sebab aku rajin download movie and drama so, aku lupa kejap pasal dunia menulis ni. Hehhehe. Tapi bila menulis ni mampu menghilangkan stress aku tau tak. Bukan lupa kejap masalah. Rasa macam lega bila luahkan apa yang terbuku di hati dan minda ni.

Kadang-kadang bila aku stress sangat, aku akan buka phone aku taip benda yang aku stress sangat-sangat tu dalam message and send dekat celcom hahaha. Bukan celcom nak buka pun. Lols. Celcom akan reply, the request blaa...blaa.. Okaylah, dari dia bluetick je dekat aku. Seen ke. HAHA. Lagi sakit hati. Kan? Lepas tu aku akan menangis puas-puas sampai aku penat dan last step mestilah tidur.

Eh, dah melalut sampai stress. AHAHA. K. k. dah merepek banyak ni. Hari ni untuk test power jer. Hehehe. Dah lama kan tak menulis. 

Kbai, hehe



You Might Also Like

1 Love Letter(s)

  1. Selamat berpuasa Aina..
    Bila dilanda writer block memang serba serbi tak menjadi.. tulis padam, tulis padam terus save draft.
    Stress kannn.. hehehe

    ReplyDelete

Like us on Facebook